Social Icons

Pages

Monday, July 15, 2013

EKSKLUSIF !!! ASAL USUL GAMBAR SEBENAR SULTAN DALAM DUIT MALAYSIA DIDEDAHKAN !!!


perhatikan gambar di atas dan perhatikan juga gambar di bawah.adakah sama atau tidak


Pada matawang Malaysia,tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan.Beliau adalah yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (bertaraf Sultan atau Raja) dari tahun 1933-1960.Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang dihuni oleh suku Minangkabau semenjak abad ke-15 dan dinaungi oleh kerajaan Melaka pada masa itu.Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18,orang Minang meminta izin ke Sultan Johor agar pemerintah melindungi mereka.Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.Raja Pagaruyung menghantar anaknya,Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai raja di Negeri Sembilan yang pertama (bergelar yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada di mata uang Malaysia itu adalah keturunan ke lima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung.


diatas adalah kisah sebenar di sebalik wajah duit yang anda pegang sekarang ini.adakah anda tahu semua ini ??? saya hanya menceritakan apa yang berlaku di sekeliling kita.selepas ini posting seterusnya macam biasa lah politik tanah air

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Walau apa pun usul-asalnya ia berkisar di nusantara rumpun MELAYU (Malay Archipelago). Bukan dari benua lain.

Anti Kapitalis said...

Orang zaman sekarang sembah duit. Kalau duit Malaysia letak gambar kambing pun orang akan sembah kambing tu.

Sepatutnya matawang nilai-nilai rendah patut diletakkan gambar ayam, kambing, lembu, kerbau atau unta, supaya kita semua diingatkan bahawa kita manusia hanyalah setaraf binatang kalau sayangkan duit.

Hanya nilai matawang tertinggi patut letak gambar Agong.

 
 
Blogger Templates