Social Icons

Pages

Saturday, July 20, 2013

BONGKAR !!! DUTA VATICAN CITY LEBIH MULIA DARI PEMBANGKANG !!!


Seperti biasa,Malaysia dan orang Melayu yang terkenal sebagai ‘pemaaf’,telah memaafkan Duta Vatican yang mencetuskan kontroversi dengan mencampuri undang-undang dalam isu penggunaan Kalimah Allah dalam Injil yang diterjemah.Archbishop Joseph Marino telah membuat permohonan maaf secara rasmi setelah ditempelak oleh Menteri Luar,Datuk Anifah Aman agar jangan mencampuri urusan dalaman negara ini.Nampaknya,Marino telah tersedar yang beliau berada di negara Islam dan tidak wajar membuat kenyataan provokasi yang mampu mencetuskan huru-hara dan membahayakan diri sendiri.Bagaimanapun,saya percaya yang beliau merasa bertuah kerana terlepas cakap di Malaysia,bukan di Pakistan atau Arab Saudi di mana beliau mungkin sudah ‘kehilangan kepalanya’ sejurus selepas kenyataan seperti itu dibuat.Keberanian Marino menyentuh isu tersebut dilihat berpunca dari sikap pembangkang,terutamanya PAS yang pernah menyokong agar Kalimah Allah digunakan dalam Injil berbahasa Melayu. 

Mungkin menyangka terdapat umat Islam yang turut menyokong tuntutan pihak Kristian itu,maka Marino merasakan ia selamat untuk dibangkitkan dan mungkin beliau percaya yang DAP,PKR,malah PAS akan turut mempertahankannya jika berlaku kontroversi di mana akhirnya pihak Kristian akan menang apabila isu tersebut mendapat liputan ke seluruh dunia.Segalanya mungkin,tetapi buat masa ini kita bersyukur kerana ia tidak berlarutan setelah beliau pantas meminta maaf.Sebagai umat Islam,kita tidak harus mempertikai tindakan murni beliau meminta maaf dan wajib menerima kemaafannya,seadanya.Namun,kita masih tertunggu-tunggu pihak pembangkang meminta maaf dalam isu yang sama.Sehingga kini,Lim Guan Eng yang membangkitkan isu ini dalam perutusan Krismasnya,masih lagi tidak meminta maaf.Malah,terus angkuh seolah-olah tidak pernah menyinggung sesiapa.PAS yang flip-flop dalam isu ini juga tidak pernah meminta maaf malah menafikan yang parti itu pernah senada dengan Lim Guan Eng mempertahankan tuntutan pihak Kristian. 

PKR juga tidak pernah meminta maaf kerana bersubahat dengan Lim Guan Eng menyinggung perasaan umat Islam dengan tidak pernah menegur beliau.Hakikatnya,PR tidak pernah meminta maaf atas apa-apa pun jua.Setiap kesalahan dan kesilapan mereka akan dinafi dan diabaikan saja walaupun setelah terkantoi dan terbukti yang mereka bersalah.PR langsung tidak pernah mempromosi nilai-nilai murni dalam masyarakat.Parti itu merupakan pelopor sikap biadap dan kurang ajar di kalangan anak muda sehingga membawa kepada politik caci,maki-hamun,benci,carut dan lucah yang kronik.Parti itu juga yang mempromosi sikap derhaka pada Sultan serta samseng,walaupun di dalam sidang Dewan yang rasmi.Strategi politik PR pula semuanya berkisar soal melanggar undang-undang, membuat onar,huru-hara,anarki serta mencabar pihak berkuasa.

Walaupun strategi mereka sering menyusahkan rakyat,merugikan peniaga,mencederakan malah membawa kematian penyokong mereka yang mengalami masalah kesihatan,mereka tidak sekali pun meminta maaf.Dalam semua keadaan,mereka terus mendongak angkuh dan tidak malu dengan sikap kebinatangan mereka.Sebagai pejuang Kristian tegar,Lim Guan Eng wajar mencontohi Marino yang pantas meminta maaf apabila bersalah atau mungkin,Marino yang perlu mendakwahkan Lim Guan Eng berkenaan nilai-nilai murni kemanusiaan memandangkan Nik Aziz telah gagal berbuat demikian.Apa guna Lim Guan Eng bermati-matian memperjuangkan Kristian,jika diri sendiri tidak mengamalkan ajarannya ??? Atau mungkinkah Lim Guan Eng gagal menjadi Kristian yang baik kerana tidak faham perkataan ‘Father’ di dalam Injil yang dibacanya ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Si Paderi biaDAP ini hanya minta maaf – bukan tarik balik kenyataannnya! Inilah akibat bila ramai BUMIPUTERA Melayu/Islam terlalu BUTA - sampai tak sedar MUSUH MELAYU/ ISLAM terus menyerang dengan amat TERANCHANG dari pelbagai sudut, termasuk dengan MEMPERGUNAKAN Melayu/Islam untuk menyokongnya!

Lihat bagaimana Bukan Islam DAP/PKR nak TUMBANGKAN Islam/umatnya di TANAH MELAYU kita ini, sebagai matlamat utamanya, dengan cuba menubuhkan Suruhanjaya antara Kepercayaan (IFC - Inter Faith Commission), kononnya untuk memperjuangkan kebebasan beragama di M'sia ini, tapi disyaki mahu MENUMBANGKAN Islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN! Dan si dalang kuat belakang IFC ini ialah rejim Jerman yang amat pro-Israel, melalui pertubuhan politikya iaitu Konrad Adenauer Foundation di Malaysia (lihat http://www.kas.de/malaysia/en/about/). Rejim Jerman (Kristian Zionis) ini memang JAHAT dan dalang dua muka - depan tunjuk baik pada orang Islam, belakang nak tumbangkan Islam/umatnya)!

Bahkan Teresa Kok dari DAP dan yang lain dari PKR, selalu ke Jerman. Juga jangan lupa, satu lagi NGO Jerman-Zionis Transparency International yang asyik menghentam polis dan Kerajaan BN, ditubuhkan dan berpusat di Berlin. Selain dari itu Berlin ini juga pusat Kristian Zionis di Eropah, termasuk melalui media global, God TV, yang makin berleluasa melalui satelit canggih dan tersembunyi, di negara-negara Islam!

Jadi BUMIPUTERA Melayu/Islam mesti lihat VIDEO penting ini di http://www.jais.gov.my/isuagama/ifc.php dan http://taipingmali.blogspot.com/2013/07/khas-untuk-pengundi-kuala-besut.html
Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

Anonymous said...

Filem terbaru dipasaran mesti tonton
Tajuk : operasi dragon steps ...
pelakun ...
ah jib gor ... memegang watak pemukul gendang cina ...
ah jib go ... memegang watak penari tarian naga bahagian ekor ... penari ini sentiasa dalam keadaan terbongkok-bongkok dan akan mengidup kentut penari dihadapan yang memegang watak kepala dragon ... penari hadapan adalah cina ahli kumpulan dong zhong yang sangat rasis dan sentiasa melepaskan kentutnya ke muka penari ini ...
ah jib (must) go ... muncul di saat akhir selepas tamat tarian naga dan paluan gendang cina diberhentikan ...
ah jib gol ... diusung dan diarak masuk ke dalam temple untuk diabadikan di sana selepas er golllll ...
big mamah ... memegang watak pemakai cincin yang dipertikaikan ... berambut seperti sarang lebah dan amat bangga dengan rambutnya ...
Omar Ong and the geng ... memegang watak sebagai punah tak sihat ... yang akan mendapat untung 25% dari setiap nasihat yang diberikan ...
KJ ... memegang watak saudara kesayangan ah jib gol dan mempunyai yang cun sekretari dari kumpulan dapig ... sekeretari ini diberikan amanah yang besar dan boleh membuka semua fail rahsia organisasi ah jib gol ... KJ amat menyayangi sekretari ini dan sering memberi tugas yang besar kepadanya ...
Nah Zhe Li Ah Jis ... memegang watak ketua gangster petaling street dan jonker walk ... akan memarahi semua orang yang menentang penguasaan gangster petaling street dan jonker walk ... dengan alasan product tiruan yang dijual di kedua-dua tempat berkenaan menyebabkan industri pelancungan negara malaysia telah berkembang pesat ... manakala apabila pasar ramadan dan pasar malam di tutup oleh puak dari kumpulan gangster petaling street dan jonker walk kerana peniaga dan pembelinya adalah dari kaum bumi ... dia memberi sokongan penuh dengan alasan pasar malam dan pasar ramadan itu menganggu laluan kenderaan dan menyebabkan pelancung memandang negara malaysia sebagai salah sebuah negara yang mundur ...
nwar berahi al-mehdi ... memegang watak sebagai orang gila yang mahu merampas kerjaya ah jib gor ...
lim kau sial ... memegang watak sebagai khalifah agung lim ... ketua kepada puak dapig dan geng nwar berahi al-mehdi serta ketua kepada penganut agama pas ... bahkan menjadi sumber rujukan hukum kepada penganut agama pas ... di mana apabila khalifah agung lim menukar status tanah wakaf islam kepada tanah wakaf pelbagai agama ... penganut agama pas dengan segera menukar tanah wakaf masjid solihin di kedah kepada tanah perniagaan ...
kapal sink ... memegang watak mursyidol besar dan imam kepada penganut agama pas ... setiap arahannya mesti dipatuhi oleh penganut agama pas tanpa soal ...
father nicky ... memegang watak father yang mengampunkan dosa semua penganut agama pas ... memberi fatwa bahawa boleh bersahabat dengan iblis ... memberi fatwa bahawa lim kau sial adalah khalifah yang agung ... memberi fatwa bahawa nwar berahi al-mehdi adalah ahli surga ... memberi fatwa bahawa menyertai demontrasi yang dianjurkan oleh nwar berahi al-mehdi sama dengan menunaikan haji atau umrah ... dan dengan itu nwar berahi al-mehdi tidak perlu pergi ke mekah untuk menunaikan haji atau umrah kerana nwar berahi al-mehdi adalah salah seorang penganjur ibadat haji atau umrah dan boleh ditunaikan di mana sahaja yang dimahukannya di dalam negara malaysia ini ...
haji adi ... memegang watak manusia kasyaf ... yang mampu melihat bahawa ahli umno melepaskan air di empangan semasa prk di tenang ... dan ini menyebabkan agama pas kalah teruk dalam prk di tenang ...
stop ali ... merupakan pengiklan spender putih bersaiz xxxx .... dan juga sponsor spender putih kepada semua pelakun di atas ...

arahan namewe

production house : m.. and dapig co-operation ...

Venetta said...

This is cool!

 
 
Blogger Templates