Social Icons

Pages

Friday, August 02, 2013

HOT NEWS !!! KISAH SEBENAR BAGAIMANA MAZNAH MEMBELA ANJING DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!


Jurulatih anjing,Maznah Mohd Yusof berkata,mazhab Imam Shafie yang diikuti umat Islam di Malaysia tidak menyatakan bahawa anjing adalah haram tetapi hanya memerlukan umat Islam melakukan samak jika bersentuhan dengan anjing dalam keadaan tertentu.Jurutera industri itu berkata demikian ketika ditemubual G Vinod daripada Free Malaysia Today (FMT) pada 2011.Maznah yang direman selama dua hari kerana menerbitkan video hari raya bersama anjing-anjingnya juga menegaskan bahawa keluarganya tidak pernah menyatakan bahawa anjing adalah haram. 

“Terdapat beberapa perbezaan pendapat di dalam Islam.Di sini kami mengamalkan mazhab Imam Shafie yang tidak menyatakan anjing itu haram namun kita perlu melakukan samak jika memegang anjing dalam keadaan basah.” Ketika ditanya apakah pandangan ahli keluarga ekoran peranannya sebagai jurulatih anjing,Maznah berkata,kebanyakan mereka tidak pernah mempertikaikannya. “Namun seorang sepupu pernah bertanya sama ada saya ini masih lagi seorang Muslim atau tidak,” katanya.Beliau menjelaskan rasa terpanggil untuk bekerja dengan anjing selepas menemui lima ekor anak anjing terbiar di kawasan tempat letak kereta di Queensbay Mall di Pulau Pinang.Ketika itu dia bekerja sebagai Jurutera Industri namun tidak seronok dengan tugasnya dan bercadang mencari pekerjaan lain yang lebih memberi kepuasan. 

“Saya bekerja sebagai jurutera industri dari 1998 sehingga 2007 di Pulau Pinang.Saya percaya kita mesti melakukan perkara yang kita minat dan kerja saya pada masa itu memang tidak memberi kepuasan kepada saya,” katanya.Menceritakan lebih lanjut,dia dan rakan serumah telah membawa lima ekor anak anjing terbabit ke klinik haiwan kerana dua daripadanya kelihatan hampir mati. Selepas pulih, ahli veterinar meminta mereka menghantar anak-anak anjing terbabit ke Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan (SPCA). “Namun kami terperanjat apabila SPCA memberitahu anjing-anjing itu perlu ‘disuntik untuk mati’ (put to sleep) kerana terlalu kecil untuk dijaga.Ketika itu anjing berkenaan hanya berusia dua minggu.Jadi kami ambil keputusan menjaga anjing-anjing terbabit,” katanya. Maznah yang berkelulusan dari Amerika Syarikat kemudian membesarkan anjing-anjing berkenaan dengan menamakan mereka sebagai Yusni,Golek,Ciku,Oren dan Ross. 

Beliau kemudian berpindah ke Rawang dan mendapati anjing-anjing di kawasan barunya juga jinak dengan dirinya.“Di situ saya sedar bahawa itulah petanda yang saya perlu bekerja dengan anjing,”katanya.Ekoran itu,dia memulakan langkah menimba ilmu bagaimana untuk melatih anjing dengan membaca buku-buku berkaitan selain mengumpul maklumat dari Internet.“Saya banyak belajar daripada buku Cesar’s Way yang ditulis oleh Cesar Milan seorang jurulatih anjing dari Mexico,”katanya.Justeru,Maznah menegaskan masyarakat perlu berhenti memikirkan bahawa anjing itu hanyalah seekor haiwan.“Ada yang berkata anjing-anjing adalah teman baik lelaki.Bagi saya anjing-anjing ini adalah penjaga dan pengawal saya,” katanya lagi.Maznah bagaimanapun berdepan masalah apabila memuat naik video sambutan Hari Raya bersama anjing-anjingnya ke YouTube.Tindakannya itu mendapat kecaman umat Islam kerana video berkenaan menggunakan latar belakang suara takbir serta menjamu anjing-anjing terbabit dengan kuih raya.Dia ditahan pada Rabu di Bukit Beruntung,Selangor dan dibawa ke Balai Polis Segamat untuk siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

Benar masyarakat Islam kena merubah persepsi terhadap anjing kerana ia bkn lah haram tetapi najis dan air liurnya najis berat.dan jangan kita membenci dan jijik dgn anjing sedemikian rupa. Dan tidak digalakkan utk membw anjing masuk ke rumah kerana menyukarkan kita utk beribadat dan menyediakan tempat yang suci bersih. Jika di luar rumah tidak mengapa.

Anonymous said...

Islam mempunyai garis panduan bagaimana jika kita hendak membela anjing. Jika kita terkena najis mughallazah ini wajib disamak.

Anonymous said...

Org melayu atau melayu islam? Mmg sensitif bab bab anjing. Apala salah anjing tu? Dia pun makhluk Allah. Lagipun Allah dah bagi guideline cara cara nk menyuci. Maznah, hanya Tuhan sahaja yang tahu keikhlasan anda ketika mengambil anak anjing tu. Kalau orang lain dah biar sahaja mati kat situ. Siapa yang lebih kejam?

mae said...

isu pokok bukan hal membela anjing tapi perbuatan menyambutkan hariraya bagi anjing. Nanti ada babi sambut raya. Itu semua bad taste lah. tak sesuai. raya tu disuruh bagi orang islam atas kemenangan betpuasa di bulan ramadhan. tak ada dalam quran atau hadis suruh anjing atau babi atau ayam itik lembu sambut raya.

 
 
Blogger Templates