Semakin banyak pendedahan dibuat menunjukkan Bersih dibiayai oleh kumpulan-kumpulan asing dari Amerika Syarikat di bawah naungan Anwar Ibrahim.Umum mengetahui Bersih dibiayai oleh NDI dan OSI,kedua-duanya milik George Soros.Walaupun bukti semakin jelas,masih ramai rakyat Malaysia yang dipergunakan oleh Ambiga & Anwar Ibrahim.Datuk S. Ambiga mengesahkan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) telah menerima sumbangan sebanyak RM90 ribu dana asing untuk menjalankan operasi NGO pimpinannya itu.Walau bagaimanapun Ambiga hanya memberitahu maklumat jumlah dana asing itu tanpa memberikan sebarang bukti konkrit yang boleh dipercayai.Ketika penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0,Ambiga diasak tentang persoalan dana asing,akhirnya beliau mengaku kepada pemberita bahawa BERSIH pimpinannya telah menerima ‘sejumlah kecil sumbangan’ daripada dua organisasi Amerika Syarikat (AS) iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI).
NDI adalah salah satu cabang NED (National Endowment For Democracy) sebuah yayasan yang bertopeng demokrasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, diketuai oleh Madeline Albright,bekas Setiausaha Negara AS.OSI pula adalah yayasan yang juga bertopeng demokrasi yang dimiliki oleh penyangak mata wang Yahudi, bernama George Soros, individu yang pernah merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.
Walaupun banyak penndedahan telah dibuat,banyak pihak masih lagi tertipu dengan Ambiga,Anwar Ibrahim yang terang-terangan menyokong Yahudi.Malah,mereka juga dikatakan merancang untuk menghuru-harakan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 sekiranya PR tewas dan gagal menawan Putrajaya.Sebab itu tanpa ada rasa segan jauh sekali malu,Anwar bersama kumpulannya tidak teragak-agak mahu mengeliru fikiran rakyat,mengaburi mata rakyat dan paling penting menipu rakyat.Dalam keadaan amat terdesak mereka sanggup memanipulasi fakta tentang dakwat kekal yang diperkenalkan SPR kerana memenuhi tuntutan pihak yang menang PRU-13 tetapi menuduh SPR tidak telus.Dakwat kekal yang sememangnya kekal itu dikatakan Anwar dan pakatan pembangkang sebagai tidak kekal dan membuka peluang untuk mengundi kali kedua.Umpama penglipur lara yang menjaja kisah-kisah dongeng dari satu tempat ke satu tempat, permainan psikologi pembangkang untuk memastikan doktrin bahawa mereka pasti menang mengheret bersama cerita-cerita tidak masuk akal.
esok,adalah hari penentu siapa akan jadi kerajan tetapi Anwar mahu rakyat percaya tentang pengundi hantu.Kisah Penerbangan Malaysia dan AirAsia menerbangkan puluhan ribu hantu untuk mengundi BN meletup-letup keluar dari mulut Anwar umpama bertih sedang digoreng.Banyak isu telah dibangkitkan,demi mengaburi mata rakyat berkenaan perancangan mereka untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.Malah,fenomena Arab Spring juga menjadi kiblat pembangkan bagi menjadi alasan menumbangkan kerajaan yang dilabel sebagai rejim oleh mereka.Kemenanngan PR bermakna kehancuran kepada perdaban Melayu di Malaysia sekaligus keruntuhan islam seperti dilakukan Kamal Attartuk di Turki.Matlamat dan dasar perjuangan yang tidak jelas menunjukkan PR bukanlah satu parti yang bejuang untuk rakyat sebaliknya menggunakan topeng demokrasi untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri semata-mata.Tiada rancangan khusus berkenaan kemajuan ekonomi negara dalam manifesto mereka.Sebaliknya lebih menumpu kepada budaya menipu rakyat dengan janji palsu.
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Satu lagi Kantoi Terkini, slogan mereka "ini kali lah" adalah ayat2 dajjal.
PR adalah tentera Dajjjal:
Penerangan tentang slogan "ini kali lah " atau 'Inni Ka Lillah' , bermakna "Aku Tuhan Kamu", ini boleh dibaca di post yg berikut:
http://syburi-times.blogspot.com/2013/05/ini-kali-lah.html
Kita harus bersiap sedia menentang mereka..
Sebarkan seluas-luasnya saudaraku semua..kita sedang menghadapi tentera Dajjal..kembali lah kepangkal jalan wahai saudaraku di sebelah PR sana..gunakan akal yg waras..kami tidak sanggup melihat saudara seugama menjadi mangsa kerakusan tentera Dajjal..
