Social Icons

Pages

Wednesday, November 27, 2013

BONGKAR !!! #MUKTAMARPAS59 !!! GOLONGAN ULAMA BAKAL JADI MASKOT KRISTIAN ??? WAJIB BACA !!!


Muktamar PAS baru saja berlalu dengan menyaksikan kemenangan kumpulan Anwarinas atau turut dikenali sebagai kumpulan Erdogan.Ada juga yang merujuk kepada mereka sebagai kumpulan liberal dan professional.Namun,rujukan ‘professional’ pastinya kurang tepat dengan Mat Sabu yang mengepalainya.Daripada 27 jawatan,hanya 10 sahaja yang mampu dimenangi oleh golongan Ulama termasuk jawatan Presiden.Pun begitu,saya juga musykil sama ada Presiden PAS masih lagi berada di dalam kumpulan Ulama,berdasarkan pendekatannya yang lebih selesa dan mesra dengan keputusan dan kehendak kumpulan Erdogan.Secara dasarnya,akar umbi PAS menyambut keputusan Muktamar dengan perasaan yang berbaur.Rata-rata mereka secara terbuka meluahkan rasa kecewa dan berputus asa.Mereka tahu bahawa kemenangan kumpulan Erdogan turut membawa makna bahawa Majlis Syura mahupun Dewan Ulama itu sendiri,sudah tidak relevan lagi. ‘Ulama’ akan menjadi maskot,sekadar untuk mengumpan sokongan orang-orang Melayu.Selain itu,Ulama juga akan dipergunakan untuk menghalalkan atau meluluskan apa saja yang PAS bakal lakukan bersama PR yang mungkin menimbulkan kesangsian orang-orang Melayu.

Kumpulan Erdogan sedar,selagi ada Ulama di dalam PAS,selagi itulah ada orang Melayu yang sanggup mengikut mereka ke mana saja.Biarpun PAS di masa depan tidak lagi akan bercakap tentang hudud atau mempertahankan Islam,tetapi itu bukan masalah selagi maskot Ulama PAS terus berada di hadapan untuk mengaburi mata penyokong mereka. Sambutan pihak Kristian Evangelis dari DAP terhadap kemenangan kumpulan Erdogan adalah petunjuk jelas akan hala tuju PAS selepas ini.Sejurus Muktamar berlalu,laman-laman sosial pemimpin dan penyokong Kristian Evangelis DAP secara terbuka meraikan apa yang mereka lihat sebagai ‘pembaharuan’ di dalam PAS.Perlu diingatkan bahawa Kristian Evangelis inilah yang menjadi dalang kes murtad di Malaysia. Mereka jugalah yang bermati-matian ingin ‘berebut’ untuk turut menggunakan nama ‘Allah’ dalam risalah agama mereka. Kristian Evangelis jugalah yang memainkan peranan utama dalam COMANGO menuntut hak LGBT. Kegembiraan Kristian Evangelis meraikan kemenangan kumpulan Erdogan pastinya punya makna yang mendalam. 

saya tidak tahu berapa ramai ahli-ahli PAS yang mampu memahami makna semua ini.Berapa ramaikah dari orang-orang Melayu di dalam PAS yang mampu memahami bahawa apa yang berlaku di dalam PAS adalah jauh mengatasi politik PAS-UMNO,tetapi sudah mencapai tahap ancaman terhadap agama Islam ??? Berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang sanggup bersekongkol, menjadi Pak Turut dan membantu perjuangan Kristian Evangelis untuk bertakhta di Malaysia ??? Sanggupkah ahli-ahli PAS ini keluar parti demi berlaku jujur kepada Allah SWT ??? Hakikatnya PAS telah dirasuk sepenuhnya dan tidak lagi dapat diselamatkan.Tidak ada jampi serapah yang boleh menghalau syaitan yang diundang dan dijemput sendiri.Apatah lagi yang menjemputnya pula adalah para Ustaz dan Ulama yang menjadi pakar menghalau hantu syaitan itu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Di mana Hadi, Nik Ajis, dan pak lebai lain yg ngaku ulama Pas...dah takde fungsi dalam parti... Pas dah jauh menyeleweng dari rupa asal sejak diresapi pengaruh liberal, LGBT, dll yg dibawa oleh konco2 aljuburi...takkan depa tak sedar lagi si peliwat tu agen yahudi yg dah rosak moral...

AJAI62 said...

Assalam Bro

Masalahnya Ulama2 yang dalam PAS tu ulama tulen ke?... Takanlah usia dah sampai ke senja bak kata orang rumak kata pergi kubur kata mari.. tak faham rentak politik PKR dan DAP... Bak kata orang kalau kuasa yang nak dikejar dah TENTULAH SYAITAN KAWANNYA... Nak kata apa lagi, tanggunglah dosa sendiri sebab jadi orang dungu...

 
 
Blogger Templates