Social Icons

Pages

Tuesday, October 08, 2013

BONGKAR !!! TAHALUF SIYASI !!! PERANG ANTARA ULAMA PAS TELAH BERMULA !!!


seperti yang pembaca Badut Rakyat ketahui,PAS telah lama terbahagi dua iaitu antara kumpulan Ulama dan Anwarinas.Namun,hari ini ‘pembahagian’ ini semakin rumit kerana kumpulan Ulama PAS sendiri juga turut terbahagi dua di mana satu kumpulan cenderung menyokong Anwarinas dan satu kumpulan lagi kekal membawa prinsip konservatif  PAS yang asal.Apa yang menarik ialah kumpulan Ulama yang ‘mesra’ Anwarinas itu juga merupakan golongan Ulama yang memegang jawatan tertinggi di dalam parti,termasuk Presiden dan Mursyidul Amnya.Timbalan Presidennya yang terkenal dengan skandal dengan isteri orang pula turut terkenal sebagai anjing suruhan DAP,selain pengamal ajaran Syiah.Dengan barisan kepimpinan yang sebegini rupa maka,tidak hairanlah PAS menjadi haru biru dan bercelaru.Sebenarnya,akar umbi PAS dan mungkin sebahagian dari umat Melayu di Malaysia,sedikit sebanyak tetap menaruh harapan kepada PAS sebagai pembangkang yang berlandaskan Islam,untuk menjadi ‘pengimbang’ kepada kuasa kerajaan.Kewujudan PAS seharusnya mampu memastikan pentadbiran negara tidak terkeluar dari landasan dengan membuat teguran dan bangkangan apabila ada keperluan.Maka,kepada Ulama-ulama peneraju parti PAS,diletakkan kepercayaan bagi melaksanakan tanggungjawab ini,iaitu mempertahankan agama yang digariskan sebagai hala tuju parti.   

Malang sekali,Ulama-ulama PAS berpolitik bukan untuk mempertahankan agama tetapi untuk berkuasa.Di sinilah bermulanya kecelaruan PAS iaitu apabila Ulama sendiri sanggup bekerjasama dengan pendokong liberalisasi dan pluralisme demi kuasa.Malah,mereka juga sanggup bersekongkol dengan kafir harbi komunis yang cita-cita utamanya ialah untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi negara ini serta membuka ruang dakwah yang luas kepada Kristian.Ulama-ulama peneraju PAS penyokong Anwarinas ini percaya bahawa kesepakatan dengan kumpulan harbi,komunis,syiah,pluralis dan liberalis ini akan membatu mereka berkuasa.Kesepakatan ini disandarkan kepada konsep Tahaluf Siyasi bagi memberi gambaran ‘Islam’ agar dihalalkan oleh ahli-ahlinya dan kemenangan 4 negeri oleh pakatan ini pada PRU 2008 dijadikan sebagai pembakar semangat untuk PAS terus mengutamakan politik daripada agama.Tanpa PAS sedar, ‘tahaluf siyasi’ walaupun telah menguntungkan PR,ia telah sebenarnya merugikan PASBuktinya,PRU 2013 menyaksikan bagaimana PAS mendapat undi tercorot berbanding rakan-rakan lain di dalam pakatan.Keputusan yang corot ini memberi kekuatan kepada sekumpulan Ulama di dalam PAS untuk bangkit mempersoalkan  hala tuju parti.  

Ketua Dewan Ulama,Datuk Harun Taib antara yang pertama bersuara mendesak agar tahaluf siyasi dikaji semula.Peneraju parti,yang juga merupakan kumpulan Ulama iaitu Datuk Seri Hadi Awang,bagaimanapun membuat kenyataan untuk terus berpaut kepada PKR dan DAP biarpun mereka masing-masing terbukti sebagai penyokong LGBT dan kafir harbi.Justeru,perang antara Ulama PAS ini terus berjalan selama beberapa bulan tanpa penyelesaian.Harun Taib dikatakan turut disokong oleh Harun Din,Ustaz Nasha dan beberapa Ulama muda lain.Bagaimanapun,suara mereka tidak begitu kuat memandangkan Ulama di peringkat tertinggi iaitu Hadi Awang dan Nik Aziz masih berdegil ingin terus bertahaluf siyasi dengan siapa sahaja,biar syaitan sekalipun,asalkan bukan UMNO.Nampaknya kepimpinan tertinggi PAS sudah dirasuki roh Anwarinas dan mula merasa selesa dengan ide-ide liberalisme,pluralisme.Ini tentulah tidak mengejutkan memandangkan mereka juga turut mengiktiraf Syiah.

Oleh itu,hala tuju PAS kini cukup misteri.Akibatnya,ahli-ahli PAS sendiri dilihat sebagai membawa fahaman,hujah dan pendapat sendiri dalam mempertahankan parti yang mana sebenarnya tidak menepati fahaman,hujah dan pendapat pemimpin atasan mereka.Setakat ini,Hadi Awang dan Nik Aziz jelas tidak sanggup ‘bercerai’ dengan Anwar dan Lim Kit Siang.Mungkinkah Ulama-ulama ini enggan meminta cerai kerana bimbang akan hilang ‘wang saraan’ ??? Tanpa sebarang keputusan tuntas mengenai tahaluf siyasi,sokongan terhadap PAS akan terus merosot.Namun,itu bukan soal besar.Soal yang lebih besar ialah ummah akan terus keliru dan bercelaru akibat Ulama-ulama yang haru biru.Soal ini adalah lebih penting dan jika benar ada Ulama-ulama di dalam PAS yang serius ingin membuat pembaikan,maka mereka perlu melakukan tindakan drastik iaitu memilih untuk dipimpin Ulama Anwarinas atau bangkit dan memimpin parti sendiri.Jika itu tidak dapat dilakukan,maka adalah wajib bagi mereka untuk meninggalkan ulama-ulama yang sesat itu, sekali gus menyelematkan ummah dari terus terpesong.Keputusan di tangan masing-masing,untuk dibawa ke kubur masing- masing.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Dulu mat sabu pernah menempelak anwar semasa dalam umno dengan sinis berkata" kalau nak bersih tong taik jangan masuk dalam tong tu sekali".... ternyata sekarang anwar sudah dipecat dalam umno dan umno bersih dari politik wang dan rasuah dalam pemilihan parti umno....sekarang anwar tidak pernah masuk pas ternyata puak taik-taik anwar menjadikan pas semakin parah...ini lah akibat berkawan dengan pemimpin taik macam anwar ibrahim....padan muka pas sekarang ni...pada pemilihan parti pas nanti...tunggu geng puak taik-taik anwar dalam pas menaja dan membeli serta merasuah perwaklian pas...tungguu....anwar pengasas politik wang malaysia....selamatkan malaysia dari anjing pluralisme dan anjing syiah....

Anonymous said...

Hehehe....geng ulamak haron din, nasa dan harun taib akan musnah....akan muncul islamic moderate dalam pas yang kononya akan memperjuangkan islam....yang membenarkan pluralisme, syiah dan lgbt di malaysia....tungguuu...duit dari proksi zionis yahudi sedang merasuah perwakilan pas semasa pemilihan nanti......

Anonymous said...

Tahaluf isyasi antara Demoncratic Action Party (DAP), Parti Keldaikan Rakyat (PKR) dan Parti Ajaran Syiah (PAS) mana sah kalau x bergaduh, sebab tukang pengarahnya adalah Raja Pembelit Anuar Ibrahim, tukang pembocor maklumat pertahanan ketenteraan Malaysia ke negara asing

 
 
Blogger Templates