Kejatuhan Presiden Mohammed Mursi dari kumpulan Ikhwan Muslimin adalah rentetan kegagalan kumpulan Islamis di Timur Tengah.“Di pelbagai penjuru dunia,gerakan Islamis sentiasa mengalami kegagalan,seperti yang terjadi di Tunisia,parti Islam Ennahda dipaksa berkompromi dengan dua parti sekular kiri-tengah untuk merumuskan konstitusi warga negaranya yang tidak cenderung ke arah hukum Syariah.Tepat setahun lalu,koalisi yang dipimpin oleh seorang ilmuwan politik berpendidikan Barat, Mohammed al- Megaryef mampu mengalahkan gerakan Islamis dalam pemilihan umum yang bebas dan adil di Libya. Selain itu, dalam pilihanraya di Iran yang baru berlangsung, konstituen hanya dibolehkan memilih satu di antara enam calon yang disetujui oleh wilayatul faqih. Di antara enam calon itu hanya Hasan Rouhani yang dikenal pasti sebagai moderat dan berjaya memenangi pilihanraya, “ulas laman Indonesia,beritasatu.com
Menurut laman itu,perkara yang sama juga berlaku di Mesir,kelompok yang menamakan diri mereka sebagai ‘Tamarod’ (pemberontak) telah mengadakan demonstrasi besar-besaran menuntut Morsi berundur sebagai presiden dan kemudiannya dirampas kuasa oleh pihak tentera dan diserahkan kuasa itu kepada Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara,Adly Mansour sebagai Presiden sementara.“Sokongan terhadap Morsi juga dibuat oleh ulama besar seperti Yusuf Qaradhawi.Beliau menilai ketidakpercayaan terhadap Morsi hanya dalam jangka satu tahun,lalu melakukan aksi demonstrasi besar-besaran dan dilanjutkan rampasan kuasa tentera, dianggapnya sebagai terlalu berlebihan. Menurutnya Morsi masih memiliki waktu untuk melakukan program-programnya.
“Sokongan Yusuf Qaradhawi membuatkan aktivis Ikhwanul Muslimin kini memiliki semangat yang tinggi untuk melakukan ‘peperangan’ terhadap kumpulan anti-Morsi.Ulama yang pernah menulis buku fenomena Fiqh Al-Jihad itu bahkan berani mengatakan suasana masa depan Mesir akan lebih buruk dari 30 tahun terakhir pasca kejatuhan Morsi oleh rampasan kuasa tentera itu,”ulas laman itu.
Menurut laman itu kejatuhan Morsi sekurang-kurang boleh memberikan pengajaran kepada aktivis Ikhwanul Muslimin bahawa proses Islamisme tidak mampu merahmati semua golongan di mana komposisi rakyat Mesir yang pelbagai agama,di antaranya Yahudi,Kristian Koptik,Syiah dan sebagainya.“Keberagaman itu membuatkan gerakan Islamis Ikhwanul Muslimin ditentang,kerana Morsi dalam kepemimpinannya selalu mengutamakan kaum Ikhwan dalam proses pemerintahannya. Padahal ketika pilihanraya setahun yang lalu,sokongan terhadap Morsi juga didapati dari golongan di luar Ikhwanul Muslimin.Aksi turun ke jalan raya setidak-tidaknya memberikan gambaran lemahnya kekuatan lobi-lobi politik di parlimen.Sebagai contoh berbagai-bagai fraksi politik di parlimen yang dikuasai koalisi Partai Kebebasan dan Keadilan (Parti Ikhwanul Muslimin) dan Partai Cahaya (partai kaum ultrakonservatif Salafi) menjadikan mekanisme diplomasi tidak mampu dijadikan kenderaan untuk mewujudkan tuntutan masyarakat.Besarnya tuntutan rakyat supaya Presiden Morsi berundur bukanlah tanpa alasan.Bagi kelompok Tamarod,Morsi dikenal sebagai seorang intelektual dan kepribadiannya tak perlu digugat.Tetapi Morsi dilihat lebih kerap dikuasai penuh oleh Ikhwanul Muslimin.Misalnya,pelaksanaan nepotisme besar-besaran yang menempatkan aktivis Ikhwanul Muslimin dalam struktur pemerintahan,”ulas laman itu lagi.
Dalam bidang ekonomi pula ulasnya,polisi Morsi dilihat lebih buruk dari kepemimpinan Hosni Mubarak.Janji-janjinya tidak dipenuhi dalam menangani pengangguran,kerana janji-janji itu dituntut oleh generasi muda dan tidak mendapatkan campur tangan asing di Mesir.Paling serius adalah masalah kekurangan bekalan air.Ketika Morsi memimpin,Mesir berhadapan dengan permasalahan jumlah penduduk yang tinggi, tetapi tidak diiringi dengan penyediaan air bersih yang mencukupi.Cadangan Morsi untuk menghapuskan piramid juga tidak bijak kerana ia merupakan daya tarikan pelancung antarabangsa ke negara itu.
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Anwar dan PAS kutuk sangat kejatuhan Morsi sebab Morsi geng Muslim Brotherhood depa!
Malangnya umat Islam berpecah, membenci dan berbunuh sesama sendiri – sedangkan yang ketawa macam SYAITAN durjana ialah penjajah laknat Barat-Israel dan sekutu kuat mereka, termasuklah puak evangelis Kristian Zionis DAPigs/Bukan Islam PKR (fahaman Kristian Zionis ialah gabungan doktrin Kristian Protestant palsu dengan pengganas Yahudi Zionis untuk menjatuhkan Islam, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah termasuk Mekah di masa hadapan, dan seluruh dunia Islam yang kaya minyak-gas)!
Sebenarnya, Muslim Brotherhood (MB) yang didalangi si Morsi ini dulunya adalah sekutu kuat si Barat. Macam Anwar, adalah pengikut MB ini; sebab itu dia amat pro-Barat. Tetapi apabila Morsi makin kuat menghentam Israel dan berbaik dengan Iran, dia pun digulingkan oleh dalang-dalang Barat-Zionis. Oleh kerana Hosni Mubarak enggan membenarkan pengkalan tentera US-NATO-Zionis di Mesir, apalagi sasaran mereka mengawal Teluk Suez yang amat penting, terutamanya untuk menjaga kepentingan Israel, maka Mobarak digulingkan. Begitu juga, Allahyarham Kolonel Gaddafi, amat Nasionalis dan menjadi penaja kuat African Union yang berdikari dari Barat-Zionis, sampai dibunuh dengan kejam macam anjing, oleh ejen CIA-MI6-Mossad-NATO yang menyamar jadi pemberontak Islam -juga untuk merampas minyak-gas LIbya yang terbesar di Afrika. K’jaan Syria dan Iran walaupun diketuai pengikut Shiah, sebenarnya juga mahu digulingkan US-NATO-Israel ini, kerana mereka Nasionalis, amat anti Barat-Israel, dan penuh minyak-gas, termasuk Syria Golan Heights yang telah 2/3 dijajah Israel.
Maka pengajaran di sini ialah, Barat-Zionis akan mempergunakan negara/umat Islam, dalam apa carapun, yang manis talam dua muka mahupun yang ganas, untuk menjatuhkan Islam, serta memecahbelahan pemimipin/umat Islam dan menjajah negara Islam yang kaya minyak-gas. Kawan akan jadi lawan dengan mudah sekali bila tak patuh arahan si Barat-Zionis ini, termasuk cium kaki Israel-Zionis, macam hamba abdi!
MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.
(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAPigs/PKR/Red beans militiaPIGS durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)
Post a Comment