Dalam sidang akhbar Anwar Ibrahim 2 Mei,PR menuduh bahawa rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum,esok.Anwar menuduh PMO (Pejabat Perdana Menteri) membawa pengundi-pengundi hantu untuk mengundi di Semenanjung.Tidak cukup dengan itu,Anwar juga mereka cerita kononnya syarikat Malaysia Airlines (MAS) turut menafikan dakwaan bahawa syarikat berkenaan terlibat dalam mengatur penerbangan yang ditempat khas untuk membawa pengundi hantu pada Pilihan Raya Umumm,5 Mei ini.Tuduhan melulu ini sengaja dibuat untuk mencari alasan sekiranya Pakatan kalah dalam PRU13.Mula-mula dikatakan 130,000 pengundi diterbangkan ke Semenanjung,kemudian jumlah dikurangkan pula kepada 45,000 orang.Beliau mendakwa pengundi hantu ini akan dibawa ke pelbagai kawasan sekitar semenanjung untuk membolehkan calon Barisan Nasional menang di kawasan tertentu.Anwar turut mendakwa dia mempunyai salinan emel perbualan antara pegawai eksekutif tertinggi dalam syarikat penerbangan,yang menunjukkan pegawai yang bekerja di PMO adalah dalang disebalik tempahan penerbangan khas tersebut.
Anwar turut mendakwa penerbangan khas berkenaan yang telah bermula sejak 25 April lalu,dengan sebanyak 16 penerbangan setiap hari.Mereka berlepas daripada Kuching,Kota Kinabalu,Sandakan,Miri dan Sibu.Beliau berkata jumlah berkenaan tidak termasuk kemasukan jumlah pelancong yang luar biasa daripada Thailand,Kemboja,Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam serta Indonesia melalui Pelabuhan Klang dan beberapa pintu masuk di kawasan pesisir pantai negara ini.Belum apa-apa lagi,Ambiga dan Bersih sudah memekak tentang isu ini menunjukkan sikap berat sebelah NGO ini.Sebelum ini mereka menuduh pendatang asing ramai mengundi di Sabah,kali ini tuduhan dibuat mengatakan pengundi-pengundi Bangladesh, Indonesia & Filipina dibawa pula ke Semenanjung.Penipuan PR semakin melampau,namun jawapan yang diberikan oleh pihak yang dituduhnya juga enggan diterima,sebaliknya Anwar terus membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa.Ketika diminta mengemukakan bukti,Anwar enggan menunjukkan bukti yang beliau ada,sebaliknya seolah bermain sorok-sorok dengan rakyat.Sama seperti beliau enggan bersumpah atau tunjukkan jam Omega beliau yang menjadi bukti gejala salah laku seks.Nyata PR tidak meyakini mereka akan memenanngi pilihan raya ini lantas mencipta bayang-bayang ketakutan mereka menuduh pengundi hantu diseludup BN.Cukup-cukup lah menunding jari kepada orang lain.Muhasabah diri sendiri,banyak perkara yang belum pun dijawab Anwar,kini cuba mencetuskan pelbagai syak wasangka kepada kerajaan.Kalau kalah,terima hakikat.Rakyat sudah menolak PR dan meyakini BN,bukan menuduh tanpa bukti yang kukuh.jawapan sebenar gambar di atas adalah semua itu adalah fitnah belaka.anda tahu tak berkenaan agen pekerja asing ??? pekerja asing yang datang di malaysia untuk bekerja selalunya berkumpulan sama ada naik kapal terbang ataupun kapal.itu yang sebenarnya berlaku setiap hari.ini sebenarnya berlaku.selalunya mereka akan berada di malaysia seawal jam 2 ke 4 pagi.anda tak percaya ??? tanya agen yang membawa pekerja asing di malaysia.anda akan dapat jawapan yang sama.semuanya berkumpulan.anwar ibrahim sengaja membesarkan cerita kononnya semua pengundi hantu.lepas tu puak PR sengaja blast kononnya kerajaan malaysia bawa pengundi hantu.habis tu nurul izzah tu bukan pengudi hantu ker ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
Selamat Mengundi BN! Anwar Dajjal dah terperangkap. Dana asing dah terlalu banyak diambil oleh Anwar Dajjal dan geng-gengnya. Ah long – ah long asing sudah mau mintak pulangannya iaitu MALAYSIA.
Anwar Dajjal makin hari makin panas nak bayar budi mereka. Segala helah sedang digunakan bagi memudahkan dia menjawab tatkala PR kalah kelak!
Anwar Dajjal tak pentingkan Malaysia. Yang penting baginya adalah menurut segala perintah Ah long -ahlong asingnya. Jiwa dan bodynya dah tergadai.
anwar tatuttt tuuu...
lpas p/raya dia akan kene gantung sampai mati sbb melawan yg dipertuan agong, kes lahad datu..
padan muka ko nuarr....terkenching terberak ko nnnt tunggu dlm bilik gantung...
Pekerja asing yg masuk ke malaysia utk bekerja menggunakan calling visa.surat ini biasanya mengandungi sejumlah pekerja dlm satu kumpulan. Sykt outsourcing akan tggu di airport utk clearance. Perkara biasa klu nmpk warga asing dlm kumpulan di airport.
Ex immigration
Post a Comment