Social Icons

Pages

Saturday, October 26, 2013

KURANG AJAR !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! NIK AZIZ KATA UMNO DENGAN KOMUNIS SAMA ???


Agak mengejutkan apabila Nik Aziz menyamakan UMNO dengan Komunis dalam usahanya untuk memburukkan UMNO.Alasan Nik Aziz,UMNO membuat pembangunan dan pemerintahan komunis juga membuat pembangunan untuk rakyatnya.Oleh itu,beliau mengakui ada perkara baik yang dibuat oleh UMNO tetapi,selagi masih ada lagi perkara yang tidak baik yang dilakukan UMNO maka samalah saja dengan komunis.saya bukan terkejut dengan hujah merapu Nik Aziz itu,saya cuma terkejut kerana beliau meletakkan perbandingan UMNO dengan komunis bagi menunjukkan keburukan UMNO.Walhal,parti PAS turut membela komunis melalui Naib Presidennya Mat Sabu.Siapa yang dapat melupakan bagaimana bersungguh-sungguhnya Mat Sabu membela Mat Indera.Tatkala Mat Sabu membela komunis,Nik Aziz tidak pula membantah maka tidak salah jika dikatakan bahawa Nik Aziz tidak punya masalah dengan cara pemerintahan komunis. Nik Aziz juga mungkin perlu berhati-hati bila bercakap tentang komunis kerana ia mampu menyinggung DAP. 

Sokongan hatta sanjungan DAP terhadap komunis bukan rahsia malah ia merupakan satu perjuangan yang tiada penghujungnya.Begitu hebat sanjungan DAP terhadap komunis sehinggakan mereka sanggup mencuba sedaya upaya untuk membawa balik abu mayat Chin Peng ke Malaysia untuk diberi penghormatan taraf wira.Bukan Nik Aziz tidak tahu bahawa dalam DAP membela komunis,terdapat penyokon-penyokong PAS yang turut serta.Di laman-laman sosial mereka bertanya,kenapa harus marah kepada komunis yang hanya ‘memerintah’ selama 2 minggu tetapi tidak menunjukkan tahap kemarahan yang sama pada British atau Jepun yang menjajah bertahun-tahun ??? 

Untuk pengetahuan penyokong PAS,kami marah kepada komunis sehingga ke hari ini kerana mereka cuba mengubah sejarah manakala British,Jepun,Portugis mahupun Belanda yang pernah menjajah negara ini tidak mengambil sikap biadap dan hipokrit untuk menutup atau menafikan kekejaman dan ketamakan nenek moyang mereka dahulu.kami marah kepada komunis kerana mereka masih lagi cuba menjajah Malaysia,secara kurang ajar,mencabar dan memperlekeh orang-orang Melayu dengan menggunakan nama DAP.Mereka sanggup membawa sejarah palsu ke layar filem semata-mata untuk membasuh minda generasi muda.Tindakan ini bukan sahaja biadap,tetapi merbahaya.Namun,jelas sekali,orang-orang PAS tidak marah pada komunis kerana komunis menentang kerajaan.Bagi PAS,komunis itu adalah sahabat yang sama-sama berjuang untuk merampas Putrajaya.Justeru,jika komunis begitu baik,kenapa pula Nik Aziz memandang komunis sebagai ‘sama jahat dengan UMNO’ ??? Jika sama-sama jahat,kenapa PAS boleh berpakat-pakat dengan komunis,tetapi tidak dengan UMNO ??? Harap Nik Aziz jangan cuba berdalih konon DAP itu bukan komunis.DAP tidak pernah menafikan yang mereka menyokong dan menyanjung komunis.Begitu juga dengan Naib Presiden PAS.Oleh itu,mungkin Nik Aziz wajar mengadap Lim Kit Siang dan menerangkan pendiriannya iaitu apakah komunis itu jahat seperti UMNO atau wira yang perlu disanjung ??? Selain itu,saya juga ingin bertanya Nik Aziz,jika kerajaan yang membuat pembangunan tetapi tidak baik seratus-peratus perlu ditentang,maka bagaimana pula kerajaan yang tidak membuat pembangunan langsung seperti kerajaan PAS Kelantan ??? Apakah ia perlu disokong ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

ikut suka kau lah Nik Aziz..bukan aku yang keja jawab soal kubor untuk ...kau jawab la sendiri...kalau kena balun pun kau yang kena...pandai-pandai lah kaua nak jawab esok.....suka sangat kau tengok orang Melayu dan Islam nie berpecah...tak pernah sepatah haram pun aku dengan kau mengajak kepada perpaduan...nasib kau la...kau tau bab hukum hakam Islam...

Anonymous said...

ikut suka kau lah Nik Aziz..lagi pun bukan aku yang kena jawab soal kubor kau... kau jawab la sendiri...kalau kena balun pun kau yang kena...pandai-pandai lah kaua nak jawab esok.....suka sangat kau tengok orang Melayu dan Islam nie berpecah...tak pernah sepatah haram pun aku dengar kau mengajak kepada perpaduan...nasib kau la...kau tau bab hukum hakam Islam

Anonymous said...

Sah! Memang orang tua tu nyanyuk senyanyuk nyanyuknya. Puak dia sanjung komunis macam mat sebu, DAP memang sah komunis dia sokong maknanya komunis tu baikla bagi dia. Jadi yang dia kata umno cam komunis tu pujian la kot. Sebab itu yang dia suka. Paling tidak, dia dah bingung dan bengong, cakap merapu dana macam tu.

ahlee said...

Ada bukti ke?

Anonymous said...

JANGAN SEKALI KALI UMNO TUNDUK DENGAN PARTI pas DAN JANGAN LAGI DI UNGKAP UNTUK BERGABUNG ATAU PERPADUAN DENGAN PAS AKU BENCI PADA PARTI pas DEK KERANA ADANYA ORANG ALIM MACAN nicky NI YANG SUKA MENGELUARKAN KALAM MENGIKUT LOGIK AKAL. BASA ORANG TUA NYANYOK, AKU RASA dia LEBIH KOMUNIS SEKOMUNIS MUNISNYA DAN BUKANNYA UMNO.

 
 
Blogger Templates