Social Icons

Pages

Saturday, May 04, 2013

KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! PENIPUAN TERBARU #P125 HUSAM MUSA DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!


Hebat betul propaganda oleh Naib Presiden PAS,Husam Musa apabila dengan penuh yakin mengisytiharkan PAS akan mampu memenangi 54 daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandingi parti itu dalam PRU-13.Menurutnya,jumlah itu termasuklah 23 kerusi parlimen yang dimenangi PAS pada PRU 12 2008 yang kononnya mampu dipertahankan dari jatuh ke tangan BN.Mentang-mentanglah langkahnya panjang dari DUN Salor di Kelantan tiba-tiba buang tabiat bertanding kawasan parlimen yang jauh beratus kilometer nun di Putrajaya, bab bermimpi pun jauh sampai melampaui alam nyata.

Jika keyakinan luar biasa Husam itu betul maknanya buat pertama kalinya PAS berjaya memecahkan rekod angka 30 kerana selama ini angka paling tinggi yang pernah digapai oleh PAS ialah 27 kerusi Parlimen pada PRU 1999.Manakala paling sikit yang dikuasainya ialah 1 kerusi Parlimen sahaja semasa PRU 1986 berbanding sejumlah 98 kawasan yang ditandinginya.Hakikatnya apa yang diperkatakan oleh Husam itu hanyalah umpama angan-angan Mat Jenin yang bermimpi di siang hari dan tidak pernah mengambil kira kemampuan sendiri dan keadaan semasa.Entah dari tepi longkang mana kaji selidik tersebut diambil saya pun tak tahulah.Realiti semasa sebenarnya langsung tak menyamai mimpi Mat Jenin yang dibayangkan oleh Husam kerana suasana PRU-13 sama sekali jauh berbeza dengan PRU-12.Paling tinggi jumlah keseluruhan kerusi Parlimen yang boleh PAS kuasai tak sampai pun 20 kerusi,malah tak mustahil angka sebenar jauh lebih rendah berbanding jangkaan tersebut.Tapi itulah karakter sebenar Husam,dari dulu sampai sekarang memang jarang benar anak didik Mursyidul Am PAS itu bercakap sambil tunduk melihat bumi,sebaliknya memanjang saja mendongak ke langit semacam orang tak sedar diri.kesian rakyat kelantan,semua janji husam taburi tak dikotakan 

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

Anonymous said...

1. Hapuskan TOL
2. Turun Harga Petrol 40sen
3. Pendidikan dari Sekolah hingga Universiti Percuma.
4. Hapuskan PTPTN..
5. Penurunan harga Kereta sebanyak 30%..
6. Air percuma.
7. Cas Elektrik diturunkan..
8. Penurunan Harga Rumah..
9. Hapuskan Saman AES.
10. Wifi / Internet Percuma….

Dan yang Paling Utama:
1. Pelaksanaan Hukum Allah..
2. Menghapuskan Rasuah..
3. Pulihkan sistem kehakiman…
4. Menghapuskan Riba / Interest..
5. Pelaksaan Dinar Emas dan Perak..
6. Pembelaan Nasib umat islam di palestin, Rohingya dan lain2 negara..

InsyaAllah… Semua ini akan ditunaikan seawal hari Selasa ini secara perperingkat…

Kerajaan Pakatan Rakyat di empat2 negeri telah terbukti dengan melaksanakan janji...

Ingat kata2 Ketua Audit Negara:
Keempat2 negeri dibawah Pakatan Rakyat menunjukkan peningkatan prestasi, Penurunan kadar Hutang negeri, penurunan indeks rasuah, peningkatan pendapatan hasil negeri berbanding dengan negeri2 lain di bawah BN yang mendapat prestasi teruk…

Ingat!!..
Dr. Yusuf Qaradawi (ulama islam No.1 dunia) telah mengatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang paling layak…

Marilah tukar kepada Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) ..
Allahu Akhbar!!…
Ini Kalilah…

Anonymous said...

yelah tu wahai barua PR yg koomen kt atas ni! ape2 jela

Tun teja said...

Biasa la....macai2 pr mmg macam tu...semua nk free,semua nk murah tp keje malas.tau menyalak je kondem kerajaan sana sni.xreti nk brsyukur lansung dgn apa yg ada.jgn terlalu ghairah,blum tentu pemerintah esok hari adalah lebih baik dari pemerintah hari ini!..

Anonymous said...

Hang panggil Qardhawi suroh isap butoh aku la ni.....

Anonymous said...

Bukan Qardhawi nak jawab semua amal ko depan Allah swt nnt. Hang juga yg berpeloh.

Forget Qardhawi....

Ingat Allah dan Muhammad...

Anonymous said...

Tetap nak BN menang jugak. Kalo nak semua free , pergilah duduk dlm gua. Ceramah PAS pun hulur tabing derma, pandailah pulak minta benda lain FOC.

 
 
Blogger Templates