Social Icons

Pages

Wednesday, October 09, 2013

HOT NEWS !!! DAP 'KENCING' KAUM BUMIPUTERA SARAWAK DENGAN LAKONAN TERBARU ??? WAJIB BACA !!!


DAP telah menyatakan secara jelas dan lantang bahawa parti itu menentang Dasar Ekonomi Baru yang termaktub di dalamnya hak-hak bumiputera.Bagi DAP,hak-hak bumiputera ini adalah satu bentuk diskriminasi terhadap minoriti selain menghalang perkembangan ekonomi negara.DAP juga mencemuh sebarang bantuan untuk golongan yang ketinggalan dalam ekonomi,yang mana majoritinya adalah bumiputera.Dengan angkuh DAP menuduh bumiputera sebagai tidak mampu bersaing,malas,bodoh dan sebagainya dan perlu dibiarkan bergelut sendiri dalam sistem kesamarataan atas nama keadilan.Secara dasarnya,inilah tonggak perjuangan DAP selama ini iaitu untuk menghapuskan hak-hak bumiputera dan sebarang bantuan berasaskan kaum serta mengamalkan sistem meritokrasi sepenuhnya.Namun,dengan tidak semena-mena pada 11 September lalu,DAP mengambil langkah yang bertentangan apabila mempromosikan kaum bumiputera Sarawak sebagai subjek untuk dibantu. 

Projek ini dinamakan ‘Impian Sarawak’ yang bakal menumpukan kepada pembangunan infrastruktur di kawasan pedalaman.Dalam masa yang sama,ia dijangka akan dapat meningkatkan ekonomi penduduk di situ melalui perusahaan hutan dan berbagai-bagai cara lain.Sekali pandang,tampak murni sekali hati DAP.Tetapi,walaupun tanpa memandang,kita sudah boleh menghidu betapa busuknya hati DAP.DAP itu angkuh lagi samseng.Di Pulau Pinang,DAP tidak segan silu meminggir dan menindas kaum Melayu dan India dalam usaha mereka untuk meluaskan cengkaman ekonomi kaum Cina.Justeru,apakah jaminan yang DAP tidak akan menindas kaum bumiputera Sarawak sekiranya mereka berjaya bertapak di negeri itu ??? DAP itu berhati komunis lagi licik.Dalam pemilihan CEC mereka sendiri,DAP telah bertindak menipu dan memanipulasi undi bagi memastikan kemenangan orang tertentu.Malah apabila terpaksa mengadakan pemilihan semula juga,DAP terus juga memanipulasi agar orang-orang yang sama menang sekali lagi. 

Justeru,apakah jaminan yang segala janji manis DAP kepada orang-orang Sarawak itu bakal ditepati ??? DAP itu rasis lagi chauvinis.Perjuangan utama DAP ialah untuk menghapuskan hak istimewa bumiputera dan sebarang bantuan kepada bumiputera.Justeru,apakah kaum bumiputera Sarawak percaya yang projek ‘Impian Sarawak’ ini benar-benar bertujuan untuk membantu mereka ??? Atau apakah ia merupakan satu alasan untuk DAP meneroka hutan Sarawak bagi mengaut keuntungan atas penat jerih kaum bumiputera di situ ??? Apakah jaminan apabila habis hutan diteroka,DAP tidak akan berusaha membina pusat komersial di mana kaum bumiputera akan menjadi pekerja bawahan dengan gaji minima ??? Dan apakah jaminan yang DAP tidak akan membina hartanah ratusan ribu ringgit yang mana kaum bumiputera tidak mungkin mampu memilikinya ??? 

Seterusnya,apakah jaminan yang kaum bumiputera tidak akan dipinggirkan ke hutan yang lebih jauh dan dipersalahkan kerana ‘tidak mampu bersaing’ dengan kaum Cina ??? Semua ini adalah sesuatu yang pasti dan jika kaum bumiputera Sarawak tidak mengambil iktibar dari tulisan ini atau dari apa yang berlaku di Semenanjung pada hari ini,maka mereka bakal mengalirkan air mata darah suatu hari nanti.DAP sering memomokkan kononnya BN telah menganaktirikan Sabah dan Sarawak sekian lama.Hakikatnya,BN tidak pernah menganaktirikan sesiapa.Keadaan bumi Sarawak serta tebaran penduduk yang tidak sekata di kawasan pedalaman menyukarkan sebarang kemajuan drastik dilakukan.Apa yang nyata,usaha tetap diteruskan mengikut segala kemampuan.Tidak dinafikan ada kelemahannya,namun apapun kelemahannya,ia bukan alasan untuk mengambil risiko tergadai segala-galanya kepada DAP.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

ADUN BN juga baik lebih aktif TURUN PADANG di pendalaman Sabah-S’wak (cthnya bila kebakaran menimpa kpg-rumah panjang, lihat perkampungan kaum Melanau Islam terbakar semalam di http://www.nst.com.my/nation/general/40-families-made-homeless-by-fire-1.371761, 40 families made homeless by fire) ! Jgn. pandang lewa usaha DAJAL Kristian Zionis DAPBANGKAI/PKR, kerana disyaki, mereka juga menggunakan agama Kristian, utk. menghasut Bumiputera Bukan Islam [termasuk utk. membenci Islam/umatnya (terutamanya Melayu-Melanau) dan UMNO] ataupun MENGKRISTIANkan lagi seramai Bumiputera miskin, di pendalaman Sabah/Sarawak, serta kpg. Orang Asli dan kpg. estet India miskin.

DAPBANGKAI/PKR disyaki akan menggunakan Ketua-ketua kpg. yg. punya pengaruh besar dan anak-anak muda, yg. senang dihasut. Jgn. lupa kerana DAPBANGKAI/PKR adalah sekutu kuat PAP-Barat-Israel, disyaki, wang tajaan akan berlimpah, utk memudahkan sebrg. projek di pendalaman, termasuk yg. kos tinggi!

Yg. penting bagi MUSUH Islam/Melayu, ialah supaya P. Pinang, Selangor, serta Sabah-Sarawak (yg. kaya minyak-gas), disyaki, dapat diKRISTIANkan, supaya senang utk. diJAJAH!

Maka, patutnya, kita sbg. NEGARA ISLAM perlu ambil pelarian Islam Rohingya, selatan Thailand, dan Mindanao dsbnya, dgn.SEGERA, yg. asyik dibunuh dg. amat kejam secara beramai-ramai (Genocide) oleh si KAPIR ganas - lihatlah S'pura yg. mengambil imgran/PENDATANG Bukan Islam Cina/Kristian dan dan Israel membawa berjuta imigranYahudi/Kristian Zionis sampai berjuta utk. MENGECILkan Bumiputera Melayu/Islam di S'pura/Palestin, tapi rejim Cina PAP/Israel bukan main lagi, sekutu utama si "pencinta demokrasi/hak asasi (SAMPAH)" Barat! Maka, rejim-rejim KAPIR ini bukan bergantung kpd. umat Islam – kita di M’sia ini pun mesti jgn. lagi bergantung kpd. Bukan Islam, yg. kesetiaan-perpaduan mereka makin meningkat kpd. agama mereka dan makin anti-Malaysia sbg. negara Islam, walaupun dr.Bumiputera Bukan Islam terutamanya di Sabah-S’wak yg. makin dihasut puak Kristian Zionis DAPBANGKAI/PKR, termasuk dgn. menubuhkan sebanyak cwgn DAPBANGKAI di banyak kpg-kpg. miskin.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

 
 
Blogger Templates