Social Icons

Pages

Saturday, October 05, 2013

BONGKAR !!! CEC DAP !!! DAKWAT TIDAK KEKAL ADALAH HUKUM KARMA ??? WAJIB BACA !!!


Mungkinkah Pemilihan semula CEC DAP yang berlangsung pada 29 September yang lalu telah ditimpa ‘karma’ kerana parti itu begituketerlaluan dalam menuduh dan memfitnah orang lain ??? Selama ini,DAP begitu lantang menghentam dan mengecam SPR serta kerajaan BN mengenai sistem pilihanraya.Seluruh tenaga kerja DAP digunakan untuk membentuk persepsi bahawa BN dan SPR itu bersekongkol,bahawa semuanya yang berkaitan kerajaan dan Malaysia adalah korup dan kotor.Pilihanraya yang lepas dicop sebagai pilihanraya paling tidak bersih dan rakyat dihasut agar berdemonstrasi menolak keputusannya.

Fitnah dirancang dan disebar konon terdapat peti-peti undi yang hilang dan ditukar.Konon terdapat gangguan bekalan elektrik dan pengundi hantu yang berpuluh-puluh ribu.Konon kes dakwat yang tidak kekal adalah bukti bahawa terdapat penipuan.Konon PR sepatutnya menang berdasarkan undi popular, dan bermacam-macam konon lagi.Namun,semua tuduhan ini tidak mampu membuktikan yang pilihanraya tidak telus.Tiada kes mengundi dua kali atau dihalang mengundi atas sebab dakwat tidak kekal dan tiada seorang pun dari 40,000 pengundi hantu dapat dikesan. 

Malah,kemudiannya terdapat pemimpin-pemimpin PR sendiri yang tampil menafikan terdapat gangguan bekalan elektrik di kawasan yang dikatakan terlibat.Semua kekalutan ini bagaimana pun terbukti sebagai membuang ‘karan’ saja apabila pemimpin PR akhirnya mengangkat sumpah menerima jawatan masing-masing dengan gembira ria.Pun begitu,usaha untuk memburukkan kerajaan dan menafikan kredibiliti SPR terus dilakukan mereka.Dalam pada itu,parti PR sendiri,terutama DAP turut mengalami kekalutan akibat pemilihan parti yang tidak dijalankan dengan telus.Keadaan menjadi heboh apabila perwakilan DAP membuat aduan kepada ROS bahawa mereka telah dinafikan hak mengundi secara licik sekali.Akibatnya,pemilihan semula terpaksa dilakukan,iaitu pada 29 September lalu.Pemilihan semula itu telah membuktikan bahawa DAP telah sebenarnya melakukan semua penipuan yang telah dituduh mereka terhadap SPR dan BN.

DAP didapati mengambil ‘khidmat’ pengundi hantu apabila ahli yang telah dipecat juga boleh mengundi,manakala lebih 800 perwakilan yang sepatutnya mengundi pula,telah ‘hilang’.Jika DAP menuduh dakwat yang digunakan SPR tidak berkualiti dan mudah dihilangkan,maka dakwat yang digunakan oleh DAP tentunya jauh lebih tidak berkualiti lagi.Menurut sumber,ia boleh ditanggalkan dengan mudah dalam masa 5 minit iaitu sebelum proses pemilihan selesai sepenuhnya atau sebelum sempat meninggalkan dewan.Alasan Setiausaha Organisasi parti itu,Anthony Loke Siew Fook ialah pihaknya telah pun mengumumkan bahawa dakwat tersebut hanya kekal dalam dua tiga jam memandangkan jangkamasa pemilihan yang pendek. 

Beliau juga menekankan bahawa biarpun dakwat telah hilang tetapi tiada kes mengundi dua kali berlaku.Justeru,tiada apa yang patut dirungutkan.Sedangkan,jawapan yang sama telah diberikan oleh SPR apabila diserang bertubi-tubi oleh DAP tetapi DAP enggan menerimanya.Kini,DAP meminta semua pihak agar menerima alasan mereka dengan jaminan secara verbal bahawa tiada penipuan berlaku.Nampaknya,amalan dwistandard sudah menjadi satu kemestian dalam apa jua keadaan dan isu yang melibatkan DAP.Parti ini jelas mempunyai masalah besar untuk bersikap adil dan telus walaupun merekalah yang paling lantang melaungkan dasar kesamarataan dan meritokrasi.Hakikatnya,DAP tidak mungkin dan tidak akan berani bersaing secara adil.Kerana itu,mereka sedaya upaya ingin memastikan kedudukan ekonomi bumiputera sentiasa berada jauh di belakang dengan menolak apa saja usaha untuk mengatasi masalah ini.Dengan cara ini,kaum Cina akan terus berada di hadapan tanpa perlu bersaing di atas pentas yang sama dengan bangsa lain.Sudah terang lagi bersuluh kini bahawa DAP itu adalah parti yang paling kotor dan jahat, dalam sejarah parti-parti politik di Malaysia.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates