Social Icons

Pages

Wednesday, October 30, 2013

HOT NEWS !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! MAHFUZ OMAR KANTOI LAGI !!!


Dalam PRK Sg. Limau ni banyak benar isu PAS terkantoi,malah terbaru isu susu tamat tempoh yang dimainkan Mahfoz Omar kali ni pun turut terkantoi .Juga sebelum ini tersebar SMS buat fitnah pada calon BN,sapa punya kerja tu ?? Dari petikan sahabat blogger Parpukari.jom kita baca !!!

Yang lagi pelik,bila Azeez bagi barang ni? Daripada siasatan yang dijalankan.Azeez kini berada di KL dan sedang menghadiri sesi Parlimen,dia bukan kat Baling pun,apatah lagi di Sg Limau? Juga aku diberitahu memang ada Rumah Baling di Sg Dedap.Setakat dari hasil siasatan Azeez takde bagi pun barang-barang kat orang kampung." 



Malaysiakini hari ni pula keluarkan cerita pasal kenyataan Azeez,tapi macam biasalah dia punya artikel ada spin sana sini,tak ada ada pula dia cerita bila Azeez edar barang-barang keperluan ni.Apa pun gua copy paste artikel tu untuk penilaian pembaca sendiri . Mahfoz dah terlalu banyak sangat kantoi ! 

"Ketua Umno Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa PAS sengaja menimbulkan isu pemberian susu tamat tempoh oleh jentera BN untuk meraih sokongan dan simpati pengundi di Sungai Limau.MP Baling itu dalam laporan Utusan Malaysia mendakwa,tindakan PAS yang menggunakan isu susu tamat tempoh itu juga perbuatan memalukan.saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang tamat tempoh.Aduan tersebut datangnya daripada mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media pembangkang, Harakahdaily.Adalah amat memalukan apabila (Datuk) Mahfuz (Omar) selaku naib presiden PAS hanya mampu menggunakan susu tamat tempoh bagi menarik sokongan pengundi sedangkan banyak lagi isu besar seperti pembangunan yang perlu diperjuangkan oleh PAS di Sungai Limau,” katanya. 

Dalam laporan akhbar milik Umno itu,Abdul Azeez tidak menyebut sama ada beliau akan menyiasat dakwaan bahawa bahan yang dibekalkan tersebut benar-benar tamat tempoh. Mahfuz dalam kenyataannya yang disiarkan Harakahdaily semalam berkata,tindakan menghadiahakan susu tamat tempoh kepada pengundi itu tidak seharusnya berlaku kerana ianya boleh mengancam kesihatan pengguna. "Tak kan la punya sengkek,kedekut piang BN ni.Cari la yang elok sikit nak bagi kat orang,"kata Mahfuz seperti dipetik lidah parti PAS itu.Menurut laporan tersebut, seorang pengundi menerima susu tamat tempoh daripada jentera BN yang hadir berkempen ke rumahnya di Sungai Dedap, pada hari Isnin.Tarikh luput di tin susu tersebut tertera 26 Oktober 2013, menurut Harakahdaily.Ia turut menyatakan bahawa beg plastik bersama tin susu tersebut tertera nama dan gambar Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim."

ANDA NAMPAK TAK PERMAINAN MEREKA ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates