Semua orang menggeleng-geleng kepala melihat bagaimana Anwar boleh dengan selamba mengangkat sumpah di Parlimen sedangkan di masa yang sama mengerahkan balaci-balacinya berkhemah dan berguling dalam jerebu membantah keputusan PRU.Semua orang mengerutkan dahi cuba memahami gambar-gambar Anwar duduk berbual dan bergelak-ketawa dengan Datuk Seri Najib dan pemimpin BN lain dalam waktu balacinya cuba merempuh masuk ke Parlimen.Semua orang tertanya-tanya bagaimana Anwar mampu berhadapan dengan Datuk Seri Najib sedangkan beliau cukup maklum bahawa Datuk Seri Najib tahu bagaimana Anwar cuba menjatuhkannya dengan sebesar-besar fitnah.Malah,Anwar juga tahu bahawa Datuk Seri Najib pasti sudah menonton aksinya dengan China Doll di internet.Anwar juga tahu bahawa Datuk Seri Najib dan seluruh sidang parlimen cukup tahu siri-siri penipuannya yang kantoi tetapi beliau masih lagi menafikannya.Semua orang sedang memerhatikan gelagat Anwar yang tidak tahu malu,tetapi Anwar dengan selamba menghadapi semua orang bagai tiada apa-apa berlaku.
Hakikatnya,manusia yang waras tidak akan mampu terus melakonkan satu watak yang sudah terdedah. Tiada manusia waras yang sanggup berhadapan dengan dunia selepas video seksnya tersebar dan terkantoi pula menipu dalam usaha menutupnya.Tiada manusia waras yang boleh secara terbuka menyuruh orang berdemonstrasi separuh mati untuk menggulingkan musuhnya,tetapi beliau sendiri duduk semeja bermesra dengan musuhnya secara terbuka juga.Lebih-lebih lagi apabila musuhnya itu tahu betapa jahatnya dia sehingga sanggup memfitnah dan mengupah begitu ramai orang bagi mencapai matlamatnya.Manusia yang sanggup berbuat semua ini tentunya tidak waras lagi.Maka tidak hairanlah apabila rakan Anwar,Jusuf Kalla yang juga bekas Naib Presiden Indonesia menggambarkan Anwar sebagai ‘orang gila’ dalam pertemuannya dengan Ketua Pembangkang itu baru-baru ini.Kenyataan tersebut dikukuhkan oleh Al-Azharrisiddiq dengan bertindak memaparkan pandangan Jusuf Kalla di dalam tulisannya.Menurut Azhar,Anwar meminta untuk berjumpa dengan Jusuf Kalla bagi meminta beliau menjadi orang tengah dengan memberitahu DS Najib supaya sesiapa di antara mereka yang kalah PRU-13 hendaklah menerima kekalahan itu dengan baik.Jusuf Kalla bagaimanapun, turut menjemput dua lagi Ahli Parlimen Indonesia sebagai saksi dalam pertemuan itu,iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris,kedua-duanya mantan Menteri Indonesia dan kedua-duanya juga adalah sahabat Anwar.
Namun demikian,selepas keputusan PRU-13 memberi kemenangan kepada BN,Anwar Ibrahim telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh berlaku penipuan.Tindakan Anwar menyebabkan Jusuf Kalla,Yusril,Fahmi dan Ihza marah kepadanya dan ‘meleterinya’.Bagaimanapun,Anwar telah menegaskan kepada mereka yang beliau ingin menjadi Perdana Menteri juga.Di sinilah sahabat-sahabatnya itu dapat mengesan sesuatu yang tidak kena dengan Anwar dimana digambarkan oleh Jusuf Kalla sebagai ‘hidup dalam imaginasi yang melampau’.Kata Jusuf Kalla,Anwar sudah menganggap dirinya Perdana Menteri dan tidak mampu menerima hakikat kekalahan PRU-13.Selain itu, Jusuf Kalla juga menjelaskan bahawa perjumpaannya dengan Anwar sebenarnya adalah atas desakan Amerika.Tidak pasti sama ada desakan Amerika itu adalah kerana turut yakin Anwar akan menang, atau sekadar ingin Indonesia membuat penilaian akan ‘keadaan’ Anwar.Jusuf Kalla mungkin berlapik dalam menyatakan pandangannya terhadap Anwar tetapi kita faham maksudnya iaitu Anwar tidak lagi berada di alam nyata. Anwar sudah terlalu jauh dibawa imaginasinya dan kekalahan PRU-13 menjadi trauma kepada dirinya.
Anwar selama ini hidup dalam kepercayaan bahawa beliau adalah Perdana Menteri biarpun hanya memenangi 89 daripada 222 kerusi dan biarpun dengan majoriti berkurangan dengan banyak di kawasannya sendiri. Anwar menidakkan sistem pilihanraya berdasarkan jumlah kerusi tetapi percaya bahawa sistem pilihanraya negara ini adalah berdasarkan populariti.Semua ini adalah bukti bahawa Anwar sudah tidak rasional lagi.saya pasti,Wan Azizah,Nurul Izzah serta mereka yang berada dalam lingkungan rapatnya turut dapat mengesan masalah psikologi Anwar.Namun,selagi Anwar mampu menjadi sumber bekalan wang untuk mereka, selagi itulah mereka akan menjulangnya dan membiarkan beliau hidup dalam fantasi.saya tidak bimbangkan Anwar,kerana saya tahu beliau punya wang yang cukup untuk menampung kegilaannya.Apa yang saya bimbangkan ialah negara ini akan menjadi kelam kabut akibat mempunyai Ketua Pembangkang yang gila.
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Kalau kita kata Anwar Ibrahim sudah gila, memang itulah kenyataannya...nagara kita memang dalam ancaman bahaya kerana si Anwar ni akan lakukan apa sahaja untuk menghancurkan Malaysia ini secara teratur dan senyap...umpama musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan...dia ni tidak akan peduli akan apa2 yang berlaku dalam Malaysia yang tercinta ini...dia ni akan sanggup jual negara ini demi kepuasan nafsu politiknya itu dan juga dendamnya kepada orang2 tertentu. Kepada rakyat Malaysia semua...percayalah, kita tidak memerlukan manusia seperti Anwar ini untuk memimpin nagara Malaysia ini...bak kata pepatah sudah terang lagi bersuluh...kita pun sudah lihat apa2 sahaja perangai Anwar yang memualkan...tetapi kebanyakannya masih ada orang2 yang buta mata dan buta hatinya...apabila negara benar2 tergadai barulah mereka akan sedar...masa itu pun sudah terlambat...
Post a Comment