Social Icons

Pages

Tuesday, September 10, 2013

HOT NEWS !!! KENAIKAN HARGA MINYAK PETROL !!! MINYAK NAIK,APA YANG PEMBANGKANG BOLEH LAKUKAN ??? CER CITA !!!


Kenaikan harga minyak petrol dan diesel baru-baru ini seharusnya menyedarkan rakyat Malaysia mengenai betapa pentingnya mengamalkan perbelanjaan berhemah.Daripada merungut dan membuat aksi ‘flash mob’ untuk membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol dan disel sebanyak 20 sen dan RON95 sebanyak 15 sen,lebih elok rakyat berfikiran positif dan pro-aktif bagaimana hendak membuat ‘adjustment’ atau penyesuaian kepada gaya hidup mereka.Pembangkang akan melihat isu ini sebagai modal politik mereka untuk menyerang kerajaan.Pembangkang hanya tahu satu perkara sahaja untuk mengurus kewangan negara,sama ada menurunkan harga barangan atau menghapuskan sama sekali seperti dalam kes pinjaman pendidikan PTPTN.Memang senang untuk menurunkan harga barangan keperluan seperti minyak,gula,minyak masak,tepung dan sebagainya untuk mendapat populariti politik tetapi apakah sudah difikirkan implikasinya kepada ekonomi dan kewangan negara. 

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sentiasa mengamalkan dasar pengurusan kewangan negara yang seimbang.Dalam pada kerajaan menjalankan program-program pembangunan negara bagi mencapai objektif pendapatan tinggi menjelang tahun 2015 serta visi status negara membangun pada 2020,kerajaan juga prihatin terhadap dasar sosial yang kukuh bagi kesejahteraan negara.Ini bermakna kerajaan harus mencari perseimbangan bagi pembangunan negara dalam semua aspek pendidikan,sosial,kesihatan dan lain-lain lagi.Wang yang mencukupi harus ada bukan sahaja untuk membuat jalan raya di bandar dan kawasan pendalaman tetapi juga menyediakan dana bagi membangun perkhidmatan sosial dan kesihatan bagi rakyat yang bertaraf antarabangsa.Kenaikan harga bahan api akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan dari segi subsidi sebanyak RM1.1 bilion setahun. 

Wang yang dijimatkan pula boleh diagih dan disalurkan kepada sektor-sektor yang lebih kritikal seperti pembinaan sekolah,klinik hospital,jalan raya dan sebagainya.Kenaikan harga barangan tidak boleh dielakkan kerana harga produk atau perkhidmatan bukanlah sesuatu yang statik atau kaku.Rakyat tidak boleh mengharapkan harga petrol atau rumah sebagaimana ianya dijual 20 atau 30 tahun dahulu.Zaman berubah, negara semakin maju dan harga semakin meningkat.Selain faktor permintaan dalam pasaran domestik, harga juga dipengaruhi oleh faktor luaran seperti iklim ekonomi dunia.Ini kerana bukan semua produk yang dikilangkan di negara ini menggunakan bahan mentah yang dihasilkan oleh pengeluar tempatan.Kebanyakan produk atau barangan masih memerlukan bahan mentah yang perlu diimport dari luar negara.Harga bahan mentah ini pula bukan ditentukan oleh pengusaha tempatan tetapi oleh pengeluar di negara ia di eksport.Jika harga bahan mentah yang dimport mahal dan di luar kawalan tempatan maka barangan yang dihasilkasn juga akan turut menerima kesan kenaikan harga. 

Ini adalah satu realiti yang harus difahami oleh rakyat dan bukannya termakan dengan dakyah pembangkang yang tidak bertanggungjawab.Daripada berbelanja besar untuk makan luar di restoran atau di gerai saban hari,apa kata suri rumah lebih menekankan kepada ‘home cooked meal’ atau masakan di rumah kerana ia lebih menjimatkan malah lebih sihat.Kalau selalu beli makanan di restoran atau gerai,kemungkinan besar lambat laun akan mendapat penyakit kronik seperti masalah jantung,kencing manis,kerosakan ginjal dan lain-lain masalah kesihatan.Ini kerana masakan gerai atau restoran menggunakan garam dan serbuk perasa atau ‘MSG’ yang berlebihan dan seringkali tahap kebersihan premis dan juga cara pembikinan makanan diragui.Mungkin juga rakyat Malaysia boleh kurangkan menonton rancangan televisyen melalui langganan saluran berbayar.Penjimatan bulanan yuran untuk ‘Astro’ umpamanya boleh digunakan untuk membeli buku latihan untuk anak-anak di sekolah.Hakikatnya jika ada kemahuan semua boleh jadi seperti pepatah, ‘hendak seribu daya,tak mahu seribu helah’ atau ‘when there is a will,there is a way’.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...

Bukan semua rakyat Malaysia mampu makan kat luar. Lebih ramai rakyat Malaysia yg memang hidup sederhana sahaja. Makan nasi berlaukkan ikan goreng dan syuran saja. Ikan pun ikan murah2 sahaja. Tak mampu beli ikan merah dan tenggiri.

Yang berbelanja mewah dan suka makan luar hanya beberapa kerat sahaja yang sememangnya org2 kaya dan senang. Bagi mereka kenaikan harga minyak ini tdk menjejaskan sedikit pun hidup mereka. Mereka masih boleh meneruskan cara hidup mereka itu..mereka tdk bising.

Tetapi bagaimana pula dengan orang2 yang hidup sederhana dan yang miskin yang nak ke KFC dan McDonald pun setahun sekali susah?

Hidup mereka akan sangat terjejas kerana kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan harga barangan yang seterusnya akan menyebabkan mereka menjadi lebih miskin kerana kurangnya kuasa membeli.

Mengapakah mereka perlu diajak untuk berbelanja secara berhemah? Di manakah bahagian yang perlu mereka kurangkan perbelanjaan? Sedangkan selama ini pun mereka memang tidak berkecukupan dalam hidup mereka.

Kerajaan yang bangga dengan slogan "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" hanya ibarat satu slogan yang syok sendiri.

Anonymous said...

BOdoh piang le hang ni...cakap macam malaysia ni tak de langsung hasil bumi yang allah bagi...mcm semua pendapatan kerajaan bergantung pd cukai jer...pemimpin umno kaya raya...hang penyokong jimat lesorang sorang,,,,miskin kedana

Anonymous said...

kenapa orang Siam boleh cukup makan dan pakai meskipun harga petrol di sana lebih tinggi?

Anonymous said...

kalau bandingkan pembangkang di India, Thailang, Singapore, Indonesia dan pembangkang lokal, siapa lebih mewah, makan besar dan berkereta besar? apa maknanya? ha, ha,...

Anonymous said...

kita ada negeri yang sudah maju (selangor dan penang) tapi sayang, pengurangan subsidi 20sen pong warga negeri termaju tak mampu serap. tang mana silapnya?

Anonymous said...

Rakyat di suruh berjimat....pemimpin atasan penuh ngan elaun,bab mkn memang free punya sbab banyak majlis keraian mana nak terasa kenaikan harga sayur ,ayam,ikan

Anonymous said...

PR mampu turunkan harga barang?

cuba buka mata luas-luas, apa yang turun di penang dan selangor?

oh ya air hujan tetap turun tetapi yang lainnya? hampeh

Anonymous said...

kalau dibuat survei: apakah minyak harus turun atau naik, dapatannya adalah pasti.... yes turun!

soalnya relevankah survei dijadikan panduan dalam semua perkara tanpa mengambil kira lain-lain faktor?

 
 
Blogger Templates