sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi mengundurkan diri dari arena politik negara pada 2009,perkataan ‘flip flop’ yang hebat dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri tersebut,sudah mula jarang kedengaran di media-media arus perdana dan alternatif.Ini semua ada kaitan dengan kegemaran Abdullah mengubah keputusan besar yang melibatkan kepentingan negara sewaktu era pemerintahannya.Tapi kini keadaan sudah berubah.Kalau dulu gelaran flip flop di dominasi Paklah,kini gelaran tersebut sudah lebih dari layak untuk dikalungkan di leher Anwar Ibrahim.Ironinya,Anwar Ibrahim adalah pemimpin pembangkang pertama di dunia yang mengusulkan ‘undi percaya’ di parlimen bagi memastikan Paklah kekal sebagai Perdana Menteri dan seterusnnya menghalang Datuk Seri Najib menduduki jawatan tersebut.
Bukti ??? Sudah banyak.Paling hampir sekarang ialah kenyataan Anwar untuk memboikot sidang parlimen pertama 2013 pada 24 Jun nanti,yang kemudiannya dinafikan pula oleh Timbalan Presiden PKR sendiri,Azmin Ali dan pemimpin-pemimpin PR yang lain.Melihat kepada perkembangan semasa yang tidak menyebelahinya dalam isu ini, Anwar dikhabar akan keluar dengan kenyataan hadir sidang tersebut atas alasan menghormati DYMM Yang Dipertuan Agung dan segala apa yang lain.Walaupun kita tahu Anwar sekadar bersandiwara bila mengutarakan kenyataan tersebut tapi anehnya kenapa pengikut tegarnya yang tidak mahu melihat Anwar sebagai penipu,tidak pula menafsir tindakan tersebut (batal boikot sidang parlimen), sebagai keputusan flip fliop seperti mana cemerlangnya mereka dahulu mengatakan Paklah?
Cuma berbeza Paklah flip flop dalam keputusan kerajaan sementara Anwar dalam soal politik pembangkang.
Yang mana kalau dibaca dalam bahasa politik,akan membawa maksud yang lebih kurang sama – pemimpin dengan label tersebut memang tak berguna satu sen untuk mengetuai kumpulan pengakap sekalipun,apatah lagi diharap untuk mengetuai kerajaan negara Malaysia ini.Tapi tak kisahlah,nak panggil flip flop atau tidak, yang penting ciri-ciri itu memang dimiliki oleh Anwar.Kalau dia jadi Perdana Menteri, lebih banyak flip flop akan berlaku dalam membuat keputusan kerajaan.Maklum sahajalah Anwar, dia perlu akur dengan perintah ramai orang atau banyak rahsia-rahsia sulitnya yang dipendam dengan baik sekarang ini akan terbongkar keluar.Orang-orang macam Karpal Singh,Azmin sendiri dan beberapa orang lagi adalah mereka yang masuk dalam kategori manusia yang penulis maksudkan.
Penulis minta penyokong pembangkang supaya rasional dan memberi penilaian yang adil kepada semua pihak.Jangan kerana namanya Anwar Ibrahim maka setiap butir yang keluar dari mulutnya adalah benar belaka.Anwar pun manusia biasa macam kita semua, tak lepas dari membuat salah dan dosa. Bahkan dengan keperibadian Anwar sekarang,saya yakin dia lebih banyak buat dosa dari pahala.Perlukah saya bagi bukti ??? Tak payahlah kot,Anwar tuduh kerajaan macam-macam,bukan ada bukti pun.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment