Social Icons

Pages

Saturday, July 20, 2013

HOT NEWS !!! PENDAKWAAN TERHADAP ALVIN DAN VIVIAN ADALAH TEPAT !!! @PDRMSIA JANGAN LEPASKAN MEREKA !!!


Alvin Dan Vivian nampaknya telah tersalah congak apabila memilih untuk ‘bergurau’ dengan mempersendakan umat Islam di bulan Ramadhan.Sangka mereka,DAP dan PKR atau mungkin juga MCA akan bangun membela mereka sepertimana yang berlaku dalam semua kes menghina Islam/Melayu sebelum ini.Mereka juga pasti menyangka yang para pejuang hak asasi manusia akan bangun membela mereka atas hujah ‘hak untuk mengekspresi diri’ atau apa saja.Malah,mereka juga mungkin menyangka yang PAS akan turut membela mereka sekadar untuk membuatkan DAP bangga.Sangka mereka,umat Islam dari UMNO akan bersendirian berhadapan dengan mereka yang disokong oleh semua pihak di dalam Malaysia.Tidak keterlaluan juga jika mereka turut menyangka akan diberi maaf oleh kerajaan serta geran untuk membikin filem lucah secara rasmi sepertimana Namewee.Namun,ternyata segala sangkaan mereka salah sama sekali. MCA malah DAP sendiri mendesak agar mereka dikenakan tindakan. 

Manakala PKR tidak begitu keras dan sekadar menyatakan ‘tidak setuju’ dengan tindakan mereka.Mungkin kerana Vivian merupakan rakan Nurul Izzah.PAS pula terdiam sekejap mungkin terkejut apabila DAP mendesak mereka didakwa sedangkan PAS sudah bersedia untuk membela mereka demi DAP.Alvin dan Vivian pastinya tidak faham kenapa tiada mana-mana pihak yang tampil membela mereka sepertimana anak-anak Cina lain yang melakukan kesalahan yang sama. Apa bezanya mengajak umat Islam makan babi dengan beberapa posting di Facebook yang turut berbuat yang sama, cuma tidak meletakkan gambar sahaja ??? Malah,ada posting yang lebih teruk lagi dengan menggelar Allah SWT dengan berbagai gelaran, begitu juga Rasulullah SAW. Kenapa mengajak umat Islam makan babi lebih teruk dari menghina Allah SWT dan Rasulullah SWT ??? Persoalan ini tidak mungkin dapat dijawab oleh sesiapa melainkan oleh pihak yang menangkap dan mendakwa mereka.Apapun,pendakwaan mereka dii Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur adalah tepat. Tidak mustahil jika DAP dan MCA turut membela mereka maka mereka tidak akan didakwa sama sekali. Sudah sampai masanya pihak yang menghina Islam ditangkap,didakwa dan dikenakan hukuman berat. Kita sudah mendengar bagaimana negara lain tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang dengan sengaja menghina agama lain.

Ini kerana perbuatan sebegini mempunyai impak yang sangat besar kepada negara dan seringkali membawa kepada rusuhan dan perang saudara yang tidak berkesudahan.Tidak kira sama ada negara tersebut adalah negara Islam atau tidak,semua negara melihat penghinaan terhadap Islam dan agama lain sebagai kes berat kecuali Malaysia.Hatta,negara China yang merupakan negara asal nenek moyang Alvin dan Vivian juga tidak mungkin akan melepaskan pesalah kes seperti ini dengan hukuman ringan.Namun,itulah Malaysia,negara yang dituduh oleh kaum Alvin dan Vivian sebagai kejam,menindas minoriti serta zalim.Dengan pendakwaan mereka,saya mengharapkan agar Alvin dan Vivian dikenakan hukuman yang amat berat sebagai pengajaran kepada semua pihak agar jangan dengan sengaja menyentuh sensitiviti agama lain.Jika mereka hanya menerima hukuman ringan maka ia bakal membawa risiko di mana rakyat mula mengambil tindakan sendiri selepas ini dan jika ini berlaku juga,rakyat tidak ada pilihan selain percaya bahawa benarlah ada sesuatu yang ‘sangat tidak kena’ dengan pihak polis,sistem perundangan mahupun kerajaan.Pendek kata,jika rakyat tidak puas hati dengan hukuman terhadap pasangan ini,maka bersedialah untuk Malaysia yang tidak tenteram lagi.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates