Social Icons

Pages

Tuesday, June 11, 2013

BONGKAR !!! ISU HINA AGONG !!! SEMUA INI PERANCANGAN ANWAR IBRAHIM DAN DAP ??? WAJIB BACA !!!


Fenomena penularan budaya menghina institusi raja-raja Melayu serta peruntukan Perlembagaan Malaysia yang menyentuh dengan hak-hak istimewa Melayu adalah oleh di dalam media sosial adalah amat membimbangkan sekali.Rata-rata mereka yang membuat kenyataan rasis dan perkauman mempertikaikan pelbagai peruntukan di dalam Perlembagaan adalah penyokong parti-parti pembangkang.Jika dilihat dengan lebih dekat profil mereka yang terlibat adalah terdiri daripada golongan muda yang dijadikan alat oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional.Ini merupakan sebahagian daripada rencana licik pembangkang untuk memporak-perandakan masyarakat dengan menimbulkan isu-isu sensitif di dalam dunia maya.Peranan tentera siber Red Army Bean yang dibiayai sepenuhnya oleh Dap merupakan sebahagian daripada agenda menjatuhkan kerajaan melalui fitnah.Kerja jahat mereka ini amat terserlah sebelum,selepas dan pasca Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dengan serangan fitnah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Isu-isu seperti ‘blackout’, dakwat kekal, pengundi hantu, pengundi asing Bangla,undi popular bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan tetapi telah dirancang dengan begitu rapi dan teliti. 

Walaupun SPR telah menjawab setiap isu yang dibangkitkan oleh pembangkang telah dijawab dengan telus dan mantap,namun gerakan untuk menghancurkan institusi pilihan raya tetap diteruskan selepas pilihan raya selesai. Perhimpunan haram 505 yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim di seluruh negara juga diwar-warkan secara meluas melalui media sosial oleh kumpulan tentera siber yang sama.Ini bermakna pihak pembangkang telah sekian lama melakarkan rancangan yang teratur untuk menimbulkan fitnah dan siri dakwaan yang tidak berasas terhadap proses dan perjalanan pilihan raya supaya rakyat akan hilang keyakinan dan kepercayaan kepada SPR dan kerajaan.Contoh penahanan Melissa Gooi kerana meletakkan komen yang menghina Yang Di-Pertuan Agong di dalam laman media sosial Facebook berhubung titah sempena perayaan hari keputeraan baginda, adalah sebahagian daripada jaringan pembangkang untuk menimbulkan kebencian dan permusuhan di dalam masyarakat.Undang-undang boleh menyiasat wanita ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika disabitkan kesalahan akan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 tetapi persoalannya adalah ianya mencukupi ??? Membanteras kebencian yang direkacipta oleh pihak pembangkang melalui media sosial bukanlah sesuatu yang mudah ditangani tanpa pendekatan yang efektif dan berkesan. Masyarakat sudah tentunya akan terkesan dalam jangka masa panjang dengan budaya pembohongan yang dilihat tidak ada batas sempadan. Kini apa saja isu yang boleh menggoncangkan perpaduan dan keharmonian masyarakat serta kestabilan politik negara dilontarkan sebagai bahan perbahasan tanpa menilai batasan undang-undang. 

Pembangkang mengeksploitasi landasan kebebasan bersuara dan kebebasan menyiarkan pendapat dalam media sosial secara meluas dengan harapan ini boleh mencetuskan keadaan kucar kacir dalam Malaysia.Tujuan Anwar ialah untuk menghuru harakan politik negara supaya lebih senang merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri.Keadaan huru hara juga boleh menggamit campur tangan kuasa asing.Ini akan dilakukan oleh pembangkang apabila berlakunya pergaduhan kaum antara orang Melayu dan bukan Melayu di mana mereka akan menuduh kerajaan menindas kaum-kaum bukan Melayu.Perkara ini pernah dilakukan oleh kumpulan haram Hindraf apabila menulis laporan kepada Ratu Inggeris pada tahun 2007.Puak pelampau Tamil ini membuat pelbagai-bagai dakwaan terhadap kerajaan yang diasaskan apa yang berlaku sebelum era merdeka.Walaupun tuntutan mereka untuk mendapat keadilan bagi kaum telah ditolak dan tidak dilayan oleh kerajaan Inggeris namun perkara ini boleh diulangi pada masa depan.Musuh negara akan sentiasa mencari peluang untuk membuat onar dengan mensasarkan Islam,institusi raja-raja dan bahasa yang berkait rapat dengan jatidiri dan ketuanan politik bangsa Melayu di bumi Jawi ini.Apa yang dilakukan oleh Anwar adalah kesinambungan daripada yang dilakukan oleh Hindraf kerana persamaan antaranya adalah terserlah sekali.Sememangnya Anwar berusaha menggunakan PRU13 sebagai senjata akhir beliau dalam kerangka agenda menjatuhkan kerajaan Melayu yang ditunjangi Barisan Nasional.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates