Social Icons

Pages

Saturday, September 28, 2013

BONGKAR !!! PRK SUNGAI LIMAU !!! MUSUH ALLAHYARHAM USTAZ AZIZAN MENJADI CALON PAS ??? WAJIB BACA !!!


tidak ramai pemimpin utama PR yang hadir ke majlis pengebumian bekas Menteri Besar Kedah,Allahyarham Tan Sri Azizan Razak kelmarin.Media rasmi PAS,Harakah sendiri pun menyenaraikan lebih banyak nama pemimpin-pemimpin UMNO hadir bagi memberikan penghormatan terakhir berbanding pemimpin PAS,PKR dan DAP.Seolah-olah ada boikot besar-besaran bagi menunjukkan rasa ketidak puasan hati masing-masing terhadap Azizan.Bukanlah satu rahsia,majoriti pemimpin DAP dan PKR termasuk PAS sendiri,menyalahkan Azizan atas tumbangnya kerajaan Kedah pimpinan PAS dalam PRU13 yang lepas.Sikap mesra yang ditunjukkan Azizan kepada semua orang tanpa mengira faham politik,termasuk tidak teragak-agak menyerahkan projek kerajaan negeri kepada pemimpin UMNO,dianggap sebagai kelemahan utama pentadbiran Azizan yang menerbitkan semua rasa tidak puas hati ini.Cakap pasal DAP,tidak seorang pun pembesar DAP yang kelihatan,tak kiralah yang memang Cina,Cina atau yang Cina nama Melayu,bayang pun tak nampak,walaupun sarang mereka di Pulau Pinang, bersempadanan dengan Kedah.

Begitu juga pemimpin utama PKR macam Anwar Ibrahim dan Azmin Ali,turut tidak nampak bayang.Sedangkan Chin Peng mati di Thailand pemimpin utama DAP & PKR boleh pergi melawat,takkanlah arwah Azizan yang menghembuskan nafas terakhir di Kedah,tidak boleh nak menjengok ??? Sudah tentu ada yang tidak kena Apa pun tinggalkanlah cerita itu dulu untuk perbincangan di lain masa.Hari ini saya nak menumpukan kepada kecoh-kecoh siapa yang bakal dicalonkan PAS Kedah untuk mengisi kekosongan yang ditinggal Allahyarham di DUN Sungai Limau dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti.Walaupun arwah baru sahaja dikebumikan,itu tidak menghalang segelintir pemimpin PAS negeri dari membangkitkan soal tersebut tanpa rasa bersalah sedikit pun terhadap keluarga Allahyarham.Ini sendiri pun satu tanda penghinaan ke atas Allahyarham juga, setanding dengan penghinaan serupa yang ditunjukkan pemimpin DAP dan PKR yang memboikot majlis pengebumian Allahyarham semalam. 

Kalau ia pun kemaruk berpolitik,sekurang-kurangnya tunggulah sampai beberapa hari selepas Allahyarham selesai dikebumikan dulu.Ini tidak,kubur baru siap gali,masing-masing dah sibuk-sibuk cerita pasal pilihanraya kecil,siap nama bakal calon yang akan diketengahkan pihak-pihak ini nanti.Betul-betul mentaliti kelas ketiga.Tapi kalau nak dibahaskan juga,nama bakal calon yang banyak disebut itu pulak,khabarnya ialah salah seorang pemimpin PAS negeri yang diketahui sangat tidak senang dengan Allahyarham sewaktu menjadi Menteri Besar dulu.Pelik juga,kenapa nama orang yang semacam ini nak diketengahkan sedangkan DUN Sungai Limau bukan setakat kawasan yang diwakili Azizan sejak 1995,malah Allahyarham turut dilahir dan dibesarkan disini.Adakah ini usaha berterusan pihak-pihak tertentu dalam PAS Negeri yang mahu terus mencemarkan imej Allahyarham,walaupun setelah kematiannya dengan mencalonkan penentang Azizan sebagai calon di kawasan tersebut ???

Memanglah dari segi peraturannya tidak salah,tapi politik bukan sekadar mengenai peraturan,tapi rasa hormat dan mengenang jasa bekas pemimpin.Allahyarham mungkin faktor terbesar yang menjadi punca kekalahan PAS dalam PRU13 yang lepas,tapi jangan lupa,kerana beliau jugalah PAS menang buat pertama kali di Kedah pada 2008.Kalau itu bukan jasa yang layak dikenang dan diberi penghormatan yang sewajarnya,saya tidak tahu nak kata apa lagi.Nampaknya benarlah kata Timbalan Presiden PAS,Mat Sabu,yang politik PAS semakin teruk berbanding semasa dia mula menyertai parti tersebut lebih 35 tahun dulu dan persoalan mengenai siapa yang bakal menggantikan Azizan di Sungai Limau,dibangkitkan ketika arwah belum pun dikebumikan,hanya menguatkan lagi hakikat tersebut.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

Anonymous said...

patut la sorg pon org besar pas x dakk...

bodo punya pas....

Anonymous said...

Biar manusia benci kita, jangan ALLAH yang benci kita. Apa yang dilakukan oleh Allayarham waktu hidupnya iaitu berbaik2 dengan orang2 UMNO adalah mengikut tuntutan Islam...mengikut perintah ALLAH dan RasulNya.

Sekarang Allayarham sudah pun berada dialam kubur, tak ada gunanya lagi harta dan keluarga dan sahabat andai. Yang dapat selamatkan kita adalah iman dan amal kita.

Sepatutnya apa yang berlaku jadi iktibar buat yang hidup tapi seperti firman ALLAH dalam AlQuran manusia tidak akan ambil pengajaran walaupun diberi peringatan.

Anonymous said...

Kebencian SI KAPIR SAMSENG dr. DAPBANGKAI/PKR pd. Islam/umatnya memang terbukti! Apalagi Allahyarham TS Ustaz Azizan, seorang ULAMA (bukan mcm. Mamat Sabun) yg. mahukan PERPADUAN umat Islam/Melayu! PAS dipergunakan seolah mcm. KERBAU oleh si KAPIR-KAPIR laknat ini, utk. MENJATUHKAN Islam/umatnya dan Tanah Melayu ini sbg. NEGARA ISLAM!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Anonymous said...

Sudah pasti PRK kedua selepas PRU13 akan diadakan tak lama lagi. Jangan di heboh perebutan kuasa di kalangan mereka. Kepada penyokong BN (terutamanya UMNO) yang sekian lama 'patah-hati' melihat tiada perubahan dalam kabinet, menang atau kalah di Sg. Limau, tak membawa sebarang erti.
Amatlah jelas, hampir kesemua Menteri kabinet adalah 'fossil' tinggalan Pak Lah dan mereka amat kaya-raya. Mereka hanya mahu kerja senang, tidak boleh berfikir sendiri dan memerlukan CON-sultant yang dibayar beratus juta untuk melakukan kerja mereka. Selepas mengurangkan subsidi petrol, Najib membazir wang rakyat, menyewa pejabat di San Francisco, yang ber'scenic view'kan Golden Bridge yang indah. Kalau betul mahu berjimat WANG Rakyat dengan mengurangkan subsidi, mengapa tidak di bubarkan saja, PEMANDU dan berhentikan khidmat CON-sultant atau lain2 penasihat, terutama warga asing, yang ramai di GLC dan MAS. Barulah rakyat tak marah sangat kenaikian harga petrol.

Balik pada PRK Sg. Limau: Apa pun keputusannya, Kedah akan tetap di miliki BN. Oleh yang demikian, sebagai membukti persaudaraan sesama Islam, marilah kita memberi kemenangan kepada PAS. Asalkan PAS tidak beri laluan pada PKR atau DAP, biarkan PAS menang tanpa bertanding. Tiada ceramah/kempen yang lebih banyak merengang & memecah-belah kita. Lagi pun kerajaan boleh berjimat WANG & masa rakyat untuk pergi mengundi. Jika kerajaan pusat mahu letak calon juga, saya gesa semua pengundi di Sg. Limau, memangkah PAS, sebagai protes dan memberi isyarat kepada Najib supaya menukar anggota kabinetnya yang ramai melakukan pembaziran. Jika orang Cina dalam MCA, Gerakan dan DAP boleh bersatu untuk menjaga kepentingan mereka, mengapa Melayu tidak boleh? Jika pengundi Melayu di Sg.Limau bersatu 100% menyokong PAS, ia akan memberi keyakinan kepada PAS untuk keluar PR dan bersatu dengan UMNO untuk menghadapi PRU14. Siapa lagi yang kita boleh percaya, selain kaum sebangsa dan agama, jika bukan-bumiputera sudah tidak lagi menyokong BN.

Sebaliknya, jika BN menang di Sg. Limau, sudah tentu Najib akan mendabik dada mengatakan kepercayaan rakyat telah kembali kepada BN. Maka dasar-dasar sekarang akan berterusan.

RD.

Unknown said...

Ahli2 PAS sepatutnya sedar dari lamunan dan muhasabah diri dgn apa yg telah berlaku terhadap parti. Katakan pada diri yg selama ini hanya dipergunakan oleh mereka2 yg ada kepenyingan peribadi lebih dari segalanya. Niat tak seperti perbuatan. Mereka2 yg mempergunakan PAS adalah mereka2 yg telah dapat mencari kelemahan org2 yg dipergunakan. Kelalaian serta kealpaan sebenarnya telah menghancurkan segalanya. Org2 KAFIR byk menggunakan saikologi demi mempangaruhi pemikiran mereka. Sedangkan mereka sendiri telah sedia maklum dgn apa yg berlaku. Tp disebabkan sikap cuba menangguk diair keruh dgn harapan dapat menumpang laluan maka terpaksa diketepikan segala yg telah diketahui boleh merosakkan asalkan hasrat peribadi tercapai. Walaupun sedar ianya tidak memberi faedah kepada seluruh pengikut dan penyokong serta bangsa dan agama.

Demi cita2 peribadi Bangsa..... Agama........ dan negara sanggup dilacurkan. Hari ini berkata putih esok berkata hitam dan begitulah seterusnya. Mereka sebenarnya lupa pada zaman inI segala kata2 boleh diulang dengar pergerakkan boleh diulang tayang. Dari situ saja sudah boleh dijadikan rujukkan oleh mereka2 yg mempunyai niat tertentu. Dgn itu jugalah pihak yg mempunyai agenda mereka menilai kelemahan dan mencari jalan untuk mempergunakan sebaik mungkin dgn kelemahan yg telah terbuka.

Hj Mohammad Hj Dit said...

MB Azizan menunjukan kepada YBs PR bagaimana berpolitik terbuka dan tidak berdendam. Semua orang tahu PKR berdendam dgn MB Azizan kerana tidak dapat menerima DSAI sebagai manusia.
Wahai DSAI dan Haji Hadi Awang kami sedang menunggu saat2 kematian mereka berdua. Allah mahu ummatnya belajar dari kesalahan2 Ulama yang memesongkan orang2 Islam. DSAI mungkin takut mati tetapi beliua tidak boleh lari dari mati. Semasa nyawanya sedang dicabut oleh Maalaikat kita akan lihat seksaaan Illahi keatas mereka2 yg berzina dan melakukan liwat.

 
 
Blogger Templates