amat memalukan bila Anwar yang sering melaungkan keakrabannya yang teramat sangat dengan mantan Naib Presiden Indonesia,Jusof Kalla,tidak dijemput ke majlis perkahwinan anak pemimpin Indonesia itu di sebuah hotel terkemuka di Jakarta semalam.Sedangkan seteru Anwar,Datuk Seri Najib Tun Razak diberi penghormatan sebagai satu-satunya pemimpin utama negara asing yang dijemput ke majlis penuh prestij tersebut.Walhal setahu saya,Anwar kerap mengaitkan Jusof Kalla dengan dia.Sikit-sikit Jusof Kalla,sikit-sikit Jusof Kalla.Sampaikan cerita lawak Anwar di 'offer' jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Datuk Seri Najib pun,Anwar kata Jusof Kalla yang sebut.Bunyi macam rapat sangat,tapi majlis kahwin anak dia sendiri pun,Anwar tidak dijemput Jusof Kalla.
Majlis kahwin,adalah jemputan untuk kawan karib dan saudara mara terdekat.Bila dah tak dijemput tu,faham-faham sudahlah. Kalau itu bukan kemaluan terbesar,saya tak tahulah nak kata apa lagi.Bagi saya sendiri,tidak ada alasan lain kenapa Anwar tidak dijemput untuk datang ke majlis itu,melainkan Jusof Kalla berasa kecil hati kerana namanya sering dilibatkan Anwar untuk menghidupkan semula ‘pesona’nya di kalangan pengikut pembangkang yang semakin tawar kebelakangan ni.Siapa pun kecil hati kalau namanya dijual berulang kali macam sampah tepi jalan.Pulak tu,betulnya tidak,autanya saja lebih.Tapi saya juga perlu akui,ada kemungkinan Jusof Kalla mungkin menjemput,tapi Anwar malu nak datang kerana mengenangkan pelbagai pembohongan menggunakan nama Jusof Kalla yang sering dibuatnya kebelakangan ni.Berulang alik ke Jakarta tu bukan satu masalah untuk Anwar,alangkah Turki yang lebih jauh itupun Anwar ulang alik hampir setiap bulan,takdak masalah pun.Tiket habis,sewa jet,apa susah,duitkan banyak.Bayar legal fees saja sudah berpuluh juta ringgit nilai,apalah sangat sewa jet tu.
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
Itu lah korang, Nuar dapat jemputan kahwin anak sedara yusof Qardawi.....Yusof Qardawi lagi penting kerana si Nuar perlukan fatwa Yusof Qardawi. Pas pun selalu gendang akraban Qardawi dengan Nuar.
nuar ajak ko gi sekali ke majlis tu anon 12.15am ? ke ko dok temberang aje kat sini , utk sedapkan hati ko ? muahahaha...
Terus kawin ngan anak Qardawi kot
Post a Comment