Social Icons

Pages

Saturday, November 30, 2013

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR KENAPA PORTAL PEMBANGKANG PERIHATIN DENGAN PEJUANG IDEOLOGI KOMUNIS DIDEDAHKAN !!!


Portal pro-pembangkang Malaysia Insider (TMI) sejak begitu ‘kecoh’ dengan laporannya berhubung isu seorang rakyat Malaysia yang tidak pulang sejak 30 tahun lalu.Malah melalui pemerhatian yang dilakukan ‘keprihatinan’ mereka begitu terserlah melalui beberapa siri artikel yang dikatakan ‘eksklusif’ untuk tatapan pembaca setia.Paling menarik kisah Aishah ini turut mendapat perhatian dan pembelaan dari seorang penyokong tegar pakatan pembangkang,Hishamuddin Rais.Namun di sebalik kisah Aishah ini,rupanya terdapat satu lagi cerita yang tidak kurang menariknya untuk dikongsikan bersama.Akhbar Britain sebelum ini melaporkan,3 orang wanita yang yang ditahan sebagai hamba selama 30 tahun di Britain telah berjaya dibebaskan pada 25 Oktober lalu selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Salah seorang daripadanya dikatakan seorang warganegara Malaysia yang dikenali sebagai Aishah.Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian,30 tahun.Tidak lama selepas pembebasan itu,seorang rakyat Malaysia tampil membuat kenyataan bahawa Aishah yang dimaksudkan itu adalah merupakan adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai fahaman komunis Maoist.Kamar Mahtum Abdul Wahab,seorang guru bersara,ketika diwawancara berkata,adiknya yang dikenali sebagai Siti Aishah Abdul Wahab,69 itu,dipercayai ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada 1970-an. 

Menurut keluarganya lagi,kerajaan Malaysia yang mengikuti perkembangan politik wanita itu di London pernah memberi amaran pada 1970-an tentang tindakannya itu akan menyukarkan dia untuk pulang ke tanah air.Aishah yang berasal dari Jelebu,Negeri Sembilan dipercayai pernah mengunjungi abangnya yang ketika itu tinggal di London dengan ditemani Balakrishnan dan seorang wanita tempatan.Dia juga dipercayai mempunyai hubungan dengan aktivis,Hishamuddin Rais yang mendakwa wanita terbabit mempelajari fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran pemimpin China,mendiang Mao Zedong.Kenyataan tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengtakan Aishah adalah merupakan individu dikehendaki pihak polis pada tahun 1970-an.

Beliau berkata,polis pernah memburu dan memantau segala pergerakan mangsa ketika di London selepas dia dikesan menyertai kumpulan pelampau berfahaman komunis di negara ini.Tambah menimbulkan keraguan ‘gerakan menyelamatkan’ Aishah ini turut disertai oleh Hisahmuddin Rais yang memang terkenal sebagai salah seorang penganut fahaman sosialis, sebuah ideologi yang mirip dan menyerupai fahaman komunis.Tidak cukup dengan itu,portal Meloyakini turut memberikan satu ruangan eksklusif kepada semua tulisan dan pandangan Hishamuddin Rais yang dikatakan telah berjaya memberi pengaruh besar terhadap perjuangan reformasi khususnya anak-anak muda.Apakah ia bertujuan untuk mempromosikan idea perjuangan komunis atau hanya sekadar memaparkan coretan dan nukilannya ??? Mungkin akan ada yang mengatakan sosialis dan komunis adalah merupakan ideologi yang berbeza dan tidak boleh disamakan.Namun sekiranya kita teliti sejarah,ia sebenarnya tiada bezanya. 

