Social Icons

Pages

Friday, September 13, 2013

HOT NEWS !!! ULASAN PENUH KOMPAS INDONESIA SEMPENA HARI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER DIDEDAHKAN !!!


Baru-baru ini,masyarakat antarabangsa meletakkan keadaan kewangan Malaysia merupakan antara yang paling kukuh di dunia pada hari ini kerana pengurusan sistem kewangannya yang berhemat (Dr. Marc Faber,”Investment Strategy – Where’s the Money?) Walau bagaimanapun,saya lebih terkejut apabila membaca ulasan akhbar-akhbar asing mengenai Kerajaan Malaysia.Dengan tema “rakyat Malaysia terlalu dimanjakan”,kita ingin melihat pandangan itu dari aspek yang realiti.Akhbar Kompas yang sangat berpengaruh di Indonesia menulis dengan tajuk “Di Malaysia,Dari Kuliah Sampai Nikahpun Dikredit” (28 Ogos 2013),amat menarik untuk dibaca dan dikongsikan kepada seluruh rakyat Malaysia apatah lagi menjelang Hari Malaysia yang ke-50 pada 16 September 2013 ini.Rencana di akhbar Kompas itu dimulakan dengan tulisan di bawah ini, “Di Malaysia, Dari Kuliah Sampai Nikahpun Dikredit” Malaysia mungkin menjadi salah satu negara kredit dengan sistem yang sangat memanjakan warganya.Tapi yang namanya kredit,tetap saja ada nilai minus dan beberapa masalah di dalamnya.Berikut ini beberapa sektor kredit yang kurang lazim atau tidak ada di negri kita 

1. Kuliah 

Setiap warga Malaysia memiliki kemudahan untuk mendapatkan pinjaman dari pemerintah untuk biaya kuliah, kerajaan menyebutnya PTPTN.Syarat untuk mendapatkanya pun sangat mudah dan nyaris tanpa seleksi.Cukup hanya dengan menunjukkan kartu kewarganegaraan Malaysia.Pinjaman ini wajib dibayar setelah nantinya para mahasiswa lulus dari perguruan tinggi.PTPTN bisa didapat untuk semua perguruan tinggi, baik swasta atau negri dan tanpa jaminan aset layaknya bank.Jadi setiap orang,baik miskin atau kaya memiliki kesempatan yang sama untuk kuliah.Yang namanya pinjaman,tentu ada bunga setiap tahunnya sekitar 1% (kalau belum dirubah).Dengan rata-rata biaya kuliah di Malaysia adalah kisaran 90-120 juta.Bagi mereka yang belum bisa melunasi pinjaman ini,maka mereka tidak dibolehkan melakukan perjalanan ke luar negri. 

Dengan nada kesyukuran,akhbar Kompas itu berkata “cukup hanya dengan menunjukkan kartu kewarganegaraan Malaysia”,rakyat di Malaysia boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),Gadjet,Alat Transportasi,Rumah malah pernikahan semuanya mendapat bantuan daripada Kerajaan Malaysia yang amat prihatin.Katanya di hujung artikel itu, “rakyat Malaysia terlalu dimanjakan” dan “kamu tidak akan menikmatinya di negara kami”. Ianya amat-amat memberi keinsafan kepada kita bukan.

KONSEP BERSYUKUR & BERTERIMA KASIH 

Isunya sekarang,sejauh manakah kita sebagai rakyat Malaysia bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi dari Kerajaan ini ??? Soalan paling mudah,apakah kita bersyukur ??? Sesungguhnya agama Islam dan agama lain turut menekankan konsep bersyukur dan berterima kasih.Jika kita renung di negara-negara lain yang lebih kaya hasil buminya berbanding negara kita,kemudahan-kemudahan seperti ini pun mereka tidak dapat melaksanakannya walaupun mereka lebih berkemampuan.Namun,Alhamdulillah kita mempunyai Kerajaan yang bertanggugjawab sehingga segala keperluan anak cucu kita dapat diwujudkan di hadapan mata kita.Ianya memang tanggungjawab kerajaan, namun kita harus bersyukur dan membuat refleksi betapa di negara-negara luar mereka tidak mampu pun melakukannya.Namun begitu,masih ada lagi segelintir masih mahu mempersoalkan PTPTN sedangkan orang luar melihatnya sebagai “bersyukurlah kamu ada PTPTN, sedangkan kami tiada, anak-anak kami harus berhenti sekolah jika tidak punya ongkos, atau harus menjual harta benda untuk membayar yuran”.Sesungguhnya,mereka mengajak kepada kita supaya menanamkan nilai bersyukur dalam diri kita, khususnya kerana mempunyai Kerajaan yang bertanggungjawab.Akhbar Kompas dengan terus-terang mengungkapkan betapa beruntungnya rakyat Malaysia dengan segala kemudahan yang disediakan Kerajaan Malaysia. Cuba perhatikan luahan hati mereka di bawah. 

KLIK DI SINI

DAN 


UNTUK SELANJUTNYA  

Sudah tiba masanya menjelang Hari Malaysia yang ke-50,kita menyemai konsep Bersyukur dan Berterima kasih di dalam hati sanubari rakyat Malaysia.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

lynmunir said...

Tepat sekali dan sepatutnya yang selalu bilang kerajaan sangat tidak perihatin dan sentiasa menzalimi rakyat itu pindah saja ke sana, biar dirasai gimana hidup tanpa bantuan dan manjaan kerajaan....gitu.
( Saya sentiasa bersyukur menjadi rakyat Malaysia dan saya sayang negara ini. )

Anonymous said...

Benar sekali kata Kompas tu. Rakyat Malaysia patut bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan. Sebenarnya Malaysia ini telah diconteng arang oleh Aljuburi Anwar Ibrahim kerana balas dendamnya terhadap Dr. M dan malunya dia pada rakyat Malaysia sehingga mahu menjadi PM dgn mengambil alih secara tak demokratik. Fikirkan apa berlaku seterusnya bila penipuannya sejak 16 Sept itu gagal! Rangkaian penipuannya amat berangkai hingga ada niat untuk berdamai dgn Pak Najib untuk menubuhkan kerajaan perpaduan kononnya.

Anonymous said...

Yang selama ini menimbulkan masalah adalah adalah puak-puak pembangkang yang menghasut membenci sehingga menyebabkan sebilangan rakyat Malaysia menjadi manusia yang lupa diri dan tak sedar diuntung serta bersyukur dengan nikmat yang didapat. Yang menghasut ini adalah dikalangan orang yang kononnya pandai dan berpendidikan tinggi serta kononnya orang bijak agama ataupun ulama tetapi sebabnya menggunakan agama untuk kepentingan dan muslihat diri. Inilah jenis makhluk-makhluk perosak yang mereka sangka mereka akan terlepas dari qada' Allah swt selepas lakukan kerosakan.

 
 
Blogger Templates