Social Icons

Pages

Thursday, July 11, 2013

EKSKLUSIF !!! ADAKAH ANDA FAHAM DENGAN IKLAN 'EJEN DAP' A.K.A RED BEAN ARMY INI ?? MARUAH MELAYU DIPIJAK-PIJAK ???


Sebuah iklan mencari ejen bagi mempromosi ‘Impian DAP’ kini diedar kepada orang ramai.Antara slogan iklan tersebut berbunyi : “Selepas 505,Apa Lagi?,Mari Jadi Ejen Impian”.Butiran iklan pula menjelaskan seperti berikut : DAP mengambil Ejen Impian !!! Apakah yang kita boleh buat lagi untuk UBAH ??? Jom daftar sebagai Ejen Impian sekarang !!! Marilah kita bekerjasama untuk mempromosikan konsep Impian Malaysia dengan melibatkan diri dalam aktiviti komuniti di luar bandar dan luar cyber,sila daftar diri di sini !!! Seperti biasa iklan tersebut disusuli dengan terjemahan bahasa Cina kerana Cina-cina di Malaysia ramai yang berjiwa pendatang serta tidak tahu membaca dan memahami Bahasa Kebangsaan dengan baik.Iklan ini jelas menunjukkan bahawa DAP sedang berusaha untuk menembusi kawasan-kawasan luar bandar di mana capaian internet tidak begitu luas.Kawasan luar bandar adalah kawasan yang mana DAP sukar meraih undi kerana majoritinya adalah kawasan Melayu. 

Apa yang pasti,Ejen-ejen Impian yang terpilih tidak mungkin sekali-kali akan berterus terang dalam aktiviti promosi mereka bahawa DAP ingin menghapuskan Hak Istimewa Melayu dan juga Raja-raja Melayu.Justeru,saya menjangkakan tipu daya dan fitnah yang berterusan untuk meraih sokongan golongan luar bandar pula.Jika diperhatikan,iklan-iklan jawatan kosong di negara ini sering saja terpampang penguasaan Bahasa Mandarin sebagai syarat kelayakan utama untuk bekerja di sektor swasta.Tujuannya tidak lain tidak bukan ialah untuk memberikan jawatan tersebut kepada kaum Cina walaupun jawatan atau syarikat berkenaan tidak perlu pun berurusan dengan negara yang menggunakan Bahasa Mandarin sebagai perantara.Ini adalah satu pendekatan rasis yang halus dan licik sekali oleh kaum Cina di negara ini.Oleh itu, apa yang menarik ialah syarat ‘Mandarin’ langsung tidak dikenakan untuk menjadi ‘Ejen Impian DAP’

Ini pastinya kerana DAP mengalu-alukan pendaftaran di kalangan anak-anak Melayu yang kehilangan pedoman bagi membantu mereka memperdaya Melayu-melayu di luar bandar dengan ‘mimpi-mimpi indah’.Di harap orang-orang UMNO mengambil perhatian dan tindakan segera bagi menangani taktik DAP ini. Sebenarnya,syarat penguasaan Bahasa Mandarin untuk bekerja bukanlah perkara kecil.Namun,malang bagi orang Melayu kerana sehingga ke hari ini, tiada apa yang dapat dilakukan oleh kerajaan untuk mengekang rasisme terhadap kaum bumiputera di sektor-sektor swasta yang bertitik tolak dari syarat penguasaan Bahasa Mandarin itu.Di kalangan pemimpin UMNO sendiri,kebanyakan mereka memandang masalah ini sebagai terasing kerana masih berfikiran stereotaip konon tidak ramai Melayu yang menyertai sektor swasta.Mereka seolah-olah ingin membiarkan sektor swasta dikuasai Cina dan merelakan kaum Melayu dipinggirkan.Ini membawa kepada penindasan yang tiada pembelaan terhadap orang Melayu,selain menutup peluang mereka untuk bersaing bersama-sama dengan kaum lain.Akibatnya,anak-anak Melayu terus mengharap kerja kerajaan atau paling hebat,GLC,yang sebenarnya tidak membantu membuka minda dan membentuk personaliti yang memungkinkan mereka memajukan diri. 

Sedangkan hakikatnya,terdapat begitu ramai anak-anak Melayu bijakpandai yang menyertai sektor swasta tetapi walau betapa bijak dan rajin pun mereka,peluang untuk mereka mendaki tangga ke atas adalah terhad kerana dihalang oleh kaum Cina yang menguasai syarikat-syarikat tersebut.Secara dasarnya,ramai anak-anak Melayu yang menguasai bidang yang memerlukan kepakaran teknikal,contohnya kejuruteraan elektrik atau mekanikal,wafer fabrication,telekomunikasi,IT dan sebagainya.Justeru,industri-industri di Malaysia banyak menyaksikan jawatan-jawatan yang menjadi nadi syarikat ini,dipegang oleh anak-anak Melayu.Kaum Cina pula,tidak dinafikan menguasai bidang kewangan dan pemasaran dan tidak begitu menyerlah dalam bidang teknikal.Kerana itu,kita biasa melihat kedai servis kereta,penghawa dingin atau elektrik yang dimiliki kaum Cina tetap bergantung kepada kepakaran pekerja Melayu atau India.Pokoknya di sini ialah,Melayu di sektor swasta adalah cukup ramai untuk diberi perhatian dan pembelaan sewajarnya oleh kerajaan agar tidak terus ditindas oleh kaum Cina.Mereka inilah Melayu baru yang sebenarnya menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara melalui kepakaran dan juga cukai pendapatan.Jika kerajaan memberi perhatian kepada rungutan Cina yang mendesak agar GLC dan jawatan-jawatan pengurusan di IPTA dibuka kepada mereka, maka kerajaan wajar turut memberi perhatian yang sama kepada rungutan orang Melayu dan kaum-kaum lain yang bukan Cina, di sektor swasta.

Kepada siapa kita boleh mendesak agar jawatan-jawatan tinggi di sektor swasta diberikan kepada yang layak tanpa mengira kaum ??? Kepada siapa kita boleh menuntut agar sektor swasta turut mengikut sistem meritokrasi dan bukan sistem ‘rasis-Cina’ ??? Kita sedar bahawa desakan dan tuntutan sebegini adalah hampir mustahil sebagaimana hampir mustahilnya untuk kita membuktikan berlakunya penindasan atas dasar ‘rasis’ di sektor swasta.Oleh kerana perkara ini ‘hampir mustahil’,maka kerajaan wajib memastikan yang kedudukan orang Melayu di dalam sektor awam, GLC dan IPTA tidak dibuka sewenang-wenangnya kepada kaum lain bagi mengimbangi masalah orang-orang Melayu di sektor swasta.Jika tidak,maka satu hari nanti kaum Melayu bumiputera akan ditindas di kedua-dua sektor sekali gus.Hari ini Cina sudah pun menguasai ekonomi dan dengan strategi DAP untuk menembusi kawasan luar bandar melalui Ejen Impian,jelaslah yang mereka berazam meneruskan perjuangan menguasai politik pula.Atas hakikat ini,apakah kita masih lagi ingin membuka peluang kepada mereka sedangkan mereka terus menerus menutup segala peluang untuk kita ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates