UMNO telah lama membela Melayu dengan memberi berbagai tongkat serta membina benteng pertahanan agar bangsa ini dapat berdiri teguh dan terus hidup di celah-celah kemajuan negara.Namun,pertolongan UMNO itu sentiasa dipandang serong sebagai berunsur rasisme dan juga kronisme.Oleh itu,UMNO sentiasa dipaksa untuk menepis dan membela diri walaupun hakikatnya apa yang dilakukan adalah murni serta menjadi kunci keamanan,kestabilan dan kemakmuran negara ini.Walaubagaimanapun,akhir-akhir ini,UMNO dilihat semakin ‘segan’ untuk membela diri malah turut menerima tuduhan rasisme dan kronisme sebagai benar.Justeru,terdapat asakan dari dalam UMNO sendiri untuk berubah, untuk ‘transform’ atau ‘reform’ sepenuhnya agar lebih ‘relevan’ dan tidak perlu lagi ‘defensive’ atau ‘apologetic’ kepada sesiapa.Kemenangan Khairy Jamaluddin dalam pemilihan sayap UMNO semalam dilihat sebagai isyarat jelas bahawa orang-orang UMNO sendiri sudah bersedia untuk berubah.Ini kerana Khairy Jamaluddin merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang pertama memperjuangkan pegangan liberal centrist secara terbuka.
Beberapa kali Khairy menyatakan yang beliau ingin menjadi Ketua Pemuda BN dan bukan UMNO semata-mata.Cita-cita Khairy untuk melonggarkan keMelayuan UMNO bukanlah rahsia.Malah,Khairy juga tidak segan silu mengambil seorang DAP tegar sebagai Setiausaha Akhbarnya,iaitu Regina Lee.Rakan-rakan lama Khairy ada menceritakan bagaimana sejak dulu lagi Khairy mengimpikan ‘United Malaysians National Organisation’ untuk UMNO iaitu tiada lagi ‘Malays’ dalam prinsip perjuangannya.Ini kerana Khairy dikatakan tidak suka melihat orang-orang Melayu terus memakai tongkat kerana ia bermakna ketidakadilan terhadap kaum lain.Di masa yang sama Khairy turut mesra PKR di mana beliau secara sukarela dan bangga menghantar passport kepada Anwar Ibrahim sejurus selepas Anwar dibebaskan suatu ketika dahulu.Walaupun Khairy dikatakan membelakangkan kehendak akar umbi UMNO,tetapi dengan sokongan padu yang diberi kepada Khairy dalam pemilihan kali ini,membuktikan sebaliknya.Jelas,cita-cita Khairy turut dikongsi oleh semua Pemuda UMNO di mana beliau menyapu bersih undi dalam pemilihan kali ini.Nampaknya,Pemuda UMNO nampaknya sudah bersedia untuk melepaskan ‘tongkat’ dan bersaing secara terbuka atas lantai yang sama rata dengan bangsa lain.Mungkin ada yang melihat perkembangan ini sebagai berbahaya kepada orang-orang Melayu dan juga kestabilan negara.
Tetapi,dari satu segi,ini mungkin merupakan satu-satunya cara untuk mengubah mentaliti orang-orang Melayu yang terlalu bergantung kepada tongkat kerajaan.Setelah puas para pemimpin kita menegur,memarahi malah menangisi nasib bangsa ini,maka sampailah masanya untuk orang-orang Melayu ‘dihukum’ kerana enggan berubah.Walaubagaimanapun,saya harap Khairy benar-benar melakukan perubahan dengan bermula dari dalam Pemuda UMNO sendiri.Dalam konsep liberal centrist yang didokong beliau,di mana Melayu bukan lagi ‘subjek’ utama,maka Khairy harus memastikan yang kerajaan merampas kembali semua tongkat,terutamanya yang diberi kepada kontraktor-kontraktor UMNO.
Inilah masanya kontraktor UMNO diajar untuk bersaing secara terbuka dengan kaum lain.Pemuda-pemuda UMNO wajib menunjukkan contoh kepada masyarakat Melayu tentang konsep keterbukaan yang sebenar-benarnya,serta melupakan perniagaan ‘alibaba’ kerana sistem kuota adalah rasis dan tidak sesuai lagi.Seharusnya,Khairy tidak akan menghadapi masalah untuk melakukan semua ini kerana beliau mendapat sokongan Pemuda secara total.Dengan cara ini,transformasi yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib menjadi sempurna di mana tiada lagi kronisme,tiada lagi rasisme dan tiada lagi Melayu bagi UMNO.Sesungguhnya kemenangan Khairy adalah sesuatu yang tepat bagi UMNO,bangsa Melayu dan negara ini.Yang tinggal kini hanyalah perlaksanaannya sahaja iaitu di mana harus pertama sekali membuang tongkat yang diberi kepada Pemuda UMNO demi menepati konsep ‘centrist’ yang tidak lagi mengutamakan Melayu.Bolehkah Khairy melakukannya ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
6 comments:
kITA LIHAT ADAKAH YB Khairi pilihan tepat utk membantu melayu berasaskan hukum parti alif ba ta , jika tidak PAU akan datang kita humban dia ke longkang seperti pak mertua dia
BERNAS,MANTAP, MENYENGAT,PEDAS artikel kali ni bro....boleh terjegil "mata menggoda" KJ nnt membacanya.
lebih SEPARUH kot dia punya PUJI KAW2...kasi perangkat tinggi2...lepas tu seJIBIK kena...mmg terSUNGKUR habis la, senyumpun tak jd.
tunggu je la apa nak jd dgn UMNO lps ni....rasa tak sabar nak tgk Progresif Liberal mcm mana yg akan KJ n PEMUDA UMNO gunakan utk transform UMNO nnt.
Good luck KJ, PEMUDA!!
1. pihak yang perlukan lesen motosikal adalah Melayu, makanya skim pendiskaunan mendapatkan lesen secara tidak langsung adalah skim pandang ke Melayu.
2. pihak yang disisihkan dari sektor swasta adalah Melayu, makanya karnibal kerjaya yang mendapat sambutan dari Melayu adalah secara tidak langsung merupakan karnival pandang ke Melayu.
3. musuh utama Islam adalah Pasrael, juteru demonstrasi besar-besaran terhadap keganasan Pasrael adalah secara tidak langsung menunjukkan bahawa Islam tetap di bela.
tiga contoh di atas membuktikan cakap serupa bikin adalah kunci kejayaan dan sekali gus menafikan kemaraan kem cakap berdegar-degar tetapi belum tentu boleh bikin.
Badut rakyat - kamu ni buat lawak BODOH KERBAU kah?! Aku cuma harap artikel ini cuma lawak atau SINDIRAN nak mendedahkan BELANG PENJAHANAM si Islam/Melayu LIBERAL!
Makin DAJAL si KAPIR MUSUH-MUSUH Islam/Melayu! Puak Kristian Zionis DAPBangkai/PKR, juga sedg- mempergunakan sbg. senjata DAJAL mereka, golongan Melayu/Islam LIBERAL utk. MEROSAKKAN perjuangan amat BERANI Islam/Melayu, terutamanya lawan MUSUH-MUSUH Islam/Melayu!
Namun, SYUKUR ALHAMDULILLAH Allah SWT telah MELINDUNGI kita umat Islam/Melayu yg. makin TERANIAYA, di Tanah Melayu PUSAKA nenek moyang kita, dr. sebelum diJAJAH si Kapir BUAS LIBERAL British-Zionis laknat lagi!
Namun, harapnya K'jaan/Jakim/JAWI akan memastikan KEDAJALAN KAPIR musuh Islam/Melayu dr. DAPBANGKAI/PKR ini tidak akan berulang - apa saja isu berkaitan Islam mesti dibicarakan di MAHKAMAH TINGGI SYARIAH, kerana M'sia adalah NEGARA ISLAM, bukan di mahkamah sivil (yg. asasnya ditubuhkan si LIBERAL Barat-Zionis). Kalau tak bertegas mcm. ni, puak KAPIR HARBI DAJAL ini akan terus naik muka dia, utk. MENJATUHkan M'sia sbg. NEGARA ISLAM serta umatnya, dan MENJAJAH kita! Maka baiklah juga PAS bersatu dgn. UMNO, dan hapuskan PENGKHIANAT-PENGKHIANAT yg. menyokong KAPIR-KAPIR HARBI-makin-buas!
Apalagi PENGHINAAN ke atas ALLAH SWT kita ini diperjuangkan oleh si guan eng-KAPIR-DAJAL pada "Christmas Eve" pd. 24 Dis. - malam menyambut kelahiran Jesus, jelmaan tuhan Kristian mereka ke dunia ini. Apa punya BALA ini!
Dan juga si DAPBANGKAI begitu berani sekali menghina Tabung Baitulmal S’wak (TBS) dan juga di Sabah, MUFTI Sabah, hanya kerana menyarankan umat Islam bersatu sbg. kaum Melayu, supaya senang menentang MUSUH ISLAM (Mufti kita ini akan diheret ke mahkamah Adat Sabah. oleh si kadazan BONGKAK KAPIR - mcmlah Sabah itu, Kristian Kadazan-Murut punya; makin naik muka!)! Sedangkan gereja Katholik pula mahu MENGKRISTIANkan Kalimah ALLAH kita, di NEGARA ISLAM kita ini! Serta, malangnya undi kepada DAPBANGKAI/PKR termasuk di Sabah dan Sarawak (yang amat kaya minyak-gas apalagi dengan penemuan terbaru) tidak mustahil akan meningkat bukan hanya dari kaum Cina, tetapi dengan MENGKRISTIANkan seramai mungkin, dan MENGHASUT masyarakat Kristian termasuk Bumiputera miskin di pendalaman, contohnya kaum Penan, Orang Ulu, Rungus, Iban dsbnya, termasuk dgn. menggunakan isu Kalimah ALLAH ini.
Dan si KAPIR MUSUH Islam/Melayu dr. DAPBANGKAI/PKR juga sdg. cuba MENJATUHkan DS Mohd Ali Rustam kita, dgn. tuduhan 'fitnah' (cepatnya polis buka siasatan - tapi DAPBANGKAI HINA Umat Islam/Melayu, panggil ROS "anjing UMNO" tidak pula dipeduli!) kerana KEBERANIAN DS Rustam mempertahankan Islam/umatnya serta hak Bumiputera Islam/Melayu, termasuk dgn. penubuhan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), yg. cuba menyatukan kaum Islam/Melayu serumpun Nusantara terutamanya dr. Indonesia dan S'pura, termasuk dgn. penubuhan Jambatan Melaka-Dumai, iaitu jambatan 35 km merentasi Selat Melaka dari Melaka ke Dumai, Sumatera. Penubuhan jambatan ini amat dibenci oleh DAPBANGKAI!
Dan bukan main lagi si KAPIR-KAPIR DAJAL kat M'sia ni, MENJILAT kaki kudis Barat-Israel, yg. MELALAK kat M’sia ni, nak paksa pemimipin Islam/Melayu amalkan "demokrasi/hak asasi" SAMPAH si Barat-Zionis, yg. amat BUAS! Kononnya falsafah, budaya dan undang-undang Barat-Zionis yang 'terbaik' - pala hotak si KAPIR SYAITAN Barat-Zionis PENIPU ini, di mana gaya hidup mcm. BINATANG BUAS-PENGIKUT-SYAITAN, yg. rakus MEMUJA wang, kebebasan seks termasuk homoseksual/pelacuran/pornografi/kehamilan luar nikah-pengguguran anak (termasuk kanak-kanak)/bertelanjang-beraksi lucah dpn. awam, dadah, alkohol dan perjudian dsbnya - akan terus MENJAHANAMkan akhlak, akidah dan tamadun umat Islam/Melayu!
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).
FIKIRLAH WAHAI PEMIMPIN MELAYU!
Liberal? Buang Tongkat? Pertamanya Liberal itu adalah idealogi sesat yang dicipta oleh musuh Islam untuk melemahkan orang islam supaya semakin longgar dari mengikuti amalan Islam yang bersifat sempurna. Liberal mengutamakan kehendak diri sendiri sehingga mengutamakan nafsu mengatasi Tuhan. Liberal berjaya menjauhkan orang barat dari gereja dan amalan Kristian dan idealoginya terus menguasai politik demi memastikan kesinambungan dan survival idealogi Liberal. Hari ini sasaran Liberal adalah Islam kerana selagi ada orang Islam yang mengamalkan Islam yang sempurna maka selagi itu Liberal tidak akan bertapak di negara Islam.
Tongkat kepada orang melayu? Sesiapa sahaja menamakan istilah tongkat, memang sah dia buta sejarah dan telah menjadi pencacai musuh orang melayu. Orang yang menggunakan istilah tongkat ini adalah agen yang dididik oleh Kristian kerana sejarah telah membuktikan bahawa cara untuk melemahkan orang melayu adalah dengan tidak menolong lagi orang melayu.
Sejak Tanah Melayu dijajah, British telah merancang untuk melemahkan kuasa orang melayu yang berpegang kepada agama Islam. British telah membawa orang cina dan India dengan tujuan untuk memajmukkan tanah melayu yang didominasi oleh orang melayu beragama Islam. British denganlicik telah mengaggihkan kekayaan yang diambil dan dipaksa dari orang-orang melayu dan diberikan kepada orang cina dan India. Lombong emas yang dulunya dimiliki oleh orang melayu dirampas secara licik dengan menipu orang melayu dan diberikan kepada orang cina untuk diusahakan dan dikongsi hasil mahsulnya dengan British. Cina menjadi operator dan British menjadi pemiliknya. Sebelum British meninggalkan Tanah Melayu semua tanah dan lombong milik British yang dirampas dari orang melayu itu ditinggalkan kepada bangsa cina. Begitu juga tanah milik bangsa melayu telah dirampas dan dijadikan ladang estate getah diberikan kepada orang India sebagai operatornya dan bila British meninggalkan tanah melayu ladang yang berjumlah beratus ribu ekar ditinggalkan kepada orang India.
maknanya semasa British menjajah dan meninggalkan tanah melayu setelah merdeka padang tidak sma rata antara orang melayu dan bangsa lain. British telah menzalimi bangsa melayu dan malangnya sejarah ini tidak disedari oleh pemimpin bangsa melayu sendiri sehingga termakan tipu daya tuduhan pemimpin bangsa cina dan India bahawa mereka tidak mendapat keadilan dan dianak tirikan malah malang lagi apabila pemimpin melayu termakan dengan mainan kata pemimpin bangsa lain bahawa selagi bangsa melayu ditolong selagi itu kita tidak akan maju. Itu adalah pembohongan! Ya mungkin ada penyelewengan sana sini namun bukan bermakna orang melayu tidak lagi wajar ditolong dan dikembalikan hak hak mereka. FIKIRLAH WAHAI PEMIMPIN MELAYU!
KJ??...tolong lah sesapa yang duduk dekat dengan dia nie ..supaya jadi pemuda sejati dan jangan merosakkan imej UMNO di kalangan orang melayu dari tindakan dia...
Ye mungkin bagi alasan untuk tarik sokongan non bumi kepada BN...soalnya awak pemuda UMNO bukan MIC atau MCA..juga bukan pemuda PKR atau jauh lagi PAS....
Kedudukan menteri KBS dan boleh merapatkan semua...tapi janganlah jadi ketua pemuda yang lembik ...berani nak guris hati melayu, berani sentuk institusi melayu dan lagi berani nak sentuh Sultan tanpa segan silu....
Yang buat orang pening tindakan dia nie mengalahkan pemuda PKR pun ada..split identiti agaknya.
YANG MENANG TETAP MENANG....
Post a Comment