Pembelian kapal selam scorpene tentunya sebuah peristiwa hebat di mana sesuatu yang bukan isu menjadi isu yang sebesar gergarsi dan enggan berhenti.Ia bermula dengan dengan satu pembohongan yang besar oleh SUARAM dan seperti semua pembohongan ia hanya akan bertambah besar di mana dalam kes ini,ia telah pecah berderai sehingga tidak dapat dipastikan lagi bentuknya yang asal dan hari ini,mungkin kerana ego,SUARAM berazam untuk meneruskan pembohongan itu walaupun mereka sendiri keliru dengan kisah yang mereka reka.Rakyat Malaysia,secara amnya sudah maklum mengenai kebenarannya dan tidak lagi memberi perhatian kepada SUARAM.Bagaimanapun ada segelintir yang masih terpedaya dengan persepsi negatif yang ditabur terhadap kerajaan dan terus mempercayai pembohongan SUARAM malah menderma pula untuk tujuan itu.
Di pihak SUARAM pula,mereka tentu sekali perlu memastikan semua ini berterusan.Untuk itu,mereka menganjurkan makan malam termasuk program buka puasa menyeru orang ramai memberi sumbangan agar mereka dapat terus berbohong.saya percaya sumbangan itu akan digunakan sebagai bayaran kepada pihak mereka untuk ‘menguruskan pembohongan’,termasuk membayar peguam-peguam asing,kos pengangkutan dan penginapan mereka,keraian dan juga pelbagai kos lain.Tugasnya adalah untuk terus memberitahu rakyat bahawa Altantuya adalah penterjemah dalam urusniaga scorpene dan beliau mempunyai hubungan sulit sama ada dengan Datuk Seri Najib atau Razak Baginda.Selain itu mereka juga perlu terus berbohong bahawa syarikat DCNS,Thales dan Perimekar,entah bagaimana telah memasukkan wang ke dalam poket Datuk Seri Najib.Dari situ,mereka harus terus menyatakan bahawa mahkamah Perancis telah membuka fail kes dan beberapa orang bakal disapina.
Tidak apa jika mahkamah Perancis telah membuat kenyataan bahawa kes scorpene tidak wujud sama sekali dan telah ditolak sejak dari mula kerana aduan SUARAM didapati tidak berasas.Tidak apa jika pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah menjejak kaki ke negara itu dalam tempoh urusniaga berlaku Tidak apa jika pegawai syarikat DCNS ketawakan kisah kewujudan penterjemah kerana semua transaksi dilakukan dalam bahasa Inggeris dan tidak apa jika laporan audit syarikat Perimekar telah menunjukkan tiada yang pelik dan tiada satu sen pun wang yang tidak berada di tempatnya.Tidak apa semua itu,kerana apa yang SUARAM perlu lakukan ialah terus berbohong mengenainya sebagai alasan untuk menganjur program dan meminta sumbangan. Ini kerana sumbangan itulah satu-satunya cara untuk mereka menjustifikasi perbelanjaan besar yang dilakukan dan akan terus dilakukan oleh pertubuhan itu.Oleh itu,jika ada sesuatu yang pelik dalam pengurusan kewangan, ia bukanlah dalam pembelian scorpene,tetapi dalam operasi SUARAM.
Bagi meletakkan titik noktah kepada semua pembohongan ini,Jasbir Singh Chahl yang terlibat secara langsung dalam transaksi scorpene telah bersetuju agar kenyataannya diambil dan diterbitkan.The New Straits Times telah menyiarkan kenyataannya kelmarin.Dari kenyataan Jasbir,maka sahlah bahawa tiada teka-teki yang perlu diselesaikan dalam isu pembelian scorpene.Semuanya berlaku secara telus dan jelas dan SUARAM lah yang sebenarnya berbohong.Terbukti kini bahawa hayat SUARAM bergantung penuh kepada pembohongan.Jika pembohongan itu berhenti,maka tamatlah riwayat SUARAM.Setakat hari ini,boleh dikatakan hampir tiada lagi yang mempercayai SUARAM.Maka hiduplah SUARAM bagai bangkai bernyawa,berbohong untuk terus mendapat dana dan mengutip derma.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment