Saya telah melihat Tanda Putera malam tadi ( 2 September) maka saya memahami mengapa Tanda Putera haram disisi Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang.Mereka marah kerana jelas simbol parti DAP (Roket) terlihat dalam kejadian keganasan 13 Mei.Mereka merasa bersalah dan sewajarnya mereka merasa bersalah kerana simbol itu di bawa ke Kampung Bharu dan Datuk Keramat untuk menghalau orang Melayu.Sebagai seorang wartawan yang tinggal di Kampung Bharu masa itu saya melihat provokasi ini dengan mata kepala saya sendiri.Pemimpin pemimpin DAP mewarisi semangat yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri Singapura,Lee Kuan Yew yang berbangga dengan orang orang bukan Melayu yang bertanya : Kenaapa ada Waktu Tanah Melayu? kenapa Keretaapi Tanah Melayu ? dan mengapa Raja Melayu ? ( Baca buku
Memoirs of Lee Kuan Yew)
Pada petang kejadian 13 Mei 1969,saya berada di kawasan rumah Ahmad Razali Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda kerana bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu.Ketua Pengarang saya Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah(Pak Melan) juga ada bersama.Pak Melan diketahui sebagai seorang yang cukup tinggi emosinya tetapi beliaulah yang menasihatkan orang ramai yang sedang dalam kepanasan supaya jangan keluar dari kawasan itu tetapi tiba tiba mereka seperti ayam terlepas dari reban bertempiaran ke jalan raya,menterbalikan kereta dan membunuh manusia yang tercampak keluar apabila beberapa orang yang berlari dari Gombak menjeritkan : Orang kita dah kena!orang kita dah kena!
Buku 13 Mei oleh Perdana Menteri Pertama,Tunku Abdul Rahman Putra dalam pekara ini adalah benar dan tepat.
Saya berlari ke luar dari perhimpunan itu untuk pulang ke rumah di Kampung Bharu yang berhampiran dengan tempat kejadian itu dan saya melihat beberapa buah kereta terbalik dan mayat bergelimpangan.Orang orang yang tidak berdosa telah mati.Saya kutuk,saya tidak dapat menerima kekejaman ini tetapi segera terbayang di mata saya Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew.Racun yang mereka semai telah membunuh.Mereka langsung tidak pedulikan perasaan orang Melayu.Sebelumnya saya lihat sendiri penyokong- penyokong DAP menaiki lori melalui Kg. Baru dan Datuk Keramat dengan membawa simbol Roket (DAP) dan berteriak menghalau “Melayu Balik Kampung! Melayu Balik Kampung”
Mereka membawa penyapu dan mengangkat- angkat penyapu.Mereka menjadi berani kerana Lim Kit Siang telah bagitu celupar.Cabaran ini menjadikan Melayu lebih berani dan lebih agresif.Maka itu sekarang orang Melayu ramai di Kuala Lumpur,sama ada sebagai penjaja di pasar,peniaga besar dan kecil, pelajar,siswa,pendukong universiti- universiti dan sebagai profesional yang menjalankan institusi-institusi kewangan.
Lim Kit Siang tidak boleh halau lagi mereka balik kampung.Lim Kit Siang tahu bahawa piliahraya ke 13 adalah peluang terakhir untuk beliau halau Melayu balik kampung tetapi telah gagal dan kegagalan ini adalah untuk selama lamanya dan kerana itulah slogan yang dijeritkan ” Ini kalilah.”
Populasi Melayu akan bertambah,profesional Melayu akan semakin ramai.Walaupun tidak dapat dua pertiga kuasa,pemerentahan BN dan Melayu akan bertambah kukuh terutama kerana orang Cina telah mengasingkan diri.Dan jika ramai mereka yang mahu menjadi monyet dan kera maka ini akan lebih memudahkan untuk orang Melayu mencapai matlamat mereka.Najib jangan sesal mengatakan Tsunami Cina dan jangan biarkan Khairy menapikan.Apabila Tun Razak mengajak semua parti berdamai selepas 13 Mei,DAP tidak mahu ikut serta dalam Majlis Perundingan Negara.Dia mahu terasing dari aliran perdana,dia mahu orang Cina terus menjadi beruk dan kera yang mahu merosakan berjuta bunga.Dia pasti tidak akan berjaya.
Tanda Putera sewajarnya ditonton oleh seluruh generasi muda semua kaum kerana ia menunjukan manusia- manusia Malaysia dari semua kaum yang berperi kemanusiaan tinggi dan murni yang dalam keadaan runcing dan genting tidak kehilangan akal , malah Menteri Dalam Negeri Tun Dr. Ismail dan Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang tahu saat kematian mereka telah hampir tetapi terus bersama mencari jalan untuk menjamin masa depan rakyat Malaysia yang harmoni,makmur dan aman damai.
Tun Razak memberitahu doctornya : ”Saya mahu sedikit masa lagi.” tetapi Tun meninggal dalam keadaan negara yang tidak pasti dan Tun Mahathir telah memperkukuhkannya untuk masa depan Malaysia.Masa depan inilah yang hendak dihancurkan oleh DAP dan juga parti parti Melayu yang telah menjadi alatnya kerana gila kuasa.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
4 comments:
Terima kaseh Tan Sri
Saya juga sudah menonton Tanda Putera bersama keluarga.
Melayu Pas teramat lupa.Melayu Umno mudah lupa kenapa pilih nama cinabeng Ah jib gor.Terkini rakyat di dahulukan Pemandu dengan 20 sen.anak murid pak lah.Hancur
Alhamdulillah. Terima kasih Tan Sri. Cerita TS adalah 'from the horse's mouth'.
Semasa curfew disytiharkan kesan dari insiden 13 Mei 1969 itu saya dipinjamkan bertugas di Admission Room HKL (masa itu masih dikenali sebagai HBKL). Tugasan hakiki saya pada masa itu ialah di Wad 13 (yang hampir dengan Admission Room).
Ramai petugas di Admission Room tidak dapat hadir bekerja ditambah pula dengan pesakit yang ramai dihantar ke hospital dengan lori tentera dan land-rover Polis. Admission Room memang tak cukup tangan. Ada juga yang dibawa masuk sudah tidak bernyawa jadi terus sahaja dihantar ke rumah mayat.
Rumah Mayat yang terletak di hadapan Nurses Hostel sudah melempah-lempah dengan mayat. Nurses terpaksa dipindahkan tinggal di wad hospital yang baru sahaja siap tetapi masih belum beroperasi. Saya sendiri tinggal di wad bersama dengan petugas-petugas yang lain. Walaupun saya tinggal di quarters Jalan Saga (di mana Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu UKM sekarang terletak) tetapi saya berasa lebih selamat tinggal di wad untuk memudahkan berulang alik ke tempat bertugas.
Bertugas pun tidak tentu masa ketika itu. Setiap daripada kami bertugas lebih dari masa yang sepatutnya kerana hendak membantu menangani kes-kes yang banyak itu.
Saya tidak bercadang menceritakan dengan terperinci mengenai kondisi pesakit-pesakit yang dibawa masuk ke Admission Room. Ia mungkin menyalahi undang-undang tertentu dan mungkin tidak beretika.
Saya bercadang menonton Tanda Putera. InsyaAllah. Agamigir.
Post a Comment