Penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu mendapat kecaman hebat dari pembangkang tetapi penggunaannya tidak mendapat tentangan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut akan datang.Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,pembangkang tidak akan memboikot PRK Kuala Besut dan partinya akan bersama PAS ketika berkempen nanti.
"Bukan sekadar menyokong, kita juga akan berkempen penuh dan kuat untuk PAS."Kita tak peduli pasal dakwat SPR itu." katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Penggunaan dakwat kekal pada PRU13 5 Mei lalu menjadi mendapat tentangan hebat terutama dari pihak pembangkang ekoran dakwat yang dikatakan kekal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) luntur selepas dicuci beberapa kali.Sementara itu,mengulas mengenai akta baru melibatkan penukaran agama bagi kanak-kanak,Anwar memberitahu pendekatan secara Islamik perlu diambil,mengikut ajaran Nabi Muhammad S.A.W.
"Seperti di awal kenyataan saya sebelum ini,kita mengambil pendekatan Islamik."Ketika kanak-kanak ingin menukar agama (bapa), walhal si ibu masih bukan Islam,sebagaimana yang dilakukan Nabi, kembalikan semula (agama) mengikut si ibu," katanya.
Namun yang demikian Anwar masih berpendapat ia perlu diberi pemahaman jelas bahkan beliau sendiri masih hadir ke perjumpaan anjuran pelbagai pihak dalam memenuhi proses rundingan dan penelitian.Lantas yang demikian Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menggesa agar isu terbabit tidak membawa kepada keburukan dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama dalam negara."Saya ada berbincang dengan Tuan Guru Hadi Awang (PAS) pimpinan Keadilan dan Lim Guan Eng (DAP). Dapatkan pemahaman dan teliti sebelum mengeluarkan kenyataan kepada orang ramai."Saya juga ada ke perjumpaan bersama badan bukan kerajaan (NGO), Ambiga juga ada bersama dan masih dalam rundingan.
"Tak perlu menjurangkan antara penganut Islam dan bukan islam," ujarnya. - Rakyat News
No comments:
Post a Comment