Baharom Ramli,ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Dato’ Seri Jamil Khir kesal dan kecewa dengan tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah,Mahfuz Omar dan Calon PAS,Azam Samad ke rumahnya kelmarin telah dijadikan ‘bahan kempen’ untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah yang ditemui Terengganu Today dirumahnya di Ulu Sedaka hari ini,melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya.Walaupun Pak Ngah masih lagi ahli PAS,soal fahaman dan pendirian politik tidak semestinya diseret bersama dalam hal ehwal keluarga.
Sambil menyifatkan anaknya,Jamil Khir sebagai seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat,Pak Ngah dengan tegas berkata,tidak ada pergeseran berlaku antara mereka biarpun berbeza fahaman politik.“Jamil sendiri tak penah sembang pasal politik dengan Pak Ngah, Jamil baik dan bertanggungjawab, orang dia memang bagus,” ujarnya yang mengidap penyakit stroksejak tiga tahun lalu.Sementara itu,Baharom yang berusia 77 tahun memberitahu,calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim juga turut melawat beliau pada hari yang sama,tetapi tidaklah pula dihebahkan di mana-mana.Berkait soal itu,MB Kedah,Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir sebelum itu turut membidas serta mempersoalkan keikhlasan Mahfuz dan Azam yang mengunjungi Baharom.
Lidah rasmi PAS,Harakah melaporkan Mahfuz memberitahu,Baharom telah mendoakan agar PAS terus menang di DUN Sungai Limau.Kejujuran PAS dalam perkara ini terus dipertikaikan,apatah lagi adat menziarahi orang sakit di mana doa yang sepatutnya dibacakan adalah demi kesihatan dan kesejahteraan pesakit.Pak Ngah apabila ditanya mengenai calon PAS memberitahu,calon yang diletakkan masih muda dan masih banyak yang perlu dipelajari.Katanya lagi,calon berkenaan adalah pilihan ‘orang atasan’ dan bukan pilihan masyarakat setempat.Apabila ditanya adakah kemenangan bakal berpihak kepada PAS,beliau sekadar menjawab bahawa beliau kurang yakin dan sebenarnya tidak ambil kisah.Ini kerana bagi Pak Ngah,mana-mana pemimpin baik dari PAS atau BN di daerah berkenaan telah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka dengan baik tanpa mengambil kira fahaman politik yang berbeza.
“Pak Ngah memang orang PAS… Tapi undi kita tu rahsia, Pak Ngah jadi orang PAS pun bukan makna Pak Ngah tak boleh nak undi BN”, ujarnya berseloroh kepada Terengganu Today.Adat melawat orang sakit,penulis,jurukamera serta dua rakan wartawan sempat mendoakan bersama-sama untuk kesihatan dan kesejahteraan Pak Ngah semoga beliau pulih dari penyakit angin ahmar yang dihidapinya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Harakah adalah lidah rasmi pembohongan PAS... PAS semakin sesat sejak bergaul dgn golongan sesat yg ada dlm PR...
Saya ada satu komen sahaja. Taktik kempen PRK oleh Mahfuz ni adalah jenis MURAHAN (tak perlu pergi sekolah untuk mencetuskan idea sedemikian). Terfikirkah dia orang akan mengetawakannya?
Post a Comment