Social Icons

Pages

Monday, October 21, 2013

HOT NEWS !!! PRK SUNGAI LIMAU !!! BN PERTARUHKAN PENSYARAH UPSI !!!


Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau pada 4 November ini.Pemilihan Ahmad Sohaimi diumumkan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN di Bilik Gerakan BN bagi PRK Dun Sungai Limau di Sungai Lentang,Sungai Limau di sini hari ini.Muhyiddin berkata,pemilihan Ahmad Sohaimi,52,adalah berdasarkan kelebihan beliau yang mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.Katanya pemilihan dibuat berdasarkan oleh penilaian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak,beliau sendiri dan Menteri Besar Kedah,Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

"Mohon kerjasama pengundi untuk memberi peluang kepadanya.Jika terpilih segala perkara yang perlukan perhatian akan disampaikan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman itu.Ahmad Sohaimi yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan,Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu,Guar Chempedak di sini.Ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa BN perlu meletakkan calon yang mempunyai latar belakang agama untuk merampas semula kerusi Dun Sungai Limau yang dikuasai Pas dalam lima pilihan raya umum sejak 1995,Muhyiddin berkata apa yang penting,calon BN itu mempunyai kelulusan dan boleh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.Mengenai dakwaan Pas bahawa kemenangan BN pada PRK Sungai Limau ini tidak membawa banyak kesan kepada kerajaan negeri Kedah yang diterajui BN kerana masih gagal mencapai dua pertiga kerusi Dun,Muhyiddin berkata BN berharap untuk menang supaya dapat melakukan perubahan besar dalam soal pembangunan di Dun Sungai Limau.

"Kita tak boleh nafikan Sungai Limau kubu kuat Pas.Lima kali pilihan raya mereka menang tetapi kemenangan BN adalah untuk menentukan satu perubahan besar,anjakan baharu.Saya percaya wakil kita (jika menang) boleh lakukan tugas.Kerajaan pusat dan kerajaan negeri di bawah parti yang sama. Jika wakil rakyat di sini BN lebih mudah (untuk membuat perubahan).Ini yang kita tawarkan," katanya.Muhyiddin berkata BN akan menumpukan kepada soal-soal positif pada pilihan raya kecil ini kerana baginya Pas dan Umno mempunyai banyak persamaan.Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu,Muhyiddin berkata BN memutuskan untuk bertanding atas faktor demokrasi walaupun ada beberapa pihak yang meminta supaya BN dan Umno memberi laluan mudah kepada PAS dengan tidak bertanding sebagai menghormati bekas Adun Sungai Limau Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, "Proses demokrasi benarkan kita tawarkan diri kita lagi.Tak banyak beza antara Pas dan Umno.Umno berjuang untuk Islam begitu juga dengan Pas.Umno perjuang Ummah begitu juga dengan Pas," katanya.

Katanya BN menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu suara masyarakat di Sungai Limau didengari daan memastikan Sungai Limau maju.Turut hadir pada majlis itu ialah Mukhriz,Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai,Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 November ini sebagai hari pengundian PRK Dun Sungai Limau manakala 23 Okt sebagai hari penamaan calon.Kerusi Dun Sungai Limau kosong berikutan kematian Azizan pada 26 September lepas. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Sekiranya pemimpin pemimpin UMNO bermula dari peringkat akar umbi sehingga ke atasan mahu membaca dan mengkaji tentang ilmu Islam sudah pasti pemimpin UMNO boleh berdepan dengan pemimpin PAS. Misalnya isu rasis atau perkauman, perjuangan asabiyah, jika dirujuk kitab ulamak muktabar seperti imam hasan al banna dan ibnu khaldun membenarkan apa yg dibawa oleh umno. method umno berkawn dengan MCA adalah lebih dibenarkan berbanding dengan PAS berkawan dengan DAP kerana mudharat DAP lebih besar berbanding MCA yang boleh mengikut kehendak pemimpin UMNO walaupun MCA berbuat bising sana sini kadang kadang sedangkan DAP pula mahu memimpin PAS dan tidak pernah mahu tunduk sedikit pun kepada pimpinan PAS. ini semua orang PAS tahu dan maklum tetapi malangnya orang UMNO tidak ada ilmu dan tidak tahu apa yang mereka sedang teruskan hari ini adalah suatu ijtihad oleh pemimpin Islam dan melayu pada masa dulu bila berunding dengan British.
Maknanya dalam situasi dihimpit oleh kuasa besar penjajah British itu para pemimpin melayu masih dapat mempertahankan Islam yang masih berbaki sedikit itu.

 
 
Blogger Templates