Filem The New Village terus menjadi kontroversi apabila pembikinnya,Namewee,sekali menghentam kerajaan di youtube kerana menunda penayangannya.Filem tersebut mendapat reaksi terkejut dan marah dari berbagai pihak,terutama yang pernah menjadi mangsa komunis apabila ia mengangkat komunis sebagai wira dalam memperjuangkan kemerdekaan.Secara dasarnya pula,filem ini adalah lanjutan dari sikap biadap dan tidak sensitif yang ditunjukkan Namewee sebelum ini.Terbukti kini bahawa Namewee tidak pernah merasa bersalah,jauh sekali insaf dari perbuatannya menghina agama Islam, Melayu dan kerajaan tidak lama dahulu.Permohonan maafnya sebelum ini hanyalah lakonan semata-mata dan kini beliau mengambil kesempatan atas kenaifan kerajaan untuk terus mencabar dan menghina kerajaan.saya minta maaf kerana naikkan isu ini kembali kerana belum ada jawapan lagi sampai sekarang tentang filem ini.adakah di haramkan atau filem ini akan ditayangkan
Dari satu segi,Namewee sebenarnya sedang memperlekehkan kerajaan yang telah mempercayai dan memberi kemaafan kepadanya.Namewee juga sedang memperbodohkan kerajaan kerana memberi geran kepadanya untuk berkarya serta mengangkatnya sebagai ikon 1Malaysia.Kini,terbukti sudah bahawa segala kebaikan kerajaan itu langsung tidak dihargainya.Mengambil kira hakikat ini,inilah ditegaskan bahawa bukan sahaja filem The New Village yang menjadi isu,tetapi kedudukan Namewee dalam arena seni hiburan negara juga harus dikaji semula.Hakikat yang sukar untuk dicerna oleh kerajaan ialah Malaysia pada hari ini berada dalam keadaan tegang.Walaupun pada dasarnya keadaan kelihatan aman,namun ketegangan sebenarnya sedang meningkat dan membarah dari dalam.
Negara kini berhadapan dengan masalah di mana kumpulan minoriti enggan menerima identiti nasional,menolak aspirasi negara mentah-mentah serta enggan menerima sebarang usaha untuk membentuk perpaduan.Keadaan begitu kronik sehingga mereka sanggup menolak dan menukar sejarah yang mana menyebabkan timbulnya prejudis dan kebencian terhadap kerajaan Melayu.Mereka menganggap sebarang usaha untuk mempromosi perpaduan dan membentuk identiti nasional sebagai ancaman kepada identiti dan aspirasi kaum mereka.Dalam kata lain,mereka tidak pernah berkongsi cita-cita dan hala tuju yang sama dengan warganegara dari kaum lain di Malaysia ini tetapi ingin meletakkan kaum mereka di satu kelas tersendiri yang berasingan dan filem The New Village adalah bertitik-tolak dari sikap minoriti itu.Perlu ditegaskan bahawa filem seperti ini mampu menjejaskan usaha kerajaan untuk memulihkan ketegangan kerana ia bakal menambahkan lagi kekusutan pemahaman golongan minoriti mengenai sejarah negara.
Justeru,saya mendesak agar filem The New Village ini diharamkan sahaja tayangannya sebagai salah satu langkah tegas dalam menghentikan sebarang usaha untuk mengawal ketegangan.Ia juga merupakan antara langkah segera dalam mengekang usaha untuk memanipulasi dan menukar sejarah.Sehubungan dengan itu,Namewee juga wajar diharamkan terus dari berkarya.Beliau tidak harus diberi peluang untuk terus menimbulkan kekusutan dan ketegangan.Sudah sampai masanya beliau diberi pengajaran dalam bentuk hukuman supaya beliau kembali menjunjung langit di mana buminya dipijak.Sesungguhnya,apa yang Namewee lakukan adalah keterlaluan.Memberi peluang lagi kepadanya akan hanya menunjukkan kelemahan kerajaan.Percayalah jika diberi peluang,beliau pasti akan menggunakannya untuk memperlekeh,menghina dan memperbodohkan kerajaan lagi.Apakah Namewee perlu membuktikan kebodohan kerajaan sebelum menerima hukuman ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
lu jgn men gila sohai
Lu sapa kata org sohai.lulah sohai.
Lemah... para pemantau kita memang lemah. Siapa dia orang? Aku pun tak tahu. Mungkin SB PDRM. Kenapa dibiarkan mereka membuat penggambaran ini tanpa diketahui oleh sesorang yang patut tahu. Kenapa ia dibenarkan penayangannya. These are some of the relevant questions to be asked. Somkething has gone wrong somewhere. All these things should have been nipped in the bud.
Aku malu dengan ketidakcekapan para pemantau. You should put your ears on the ground. Hello, are you still there? Wakey wakey...
Post a Comment