Social Icons

Pages

Tuesday, June 11, 2013

HOT NEWS !!! HINA AGONG !!! AKTA DERHAKA PERLU DIGUBAL DENGAN SEGERA !!! WAJIB BACA !!!


gambar terbaru 17 jam yang lepas di twitter

SEBARKAN !!!

Perbuatan menghina Institusi DiRaja seolah-olah sudah menjadi ‘trend’ bagi anak-anak muda Malaysia.Saban hari ada saja pendedahan mengenai perbuatan ini oleh beberapa pihak di kalangan anak muda kita.Jelas sekali,bahawa anak-anak muda ini tidak pernah dididik dengan penghayatan terhadap Rukunegara.Kesetiaan pada Raja dan Negara nampaknya tidak memberi makna apa-apa pada mereka.Apa yang menyedihkan,gejala ini bukan sahaja melanda anak-anak Cina yang sememangnya tidak pernah diterap semangat cintakan negara di SJKC,tetapi juga anak-anak kaum bumiputera yang ke sekolah kebangsaan.Jika anak-anak Cina diajar untuk mencari keuntungan diri semata-mata,anak-anak Melayu pula cenderung mencari keseronokan semata-mata dan inilah realiti generasi baru Malaysia pada hari ini,yang begitu amat pahit untuk kita telan.Memang mudah untuk menuding jari pada ibubapa dan guru-guru atau kerajaan dan media.Tetapi mencari salah siapa tidak akan menyelesaikan apa-apa dalam waktu yang begitu suntuk ini.Buat masa ini,kita perlu pantas membendungnya sementara mencari jalan untuk menangani masalah ini dari akarnya. 

Justeru,saranan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan,Datuk Mohd. Noor Abdullah agar diwujudkan Akta Derhaka bagi mensabitkan kesalahan menghina Institusi diRaja wajib disokong.Melalui Akta ini,maka anak-anak muda akan terbentuk menjadi manusia yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam meluahkan kata-kata dan pendapat.Sudah sampai masanya anak-anak muda yang manja dan tidak tahu di mana duduk atau letaknya diri mereka di bumi ini,diajar untuk berdisiplin bermula dari ‘mulut’ dan ‘jari’ mereka.Sudah sampai masanya mereka menggunakan akal sebelum berkata-kata atau menaip apa-apa di laman-laman sosial.Tidak mustahil anak-anak muda ini langsung tidak faham akan struktur negara ini apatah lagi menghargai keunikannya. Kebanyakan mereka gemar membandingkan atau merujuk kepada negara lain bagi mencari keburukan negara sendiri.Bagi mereka Malaysia adalah seburuk-buruk negara di dunia ini dan tiada apa yang baik atau boleh dibanggakan mengenainya. Sedangkan rakyat negara paling mundur di dunia dengan kerajaan yang jelas kejam dan zalim juga tahu mencintai negara sendiri.Tidak salah jika dikatakan bahawa ketiadaan jati diri dan sikap membenci negara sendiri ini berpunca dari hasutan dan dakyah-dakyah pembangkang yang keterlaluan. 


Pembangkang negara lain juga membangkang dasar-dasar kerajaan,tetapi hanya pembangkang di Malaysia sahaja yang membangkang keseluruhan struktur negaranya.Pembangkang negara lain membangkang untuk menambahbaikkan apa yang perlu,tetapi pembangkang di Malaysia membangkang untuk memusnahkan segala-galanya.Tidak ada parti pembangkang yang mengutuk jenama-jenama nasional negara sendiri atau menolak perpaduan kaum,hanya pembangkang di Malaysia sahaja yang gembira jika produk nasional lingkup dan rakyat berpecah-belah.Jelas bahawa pemimpin pembangkang Malaysia sendiri tidak punya jati diri dan tidak cintakan negara sendiri.Justeru,bagaimana orang yang tidak cintakan negara boleh memerintah negara ??? Bukankah mereka hanya akan mendedahkan negara kepada risiko dijajah semula ??? Melihat dari pengaruh yang dibawa pembangkang dan bagaimana mudahnya anak-anak muda kita terjerumus ke dalamnya,maka inilah diharap agar Akta Derhaka yang dicadangkan itu dilaksanakan seberapa segera. 

Menghina Institusi Raja bererti menderhaka kepada YDP Agong dan Sultan-sultan dan setiap penderhaka berpotensi mengkhianati negara.Sesungguhnya,negara berada dalam bahaya jika begitu ramai yang berpotensi menjadi pengkhianat.Anak-anak muda hari ini perlu diingatkan bahawa jika enggan menerima perlembagaan Malaysia,maka mereka tidak wajar diterima sebagai warganegara ini.Perkara ini perlu dinyatakan dengan sejelas-jelasnya kepada anak-anak muda kita dari berbagai kaum agar mereka faham apa itu erti ‘di mana bumi dipijak,disitu langit dijunjung’.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates