Social Icons

Pages

Tuesday, July 02, 2013

KANTOI !!! #PRU13 #BLACKOUT505 !!! DAKWAT KEKAL !!! ANWAR IBRAHIM MEMBUAT LAPORAN POLIS PALSU !!!


Setelah tidak tahan disindir kerana tidak membuat laporan polis terhadap ‘penipuan’ yang berlaku dalam PRU-13,akhirnya pada 27 Mei 2013 Anwar pun menyahut cabaran itu.Bagaimanapun,di dalam laporan tersebut,Anwar langsung tidak menyebut mengenai ‘penipuan SPR’ sama ada kejadian mengundi dua kali,tidak dibenarkan mengundi,pengundi hantu atau peti undi bertambah selepas ‘blackout’.Satu-satunya ‘penipuan SPR’ yang dilaporkan hanyalah berkenaan dakwat kekal yang tidak kekal di jarinya.Beliau diiringi Wan Azizah telah membuat laporan itu pada jam 12.30 tengah hari di balai polis Tropicana dekat Kuala Lumpur.Dalam kenyataanya,beliau menerangkan sebagai melaporkan seperti berikut : “Saya mengundi pada pukul 9.30 pagi di Kubang Semang,Parlimen Permatang Pauh.Saya basuh jari yang dicalit dakwat kekal pada pukul 5 petang pada hari yang sama dan saya dapati dakwat itu hilang.” Namun,perkembangan terbaru telah mendedahkan pertemuan Anwar dengan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla selepas pilihanraya,yang mana Jusuf Kalla telah mempersoalkan dakwat yang masih ada di jari Anwar.Jusuf Kalla dilaporkan berkata pada Anwar, “kamu kata isu dakwat,lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih ada dakwat yang belum hilang.” 

 Nampaknya,Anwar berbohong lagi. Bagaimana Anwar membuat laporan polis konon dakwat di jarinya hilang sedangkan Jusuf Kalla masih boleh melihatnya beberapa hari kemudian ??? Apakah Anwar akan menuduh Jusuf Kalla berbohong bagi menyelamatkan dirinya ??? Dalam pertemuan yang sama, Jusuf Kalla mempersoalkan kewarasan Anwar kerana berdegil ingin menjadi Perdana Menteri.Katanya, “Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen,Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!”. Tambahnya lagi, “jika kamu (Anwar) di Indonesia,ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral (parti)”.Beliau juga turut menempelak penipuan Anwar berkenaan pengundi hantu, “Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya”. 

Sebenarnya,kita di sini sudah berbuih memberi penjelasan kepada penyokong Anwar mengenai perkara yang sama, dan nampaknya Jusuf Kalla juga menggunakan hujah-hujah yang sama dengan kita bagi menepis kegilaan Anwar.Jelas,sesiapa sahaja yang waras sudah pasti dapat memikirkan hujah-hujah ini, dan hanya orang gila sahaja yang mendesak kepada perkara yang tidak logik. Maka tidak hairanlah Jusuf Kalla menggambarkan Anwar sebagai “hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau”. Apa yang pasti ialah Anwar tidak mampu membuat laporan polis mengenai pengundi hantu dan ‘blackout’ kerana kedua-dua isu ini tidak wujud sama sekali.Justeru,satu-satunya peluang untuk menimbulkan kekecohan ialah isu dakwat kekal.Namun,kini terserlah sudah bahawa isu dakwat kekal juga Anwar telah membuat laporan polis palsu.Justeru,hanya satu kesimpulan yang dapat dipaparkan di sini iaitu : Apabila ianya Anwar, ia pasti menipu.

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Ari said...

sume org da tau..taubatlh anwar.jgn rosakn kesabaran

Fikir Tajam said...

Artikel ini telah saya hujahkan di KNKB (kkamdias.blogspot.com) pada June 28, 2013 at 6:09 PM. Sekadar untuk berkongsi fikir/renung.

Anwar hanya BUDAK SASTERA LULUS GENERAL DEGREE sahaja!

Lupakan siPELIWAT ini.

Bukan sahaja demokrasi diliwatnya malahan keyakinan diri anak lelakinya pun diliwat sama. Bukankah Ikhwan terus bawa diri ke US tak berani balik Malaysia?

Anwar memang SAH PELIWAT! Hanya yg otak DILIWAT Anwar sahaja yg masih puja mamat ni.

Lihat di bawah ini (Mathematical Reasoning/Penaakulan Mantiq Tingkatan 5 aje):

Premis 1: If p then q
Premis 2: Not q
Conclusion: Not p

Kes I: p = Anwar TIDAK MELIWAT, q = Anwar BERSUMPAH

Kes II: p = Anwar TIDAK MELIWAT, q = Anwar menjalani ujian DNA

Kes III: p = Anwar bukan PELAKON DALAM VIDEO, q = Anwar MENYAMAN DATUK ESKAY

Nota:

1. Kes II sangat mudah difahami. Ibarat memulakan perlawanan bolasepak atau badminton di mana wang syiling dilambung. Keputusan lambungan syiling ialah Head (Kepala) atau Tail (Ekor). Maknanya kebarangkalian P(Head) = 1/2 = 0.5. Begitu juga P(Tail) = 1/2 = 0.5. Maknanya setiap kesudahan (outcome) mempunyai kemungkinan/kebarangkalian berlaku sebanyak 50%.

2. Begitu juga jika Jabatan Narkotik membuat ujian urine/kencing ke atas sesiapa yg disyaki terlibat dadah. Keputusannya adalah sama ada positif ataupun negatif. Kebarangkalian seseorang itu didapati positif atau negatif masing-masing ialah 1/2 = 0.5 @ 50%.

3. Justeru tidakkah Anwar punya peluang 50% yakni kebarangkalian untuk membuktikan dirinya bukan PELIWAT Saiful adalah 1/2 = 0.5. Beliau MENYALAK yg dia tidak bersalah meliwat Saiful TETAPI ironinya peluang untuk membuktikan dirinya betul TIDAK digunakan! Sampai sekarang Anwar tidak berani menjalani ujian DNA. Keputusan ujian DNA itu adalah sama ada SEPADAN atau TIDAK SEPADAN. Jika benar dakwaan Anwar bahawa beliau tidak melakukannya sudah pasti keputusan DNA kelak tidak sepadan dengan sampel yg ditemui di dubur Saiful!

4. Untuk fahamkan Kes I, II dan III sila teliti betul-betul:

TIDAK TIDAK = YA

BUKAN BUKAN = YA

5. Ironinya ramai Profesor Matematik Melayu/Islam termasuklah Prof Shaharir Mohamad Zain yg terbilang dengan istilah molek-molek seperti PeMelayuan Matematik, PemPribumian Matematik, PengIslaman Matematik tetapi akhirnya telah melakukan PengKebumian Matematik dalam isu LIWAT Anwar ini. Sejak 1998 lagi. 15 tahun berdiam diri! Mangalahkan Pak Lah Si Flip-Flop itu.

 
 
Blogger Templates