Fikirkan apa makna lain yg ada pada ungkapan pelik 'Ini Kali Lah' tersebut..suatu ungkapan asing yg tak pernah digunakan pun ..
Sedarlah saudaraku semua..pertembungan kali ini bukan sahaja pertembungan politik..tetapi lebih dari itu pertembungan dengan tentera Dajaal.
Wahai pelajar-pelajar Islam yang akan mengundi esok...sedarlah dan bukakan hati dan minda kamu.. dan sentiasa berlapang dada....janganlah keputusan kamu nanti disaluti dengan emosi. Perjuangan PAKATAN RAKYAT berhubung dengan kebajikan pelajar ada termaktub dalam BUKU JINGGA (boleh google di internet) yang merupakan asas perjuangan PAKATAN RAKYAT. Namun perlulah kita teliti dan fahami dengan sebetul-betulnya. Antara perjuangan yang dilaung-laungkan dan dipertahankan bermati-matian oleh sebahagian pelajar ialah pemansuhan AUKU dan pendidikan percuma.
PENDIDIKAN PERCUMA
Selain itu, salah satu perjuangan PAKATAN RAKYAT ialah pendidikan percuma. Ini retorik politik semata-mata. Sebenarnya, tiada satu ayat pun dalam BUKU JINGGA yang menyatakan tentang pendidikan percuma begitu sahaja. Apa yang dinyatakan sebenarnya ialah ‘biasiswa berdasarkan merit’. Cuba lihat dalam BUKU JINGGA hlm. 14 dinyatakan “....mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak..”, hlm. 21 dinyatakan “Menyediakan biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit”, hlm. 25 dinyatakan “Menyediakan biasiswa berdasarkan merit...”, dan akhir sekali, bagi mereka yg meminjam pinjaman kerajaan TETAP KENA BAYAR bukannya PERCUMA tetapi dilewatkan 6 bulan shj, cuba lihat hlm. 14.
AUKU
Dalam BUKU JINGGA, berhubung pemansuhan AUKU ini ada dinyatakan di hlm. 14, iaitu:
“Menyertai perjuangan mahasiswa dengan memberi sepenuh sokongan dan bimbingan untuk menghapuskan AUKU dan menuntut hak bersuara dan berpolitik mahasiswa.”
Namun kenyataan TIDAK KONSISTEN dengan kenyataan di hlm. 25 yang menyatakan;
"Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif...”
Jelas bahawa perjuangan untuk menghapuskan AUKU sebenarnya adalah tidak benar. Sebenarnya, apa yang dilaung2kan dlm pendidikan percuma dlm manifesto2 PR hanyalah utk mengaburi mata kamu Sedarlah akan penipuan ini!
Perjuangan Malaysian Malaysia yg diperjuangkan oleh DAP dan di dokong oleh PR inilah sebenarnya yg akan menjahanamkan orang Islam di Malaysia...dan bermati2an dipertahankan oleh sbhgn pelajar2 Islam kita dengan angkuh dan bangganya. Tidakkah mereka sedar atau memahami Buku Jingga bhw apa yg dinyatakan di dalamnya adalah "biasiswa berdasarkan merit" yg bermaksud jika PR menang nanti semua pelajar2 di Malaysia tanpa mengira kaum akan bersaing sesama sendiri berasaskan merit tanpa berdasarkan kuota bumiputera lagi...dan yg pasti kaum lain lah yg ramai memenuhi seluruh IPTA di Malaysia memandangkan prestasi mereka yg tinggi selama ini berbanding dengan pelajar2 Islam kita. Sedarlah.. selama ini ramai pelajar Islam di IPTA di seluruh negara adalah kerana diselamatkan oleh sistem kuota yg diamalkan oleh kerajaan. Persoalannya, adakah pelajar2 Islam skrg ini mampu bersaing secara terbuka dgn kaum2 lain sedangkan kita tahu bhw pelajar2 Islam la yg menjuarai jumlah terbanyak penagih dadah dan lain-lain?..belum lg yg terlibat dgn demonstasi huru hara hingga pelajaran kat universiti terabai. Wahai pelajar2 Islam ..jgn la kamu terpedaya..gunakanlah akal fikiran kamu yg dianugerahkan oleh Allah SWT dgn sebaik2nya..bukannya emosi yg membabi buta demi utk agama, bangsa dan negara. Jgnlah disebabkan kegelojohan, ketaksuban dan emosi keterlaluan itu mengorbankan peluang generasi pelajar Islam selepas kamu utk ke IPTA..bak kata pepatah ' menang sorak, kampung tergadai'..fikir2kanlah...
Post a Comment