Menteri Komunikasi dan Multimedia,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,pengurangan subsidi minyak akan membolehkan kerajaan menampung lebih banyak program pembangunan untuk manfaat rakyat di negara ini.
“Saya sendiri pun,kalau diberi pilihan,mahu turunkan lagi harga minyak dan tambahkan subsidi,namun kalau kita tambahkan subsidi minyak,kita ambil hak rakyat untuk mendapat pembangunan lain,seperti hospital.Dari segi sistem telekomunikasi pula,Sabah antara negeri yang banyak mendapat peruntukan,namun masih tidak cukup.Misalnya pada tahun 2006 hingga sekarang,RM800 juta disediakan untuk menambah kelengkapan,tetapi tidak mencukupi,” katanya sempena lawatannya ke tapak sambutan perayaan Hari Malaysia (16 September) di Taman Prince Philip, Tanjung Aru dekat sini, hari ini.
Ahmad Shabery diminta mengulas kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam Isnin lalu,yang diumumkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak.Najib berkata,kerajaan kini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel.Jumlah subsidi bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan tahun ini ialah sebanyak RM24.8 bilion.Ahmad Shabery berkata,sekiranya kerajaan menggunakan sebahagian peruntukan itu yang sepatutnya untuk tujuan pembangunan,namun digunakan untuk menampung subsidi minyak,ia hanya memberi keuntungan kepada orang luar yang datang ke sini berikutan harga minyak di Malaysia sangat murah berbanding di negara mereka.
“Ini disebabkan kerajaan negara mereka tidak memberi subsidi minyak.Sebab itu kerajaan memilih untuk mengurangkan subsidi minyak dan penjimatan subsidi itu tetap dikembalikan kepada rakyat.Misalnya BR1M dan banyak lagi program yang akan diumumkan semasa Belanjawan 2014 pada sidang Parlimen akan datang.Jadi kita kena tunggu belanjawan itu,kita tidak boleh bergantung sepenuhnya terhadap minyak murah yang sebenarnya tidak murah tetapi wang rakyat digunakan untuk mengurangkannya.Isu ini mungkin sukar untuk difahami pada peringkat awal namun yang penting harga minyak menjadi lebih mahal sekarang berikutan pengurangan subsidi dan ini tidak bermakna bahawa rezeki kita juga akan berkurangan.Lojiknya,kuasa beli kita akan berkurangan namun wang yang dilaburkan itu memberikan pekerjaan dan kebaikan kepada semua orang.Misalnya orang Sabah perlukan jalur lebar yang lebih baik.Tapi kalau wang itu digunakan untuk subsidi,yang dapat manfaat ialah orang luar kerana terdapat lebih kurang dua hingga tiga juta orang asing yang duduk di negara ini yang turut mendapat nikmat subsidi minyak yang diberikan kerajaan,” katanya.Oleh itu,Ahmad Shabery berkata,adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membantu rakyat tempatan. – Bernama
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Rasional isu RM0.20 yang diperjelaskan oleh PM adalah tepat.
Harga minyak RON95 dan Diesel TAK NAIK pun. Apa yang berlaku ialah subsidi RM0.20 tidak lagi diberikan untuk setiap liter RON95 dan Diesel.
Apabila hendak meyakinkan pengguna, semantik yang tepat/sesuai perlu digunakan. Kerana pada hakikatnya pengguna masih membayar lebih RM0.20 bagi setiap liter RON95 dan Diesel yang dibeli.
PM memang bijak dan sangat meyakinkan.
Post a Comment