Social Icons

Pages

Friday, July 12, 2013

KANTOI !!! #PRU13 !!! SLOGAN 'RAKYAT' YANG DIBERI OLEH PEMBANGKANG ADALAH KENCING BELAKA !!!


Walaupun Pilihan Raya Umum ke-13 sudah dua bulan berlalu pihak pembangkang masih menanam bibit-bibit kebencian terhadap kerajaan yang dipilih rakyat secara sah melalu proses demokrasi.Sejurus keputusan PRU13 diumumkan,pakatan pembangkang terus tergamam kerana propaganda yang mereka lancarkan terhadap Barisan Nasional selama lima tahun sejak 2008 gagal membawa mereka ke Putrajaya.Di atas kegagalan tersebut,Anwar Ibrahim memulakan kempen menolak mandat rakyat yang telah diberikan kepada BN.Kononnya perjuangan pembangkang adalah ‘dari rakyat,untuk rakyat dan kepada rakyat’ seperti slogan Presiden Abraham Lincoln.Maka diwujudkan pelbagai fitnah kononnya pembangkang menang atas perkiraan undi popular walaupun sistem yang telah digunapakai sejak zaman Merdeka lagi ialah pemilihan berdasarkan kawasan atau ‘constituency’. 

Sebelum itu Anwar dengan bijaknya membuat cerita lebih 40,000 rakyat Bangladesh diterbangkan untuk mengundi.Apabila kebodohannya terserlah kerana membuat tuduhan membabi buta tanpa asas dan bukti,beliau menukar taktiknya pula kepada demonstrasi jalanan.Pada mulanya nampak penyokong pembangkang terutamanya golongan Cina yakin dan bersungguh-sungguh percaya dengan hasutan dan janji manis Anwar bahawa beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri.Siri perhimpunan haram Blackout 505 dihadiri ribuan penyokong pada peringkat awal kerana rasa marah yang diapi-apikan oleh pembangkang.Bagaimanapun apa menjurus kepada ‘finale’ perhimpunan,impian Anwar untuk menimbulkan kekecohan hancur berkecai.Ini kerana Blackout 505 yang diadakan di Padang Merbok 22 Jun lalu hanya mampu menarik kehadiran lebih kurang 7,000 orang sahaja. 

Itupun setelah perhimpunan yang sepatutnya diadakan seminggu terdahulu ditangguh. Kali ini penyokong Cina boleh dibilang dengan jari dan rata-rata yang turun berhimpun terdiri daripada anak-anak muda Melayu yang bertindak seolah-olah sudah hilang pedoman dan arah hidup. Orang Cina yang mendokong kuat Dap pada PRU13 sehingga menyebabkan fenomena gelombang politik yang dipanggil Tsunami Cina telah menyedari mereka telah ditipu oleh Anwar.Oleh sebab itu mereka mula menyepikan diri daripada mengambil bahagian di dalam perhimpunan anjuran Anwar kerana mereka mula merasakan bahang kemarahan dan kebangkitan orang Melayu.Pengundi Cina telah mengkhianati setiakawan yang dijalin antara UMNO dan MCA sejak era Perikatan lagi demi kerakusan dan ketamakan mereka untuk merampas kuasa politik daripada tangan Melayu.Alasan yang mengatakan orang Cina tertipu oleh Anwar atau termakan dengan janji-janji pembangkang tidak boleh diterima akal kerana apa yang terjadi ialah perancangan rapi oleh kaum itu untuk meninggalkan MCA dan bersekongkol dengan Dap pula pada PRU13.Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang akhirnya kecundang dengan permainan politik kotor mereka apabila mereka berbondong-bondong mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat sehari setelah Blackout 505. 

Inilah kemuncak kepada pembohongan yang dijaja oleh Anwar dan kuncu-kuncunya.Malangnya penyokong dikalangan orang Melayu masih belum sedar atau merelakan diri mereka ditipu oleh Anwar walhal penyokong Cina awal celik mata terhadap pembohongan Anwar.Orang Melayu berfikir Anwar akan membawa kepada kemajuan dan pembaharuan politik tetapi apa yang akan berlaku jika Anwar sebaliknya.Beliau tidak henti-henti menuduh pemimpin UMNO dan kerajaan korup tetapi tidakkah mereka yang taksub menyokong tidak tahu Anwar lah bapa rasuah semasa berkuasa di dalam kerajaan dahulu.Masih ingatkan kes nilai saham syarikat perjudian Repco yang dibiarkan naik sehingga mencecah lebih RM100 sesaham pada awal tahun 1990an dulu ??? Tidakkah CEO Cina yang memiliki Repco adalah kroni rapat Anwar yang berjaya menipu pelabur di dalam syarikat itu dan akhirnnya membuat mereka mengalami kerugian dan ramai yang bankrap apabila harga saham yang dimanipulasi jatuh merudum ??? Ini baru satu syarikat yang dikaitkan dengan kepentingan rangkaian kekayaan Anwar semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan ada berpuluh-puluh syarikat awam yang menjadi milik beliau melalui proksi.Jadi jika penyokong-penyokong Melayu yang masih tegar bersama Anwar,sedarlah mereka telah ditipu selama ini dan akan terus ditipu jika tidak berusaha membuka minda dan pemikiran mereka.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates