Social Icons

Pages

Wednesday, November 13, 2013

BONGKAR !!! #MUKTAMARPAS !!! ADAKAH BRIDGET WALSH AKAN HADIR PADA MUKTAMAR KALI INI ???


Bagi mereka yang baru sahaja mendengar nama Bridget Walsh,anda pasti tidak tahu apakah signifikasi nama tersebut dengan Parti Islam Se-Malaysia.Bridget adalah seorang Professor Madya di Singapore Management University dan sering terlibat dengan aktiviti politik di negara-negara membangun.Keterlibatan Bridget Walsh adalah suatu perkara yang amat menghairankan.Ini kerana tiada siapa pun mengetahui dari mana datangnya wanita berketurunan Eropah ini dan bagaimana beliau memperoleh “network” perhubungan yang luas sehinggakan dianggap sebagai tempat rujukan oleh kebanyakkan parti pembangkang di benua Asia.Untuk pengetahuan umum,Bridget telah “berkhidmat” di seluruh dunia dan pernah tinggal di negara-negara Timur Tengah,Amerika Latin,Kepulauan Carribean dan juga kini di Asia Tenggara.Jika diamati tulisan dan analisis yang dikeluarkan oleh Bridget Walsh,anda akan mendapati bahawa beliau adalah seorang ahli akademik yang biasa-biasa sahaja.

Namun begitu,pendapat beliau diambil kira kerana ideologi anarki dan hak kebebasan sepenuhnya yang beliau anuti. Ini terbukti apabila dengan jelas,Bridget Walsh menyokong Arab Spring dan demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh rakyat sesebuah negara itu.Seperti lalat yang membawa penyakit,Bridget akan hinggap di sesuatu negara dan menyebarkan dakyah beliau,selepas itu beliau akan hinggap pula ke negara lain apabila negara yang beliau telah tinggal itu mempunyai masalah besar. Kini berpusat di Singapura,Bridget sibuk pula mencampuri senario politik Malaysia.Dilantik sebagai salah seorang kolumnis untuk portal pro-pembangkang Malaysiakini.com Bridget sering mengeluarkan pendapat yang jelas bertentangan dengan akidah Islam dan juga semangat perpaduan yang telah diamalkan di Malaysia sejak dari awal penubuhan negara ini.Kekuatan Bridget yang ternyata jelas adalah apabila beliau berjaya menundukkan kepemimpinan PAS dengan mengambil kata-kata beliau sebagai rujukan dan panduan parti Islam tersebut.

Bridget juga pernah dijemput untuk menghadiri Muktamar PAS yang ke-55.Seperti seorang perisik beliau berjalan dari satu negara ke satu negara lain tanpa jemu dan akhirnya akan merosakkan negara tersebut dengan menggunakan ideologi atau pemahaman politik yang beliau reka sendiri.Pelik tetapi benar, namun realiti ini dapat dilihat dari masa kesemasa kerana modus operandi seorang manusia bernama Bridget Welsh ini adalah sama dengan apa yang telah beliau lakukan kepada negara-negara lain di seluruh dunia.Soalannya adakah beliau benar-benar seorang perisik dari negara lain atau beliau hanyalah aktivis yang tidak mendatangkan apa-apa faedah di dalam apa jua organisasi yang beliau ceburi. Didalam satu artikel yang ditulis beliau berjudul “The Politics of Accomodation in PAS” 

ternyata Bridget Walsh telah memuja kehebatan PAS dalam membuka ruang kepada liberalisasi dan penghapusan keIslaman di dalam ideologi parti tersebut.Bridget telah diambil menjadi sumber rujukan oleh banyak pihak di dalam PR juga telah menyatakan dengan berkias bahawa PAS sanggup menggadaikan maruah dan akidah mereka semata-mata untuk menentang kerajaan Barisan Nasional yang dianggap sebagai musuh yang terlalu hebat oleh mereka.Bridget Walsh telah diangkat menajadi serikandi ulung oleh PR sehingga beliau boleh membincangkan hala-tuju PAS dengan sewenang-wenangnya dan juak-juak PAS hanya mampu mengangguk lesu tanpa sedar bahawa mereka bukan sahaja sedang diperkudakan oleh rakan-rakan mereka di dalam PR,tetapi mereka juga sedang dipermain-mainkan ejen-ejen asing yang ingin menghancurkan agama, bangsa dan negara ini.Adakah Bridget akan dijemput lagi untuk muktamar PAS pada 24 November ini ??? Atau orang asing lain pula akan dijemput oleh PAS ??? Semua ini berlaku kerana PAS sudah hilang arah tuju dan memerlukan mat dan minah salleh yang tidak diketahui asal usul mereka untuk “membangkitkan” semula semangat politik dan keIslaman perjuangan mereka yang telah lama hilang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

Anonymous said...

Itu tandanya PAS nak jahanam.


Anonymous said...

PAS. Parti yg mendidik ahlinya jadi bodoh dan sombong. Fullstop.

Anonymous said...

PAS mana tau pasal Freemason, Illuminati, New World Order, Rothschild..semua tu.
Asyik2 Royalti,4, salah UMNO, negara berkebajikan..
Cuba cari SATU..yg boleh kita kata yg terbaik dari PAS...??

Anonymous said...

Sibuk hal bridget walsh nk dtg muktamar PAS la plk.... Yg sultan sulu dtg perhimpunan umno x nak plk korang carut kan... Bkn ke sultan sulu tu yg istihar perang kt lahad datu...sampai polis dan tentera terkorban.. Bodoh punya orang... Macai2 sampai bila la nk hbs bodoh piang tahap gaban korang ni... Kesian ..kesian..kesian..

Anonymous said...

Tu la bro Tun M ..kata yang dok tinggal la ni dlm umno macai2 yg bodoh... Bodohnya tahap lembu... melayu haprak .. Melayu mudah lupa..semua ada... Lps tu seronok plk tu tepuk tangan... Tanda gembira... Dikata begitu... Apa raa... Klu nk cakap bab macai2 ni x de fullstop
. Nonstop.... Byk lg woooo.... Org klu nk ckp biar ada fakta.. Bkn auta... Fitnah.. Mencarut.. Porno.. Songlap duit... temberang... Semua ada.... Macai dan bodoh... Bodoh piang berpisah tiada... Hu..hu..hu..

Anonymous said...

Terbaek dr PAS... Depa x jemput sultan sulu datang muktamar ... Macai dan bodoh berpisah tiada... Jgn marah haa... Tu tun M yg kata..."ORANG BODOH SAJA YG MASIH TINGGAL DALAM UMNO" nonstop... still will continue.. Saya suka... Saya suka... Ho..ho..ho..
.

 
 
Blogger Templates