Malah ia turut diakui sendiri oleh para pemimpin pembangkang.Contohnya Parti Sosialis Malaysia (yang merupakan parti yang menyokong pakatan pembangkang) sebelum ini pernah dikaitkan dengan komunis dan bertegas tidak akan menanggalkan gambar pejuang revolusi komunis, Karl Marx daripada mana-mana pejabat dan markas parti itu Ahli Majlis Tertinggi PSM, Dr. M. Jeyakumar berkata,kenyataan yang melabelkan Marx sebagai ‘syaitan’ merupakan satu tuduhan liar.Sedangkan semua mengetahui pemimpin yang dijadikan sebagai idola itu merupakan pejuang fahaman komunis.Malah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang ketika kempen pilihanraya umum yang lalu pernah mendedahkan kenapa parti itu terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat. Beliau menyifatkan langkah itu sebagai usaha penyelamat bagi memastikan tiada ‘syaitan’ menyerap masuk dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas.Abdul Hadi turut menyatakan parti itu cuma bekerjasama dengan PKR dan DAP sahaja tetapi tidak dengan calon parti lain yang menjulang gambar Marx serta Vladimir Lenin dan Joseph Stalin.Bukankah ia sudah cukup untuk mengaitkan sosialis dengan komunis.Ini kerana sekiranya hujah yang diberikan datangnya dari pemimpin Umno,sudah pasti mereka mendakwa ia sebagai gerakan propaganda untuk melemahkan pakatan.

Berbalik kepada isu tadi,persoalannya ialah mengapakah portal pro pembangkang dan Hishamuddin begitu berminat untuk‘menyelamatkan’ Aishah ??? Apakah kerana dia seorang warganegara Malaysia atau kerana dia seorang penyokong komunis ??? Sedangkan sebelum ini, ramai lagi warganegara Malaysia yang menjadi mangsa di negara luar seperti terjebak sindiket ‘keldai dadah’,pelacuran malah ada yang dilarikan ke Lombok.Mengapa semua mereka ini tidak diberikan perhatian yang khusus ??? Tetapi apabila ada isu yang melibatkan komunis,syiah,liberal dan semua ideologi yang berhaluan kiri,mereka kelihatan begitu beria-ria memberikan perhatian.Bukanlah niat untuk menuduh mereka menyokong fahaman kiri seperti komunis,namun tindakan mereka itu begitu diragui sehingga menimbulkan persepsi sedemikian.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

SentiasaPanas said...

Kan dah jadi kewajiban si ATHEIS membantu rakan ATHEIS yang lain..

Anonymous said...

Seorang wanita melayu yg cerdik tapi salah membuat pilihan,inilah jadinya .Dalam hal in sapa yg rugi?Diri sendiri yang rugi ,tu lah melayu tak ada otak pilih jalan yg salah ,terimalah akibatnya.melayu oh melayu apa nak jadi bangsa ku in!

Anonymous said...

Bah. pertama:

Padan muka si Homo-DAJAL yg. pikiaq dia 'hero' konon, 'menyelamatkan' Aisyah, lansung tak disebut nama pun kat akhbar Britain!

Sebenarnya, Sosialisma, Zionisma, Nazisma dan Sosial Darwinisma (teori yg. manusia asalnya dr. binatang termasuk campuran monyet dan babi, maka tidak salah bernafsu binatang - di akhbar anti-Islam di http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2515969/Humans-evolved-female-chimpanzee-mated-pig-Extraordinary-claim-American-geneticist.html, Humans evolved after a female chimpanzee mated with a pig': Extraordinary claim made by American geneticist, By Damien Gayle, 30 November 2013) adalah ditubuhkan puak-pengikut-SYAITAN Illuminati Zionis termasuk Karl Marx - yg. ingin menghancurkan agama Kristian dan Yahudi tradisonal serta menakluk Raja-Raja Eropah tradisional dlm. genggaman mereka melalui sistem kredit (sebab itu Kristian Zionis DAPBANGKAI/PKR mahu MENJATUHKAN Kesultanan Melayu TERCINTA kita, terutamanya sbg. Ketua agama Islam, lansung MENUMBANGkan Islam/umatnya), dimulai oleh Rothschild - lihat di http://www.savethemales.ca/091202.html, Zionists Betrayed Non-Z Jews to Holocaust, March 22, 2013:

Nazism, Zionism and Communism are Illuminati movements. In order to justify the state of Israel, Zionists collaborated with the Nazi and, despite the blood on their hands, continue to exploit the holocaust for their political benefit.


