Social Icons

Pages

Thursday, October 10, 2013

EKSKLUSIF !!! SAH !!! EKONOMI MALAYSIA CEMERLANG DI BAWAH PENTADBIRAN PM @NAJIBRAZAK !!!


Menjelang pembentangan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober depan,bermacam-macam analisis negatif dan komen yang tidak berasaskan fakta telah disebarkan oleh pihak pembangkang di dalam media maya.Dengan menggunakan saluran media baru seperti blog,twitter,facebook dan sebagainya,pembangkang mereka-reka cerita bahawa Malaysia sedang mengalami masalah kewangan yang tenat dan mungkin juga bankrap.Mereka menggunakan isu penarafan negatif oleh agensi penarafan antarabangsa Fitch berhubung isu jumlah hutang negara sebagai asas kepada hujah mereka.Mereka juga membesar-besar amaran agensi penarafan antarabangsa lain seperti Standard & Poor’s serta Moody Investor Service untuk membuat rumusan negatif berkenaan perbelanjaan dan pengurusan kewangan negara.Jika diikutkan kepada banyak laporan negatif oleh agensi-agensi penarafan seperti ini sejak puluhan tahun lalu di mana mereka lebih kritikal daripada sekarang,Malaysia sepatutnya sudah lama bankrap dan rakyat hidup menderita akibat ekonomi negara yang merudum. 

Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku,ekonomi negara terus kukuh dan rakyat hidup makmur sejahtera.Kerajaan pula sentiasa mengambil pendekatan pro-aktif dan berpandukan kepada kepentingan negara dan rakyat.Umpamanya ketika ekonomi negara rantau Asia Tenggara di serang penyangak matawang George Soros pada 1997,kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar sderta pendekatan bagi menyelamatkan ekonomi negara.Antaranya melaksanakan mekanisme kawalan terhadap Ringgit dengan menetapkan kadar pertukaran matawang sebanak RM3.50 pada setiap Dolar Amerika.Ini bagi mengawal pengaliran keluar masuk Ringgit di pasaran matawang antarabangsa serta membanteras aktiviti spekulasi matawang negara.Bagi menyelamatkan sektor perbankan yang terjejas teruk kerajaan mewujudkan Danamodal bagi menyuntik modal baru bagi bank-bank tempatan supaya mereka berfungsi menggerakkan ekonomi negara.Kerajaan juga menubuhkan agensi Danaharta bagi menyelamat dan memantapkan syarikat-syarikat di Bursa Malaysia terutamana yang berada di dalam sektor kritikal seperti pembinaan,petroleum,pembuatan dan sebagainya. 

 Jika mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membiarkan menteri kewangan ketika itu Anwar Ibrahim,sudah tentu Malaysia sudah bankrap malah dijajah oleh Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia.Kerajaan Malaysia ketika itu mengambil langkah drastik termasuk mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang berjaya melindungi ekonomi Malaysia daripada badai kelemut ekonomi rantai tanpa melutut kepada mana-mana bantuan asing.Begitu juga apabila Datuk Seri Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara,beliau telah melancarkan program transformasi ekonomi serta pentadbiran bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2015 dalam kerangka besar Wawasan 2020 yang mana negara dijangka menjadi sebuah negara maju.Dalam pentadbiran negara yang bersilih ganti sejak merdeka,setiap perdana menteri yang telah diberi amanah oleh rakyat,sentiasa meletakkan pembangunan fizikal dan modal insan sebagai tunjang transformasi ekonomi negara daripada sebuah negara pertanian kepada negara industri dan seterus ekonomi berasaskan teknologi tinggi.Di samping itu kerajaan terus memnberi penekanan kepada modal insan melalui pendidikan dan program sosial yang mantap.Beratus ribu graduan dihasilkan dalam pelbagai bidang dengan dibangunkan banyak institusi dan kolej pengajian tinggi samada awan atau swasta.Ekonomi negara pula berkembang dengan pesat hasil pulangan pendapatan eksport barangan Malaysia yang berkualiti tinggi serta mendapat keyakinan dunia.Pelabur asing pula berlumba-lumba datasng ke Malaysia untuk mendirikan kilang serta melabur dalam sektor baru seperti teknologi maklumat. 

Kerajaan pula sentiasa mengamalkan dasar mesra pelabur bagi meningkatkan lagi aliran pelaburan asing ke dalam ekonomi negara.Pada masa yang sama syarikat-syarikat Malaysia sudah besar dan berjaya menjadi konglomerat pula mengembangkan aktiviti perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa dengan membuat peklaburan luar.Ini juga membawa hasil positif kepada Malayia kerana keuntungan yang mereka perolehi daripada pelaburan luar di bawa pulang ke negara untuk terus memajukan ekonomi serta menjadi lebih besar dan kuat.Jika dilihat dalam konteks keseluruhan pembangunan negara dan perubahan drastik hasil daripada kemajuan yang dicapai sejak hampir 60 tahun lalu,maka tidak timbul langsung isu hutang negara yang digembar-gemburkan oleh pembangkang.Hutang adalah perlu untuk bangunkan ekonomi sesebuah negara tetapi apa yang perlu difikirkan adalah pengurusan kewangan yang mantap termasuk bebanan hutang.Selama ini dasar kerajaan telah berjaya mengurus sistem kewangan dunia dengan cemerlang sekali tanpa meletakan negara dalam situasi bahaya.Propaganda negara bankrap dan sebagainya hanyalah tipu helah dan politik murahan pembangkang yang sudah bankrap idea dan modal untuk meraih sokongan rakyat.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates