PR merupakan sebuah parti politik yang amat sinonim dengan kerosakan.Selama kewujudannya,parti itu hanya memainkan peranan sebagai pencetus huru-hara melalui siri-siri demonstrasi ganas,selain menghasut dan memfitnah bagi menimbulkan ketegangan antara kaum,agama mahupun sesama Islam.Malah,PR juga dikaitkan dengan pencerobohan Lahad Datu.Pendek kata,sehingga kini,tiada suatu pun kebaikan yang dibawa oleh PR kepada negara ini walaupun parti itu membawa slogan keadilan,kebebasan dan hak asasi manusia.Tidak lama dahulu,PR begitu bangga apabila kerajaan tunduk kepada desakan mereka untuk menghapuskan Akta Pencegahan dan Akta Hasutan.Kononnya,dengan terhapusnya Akta tersebut maka keadilan,kebebasan dan hak asasi manusia dapat ditegakkan.Walaubagaimanapun,hasil dari ‘perjuangan’ PR hanya membawa kerosakan yang lebih besar apabila provokasi agama dan kes tembak menembak semakin menjadi-jadi.Apa yang pelik ialah PR bukan sahaja tidak merasa bersalah,tetapi bertindak membela penjenayah pula.Beberapa peguam yang juga pemimpin PR kini bangun mempertikai tindakan polis serta mempersoalkan hak asasi para penjenayah.PR langsung menghiraukan ancaman para penjenayah ini terhadap masyarakat.
Hakikatnya,parti PR didokongi oleh para peguam yang hebat memutarbelit dan memusing fakta.Malah,antara personaliti PR yang paling lantang ialah Karpal Singh,juga seorang peguam yang telah mendedahkan kegiatan homoseksual Anwar buat pertama kalinya di Parlimen tetapi kemudiannya menjadi pembela kepada Anwar menafikan yang beliau pernah meliwat.Ini sudah cukup untuk membuktikan betapa kotor,busuk dan jahatnya politik PR.Secara dasarnya,peguam-peguam PR mempunyai pelanggan dari dunia gelap.Antaranya,bapa ayam,pengedar CD haram,pengedar dadah,gangster dan berbagai-bagai lagi.Pendek kata,membela penjenayah sudah menjadi tugas mereka dan bagi yang berjaya melepaskan penjenayah dari dakwaan,ganjarannya sudah pasti lumayan,tidak termasuk dengan jaminan ‘keselamatan’.Ini tentu memberi kelebihan kepada aktiviti politik mereka pula.Maka,tidak hairanlah aktiviti gelap semakin bercambah di Selangor dan Pulau Pinang,sebaik sahaja PR menjadi kerajaan negeri.Jika kita imbas kembali kes pembunuhan berprofil tinggi,Datuk Sosilawati iaitu jutawan kosmetik yang terkemuka,anda akan dapati kes tersebut juga dikaitkan dengan peguam yang menjadi ahli Majlis Peguam yang mana diketahui menjadi tulang belakang kepada PR.Bukan setakat kes berprofil tinggi,tetapi dalam kes-kes biasa juga PR sering cenderung membela pesalah atau orang yang disyaki.
Dalam isu demonstrasi ganas BERSIH,PR langsung tidak mengambil kira tindakan peserta yang membelasah pihak berkuasa tetapi sibuk membela keganasan peserta.Dalam kes polis menembak remaja yang memecut setelah engkar arahan polis untuk berhenti,PR telah mengambil sepenuh kesempatan untuk menyalahkan polis tanpa mengambilkira situasi kejadian.Nampaknya,PR memang pejuang hak asasi manusia yang hebat kerana sanggup berjuang untuk memastikan penjenayah juga punya hak untuk bebas dan berbuat jenayah.Justeru,kita jangan terkejut jika melihat peguam-peguam dari kalangan pemimpin PR akan ke hadapan sekiranya Ops Cantas yang dilancarkan pihak polis berjaya membawa para gangster ke muka pengadilan.saya pasti PR akan terus mempertahankan gangster kerana gangsterisme merupakan sebahagian dari politik PR itu sendiri.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment