Social Icons

Pages

Wednesday, October 09, 2013

KANTOI !!! KERAJAAN KELANTAN SEMBUNYIKAN KADAR KENAIKAN AIR DARI RAKYAT !!! APA CERITA NI ???


Rakyat Kelantan bukan sahaja dibebani dengan masalah air sejak azali lagi,tetapi kini menerima satu lagi ‘bala’ apabila masalah itu dilipatgandakan dengan kenaikan tariff air sehingga lebih 30%.Apa yang lebih malang lagi bagi rakyat Kelantan ialah kenaikan ini bukan bermakna yang kualiti bekalan air akan meningkat.Ini kerana,menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya,Infrastruktur,Utiliti dan Teknologi Maklumat,Hanifa Ahmad,kenaikan itu bukanlah untuk memperbaiki sistem bekalan air tetapi untuk menampung kos elektrik yang tinggi dalam operasi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) iaitu sebanyak RM2.1 juta sebulan.Ini berikutan kenaikan tariff elektrik sebanyak 45% dengan tiga kali kenaikan sejak 2001 hingga 2012.Mungkin penjelasan itu boleh diterima,tetapi bukankah sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mewar-warkannya agar pengguna tidak merasa terpedaya ??? Alasan Hanifa bahawa ia tidak diwar-warkan kerana tidak menjejaskan ramai pengguna domestik tidak boleh diterima.Nampak jelas seolah-olah kerajaan Kelantan ingin menyembunyikannya kerana bimbang akan reaksi rakyatnya. 

Kesimpulan dari isu ini ialah Kelantan di bawah pimpinan PAS telah GAGAL menjana ekonomi sehingga tidak mampu memperbaiki sistem bekalan air dan tidak mampu menampung kos operasi yang kian meningkat,selaras dengan keadaan ekonomi negara dan dunia.Kelantan diketahui sebagai negeri paling miskin.Setelah lebih dua dekad PAS memerintah,Kelantan masih belum mampu menukar fakta ini.Sehingga ke hari ini,belum ada sebarang usaha signifikan dilakukan untuk menjana ekonomi negeri itu.Satu-satunya sumber pendapatan yang diketahui oleh kerajaan Kelantan ialah balak.Itupun,kebanyakannya telah tergadai kepada tauke-tauke bangsa lain dari luar Kelantan,tidak termasuk yang dijadikan ‘habuan’ untuk pemimpin DAP di Perak.Akibatnya,Kelantan terus mundur ke belakang dari sehari ke sehari.Sedikit pembangunan yang ada,termasuklah masjid-masjid di negeri itu,semuanya adalah hasil ehsan kerajaan persekutuan.Difahamkan juga,bahawa ketika Tun Mahathir masih menjadi Perdana Menteri,beliau turut membantu Kelantan secara diam-diam kerana sayangkan anak bangsanya di sana yang terhimpit dalam arus kemajuan dunia.

Pun begitu,kerajaan PAS Kelantan menafikan keadaan negeri itu yang menyedihkan.PAS terus riak dan takbur,malah mengutuk pula kerajaan persekutuan dengan berbagai-bagai tohmahan.PAS memomokkan kononnya Kelantan adalah negeri paling makmur dan menjadi contoh negeri Islam sebenar.Kononnya Kelantan adalah Serambi Mekah.Kononnya,Kelantan adalah negeri yang diberkati.Dalam pada itu,rakyat Kelantan tidak mampu menikmati air bersih walaupun untuk berwuduk.Tidak mampu menyucikan diri dengan baik kerana airnya berkeladak.Sampai satu ketika perut rakyat Kelantan dengan sendirinya ‘mangli’ dengan air yang tidak bersih itu sedangkan orang luar yang meminumnya akan mengalami sakit perut dan cirit-birit.Sedangkan air adalah perkara asas untuk kebersihan dan kebersihan pula adalah perkara paling asas dalam Islam.Secara dasarnya,ekonomi dunia akan terus turun naik manakala kos sara hidup persendirian mahupun kos operasi satu-satu perniagaan atau organisasi akan terus meningkat.

Justeru,secara automatik,kos pentadbiran juga akan terus meningkat.Ini adalah ‘peraturan’ hidup yang tidak mampu kita kawal.Justeru,kerajaan PAS Kelantan wajib berusaha untuk menepati peraturan ini atau negeri itu akan ketinggalan semakin jauh setiap hari.PAS wajib mengeluarkan Kelantan dari kemiskinan dan menjana pendapatan sendiri bagi menampung segala kos yang akan terus meningkat.Jika tidak,segala kos itu akan terpaksa dibebankan ke atas rakyat sepertimana yang berlaku dalam isu tariff air ini.Ini tentulah tidak adil kerana di masa yang sama pendapatan rakyat Kelantan tidak pula meningkat,hatta peluang pekerjaan juga amat sukar sekali di negeri ini.Bukankah ini satu kezaliman ke atas rakyat ??? dan lebih zalim lagi,apabila kenaikan tariff itu pula dibuat secara sembunyi-sembunyi…

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Meskipun keruh ia adalah air zam-zam alakazam...barokah gitu! kah kah

 
 
Blogger Templates