Kemeriahan kempen di Sungai Limau sedikit tercemar apabila penduduk kampung dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang pelajar yang berketurunan arab di sekitar kawasan kempen.Setelah diselidiki,rupa-rupanya mereka adalah pelajar dari Iran yang belajar di beberapa universiti negara.Dikatakan mereka di bawakan secara khas bagi mengikuti program ‘anak angkat’ anjuran sebuah NGO yang pro pembangkang.Mereka menggunakan alasan kononnya untuk membuat kaji selidik,namun apabila disiasat,kehadiran mereka rupanya untuk membantu jentera kempen calon Pas.Mungkin ada yang merasakan itu adalah merupakan perkara biasa dalam kempen pilihanraya.Namun yang menjadi persoalannya ialah mengapa pembangkang menggunakan pelajar Iran bagi membantu jentera kempen ???
Ini kerana umum mengetahui,rata-rata di kalangan mereka berpegang kepada fahaman sesat Syiah yang jelas bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jemaah.
Apakah pembangkang sedang berusaha untuk menghalalkan Syiah di Malaysia ???
Tambah memeranjatkan,mereka juga turut menaikkan beberapa poster Syiah di sekitar kawasan kempen bagi menyokong calon Pas.Salah seorang petugas Pas yang ditemui,diminta mengulas mengenai perkara ini menjelaskan dia langsung tidak mengetahui mengenainya.Sambil mendakwa ia mungkin kerja jentera Umno / BN yang sengaja ingin mencemarkan imej Pas.Mungkin ada logiknya,tapi apabila difikirkan balik mungkin,mana mungkin NGO yang pro pembangkang mahu bersekongkol dengan BN.Tambahan pula,selama ini Umno adalah merupakan satu-satunya parti yang menghalang dang menentang penyebaran ajaran Syiah di Malaysia dan lagi melalui data dan statistik yang dikeluarkan oleh pihak Jakim,antara kubu kuat ajaran Syiah ialah di Kedah.Malah Menteri Besar Kedah,Datuk Mukhriz Mahathir adalah antara pemimpin negeri yang pertama mahu mengazetkan dan mengenakan tindakan undang-undang kepada pengikut Syiah.Melalui kajian ilmu,Syiah merupakan golongan yang sesat lagi menyesatkan.
Mereka tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Pegangan mereka juga dilihat bercanggah dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW.Terdapat tiga kategori golongan Syiah iaitu : Syiah mughaliyah (pelampau),Syiah Rafidah (Imamiyah) dan Syiah Mu’tadilah (Zaidiyah).Antara strategi yang digunakan ialah,memasuki ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah,tanzim haraki seperti Pas,ABIM,JIM,Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah,pura pura dan niat menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkannya dari dalam.Kesimpulannya,para pelajar asing dari Iran yang diturunkan itu selain digunakan untuk membantu kempen,mereka mungkin digunakan untuk menarik lebih ramai orang-orang Kedah agar terpengaruh dengan ajaran sesat ini dan tidak mustahil mereka juga turut akan menawarkan mutaah kepada para pengundi di Sungai Limau.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Ingatkan bila ayah tu lah dapat kuasa sistem khalifah jadi ikutan.
Sangkaan meleset, ayah tu lah ikut Barat...ambik demokrezi dan bukan teokrasi. Kalau adapun hanyalah teokrezi.
Post a Comment