Rabbi Shonfeld calls the Zionists "war criminals" who usurped the leadership of the Jewish people, betrayed their trust, and after their annihilation, reaped the moral capital.

By Henry Makow Ph.D
(originally "Compulsory Suicide for Jews" from Dec. 2002)

…..Rabbi Moshe Shonfeld accuses the Zionists of collaborating in the Nazi slaughter of European Jewry directly and indirectly.
The charges are contained in his book, "Holocaust Victims Accuse" (1977) which is on line.

Rabbi Shonfeld calls the Zionists "war criminals"....says the Nazis chose Zionist activists to run the "Judenrats" and to be Jewish police or Kapos. "The Nazis found in these 'elders' what they hoped for, loyal and obedient servants who because of their lust for money and power, led the masses to their destruction." The Zionists were often intellectuals who were often "more cruel than the Nazis" and kept the trains' final destination a secret. In contrast to secular Zionists, Shonfeld says Orthodox Jewish Rabbis refused to collaborate and tended their beleaguered flocks to the end.

….None of the above is intended to absolve the Nazis of responsibility. However the holocaust could have been prevented or at least alleviated had the Zionist leadership behaved honorably.

WHAT IS ''ZIONISM''?

…..In 1891, Cecil Rhodes started a secret society called the "Round Table" dedicated to world hegemony for the shareholders of the Bank of England and their allies. These priggish aristocrats, including the Rothschilds, realized they must control the world to safeguard their monopoly on money creation as well as global resources. The same folks control the U.S. Federal Reserve and other major central banks.

….In 1897, the first Zionist Congress took place in Basel. In 1904, the founder of Zionism Theodore Herzl died at age 44 under suspicious circumstances. The movement was taken over by the Round Table. The purpose was to use it and Communism to advance their plan for world hegemony. During the same week in November 1917, the Bolshevik Revolution took place and the Balfour Declaration promised Palestine to the Jews.

The Round Table group planned three world wars to degrade, demoralize and destroy mankind, rendering it defenseless. The Third World War, now beginning, pitted the Zionists against the Muslims.

The purpose of Zionism is to help colonize the Middle East, subvert Islam, and control the oilfields. …..

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Bah. kedua:

Apa maknanya Illuminati ini - lihat di http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html, Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; dan http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone. Dlm. industri seni Barat, tamadun syaitan Illuminati ini juga diPUJA oleh kumpulan KAPIR Heavy Metal/mana-mana artis yg. berperangai-BUAS-mcm-haiwan, termasuk Madonna, Lady Gaga, Kei$ha; Rihanna, Beyonce, Miley Cyrus dsbnya – lihat http://www.altheadlines.com/famous-illuminati-members-13248490/, Famous Illuminati Members, By: David Veritas, May 14, 2013; dan http://www.altheadlines.com/top-10-illuminati-symbols-hidden-in-plain-sight-13249963/, Top 10 Illuminati Symbols Hidden In Plain Sight, By: David Veritas, July 23, 2013.

Illuminati ini juga disyaki diKETUAI pemimpin dan jutawan-jutawan paling berkuasa lain di Barat-Israel termasuk Soros, Adelson (yg. ingin bom dgn. nuklear ke atas Iran), Rockefeller, Rothschild, Bloomberg dsbnya, serta Obama/Bush-Cameron/Blair-Sarkozi/Hollande/Fabius-Merkel-Netanyahu-House of Windsor (Queen Elizabeth juga dikenali sbg. "Ratu Israel"), yang ingin menubuhkan SATU K'jaan Dunia Syaitan mutlak di bawah New World Order (NWO), berpusat di London, di mana tuhan mereka sebenarnya ialah Syaitan (lihat di http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/, The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012)., tapi bertopengkan agama Yahudi-Kristian Zionis.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

 
 
Blogger Templates