Di kala PR melaungkan kesejahteraan demi rakyat serta mengungkit-
ngungkit kemewahan dan perbelanjaan kerajaan pusat,keputusan kerajaan negeri
Selangor untuk menaikkan gaji Menteri Besar dan 56 ADUNnya,membuktikan
hipokrasi PR yang tiada tolok bandingnya.Kenaikan yang diperkatakan di sini bukanlah 5%-10% sepertimana kebiasaan di
syarikat-syarikat swasta,itupun boleh dikira tinggi. Apa yang mengejutkan ialah
kenaikan yang dinikmati oleh pemimpin Selangor adalah ratusan peratus iaitu : 106%
bagi Menteri Besar dan 231% bagi Exco,266% bagi Speaker,373% bagi Timbalan
Speaker dan 87% bagi ADUN.Kenaikan ini bermakna daripada 66.2% daripada RM1.85 billion dari Belanjawan Negeri
tahun hadapan,akan digunakan untuk menampung kos pengurusan sahaja manakala
baki 33.8% sahaja yang tinggal untuk pembangunan. Soalan yang paling tepat untuk apa yang berlaku ini ialah :
“Apa kejadahnya ???”
Mungkin ramai terlepas pandang bahawa Selangor baru sahaja menaikkan elaun
ADUN dua tahun lepas sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan Tambahan
pada 12 April 2011.Kenaikan pada waktu itu melibatkan RM1.27 juta.Apa yang berlaku menunjukkan pemimpin PR Selangor langsung tidak sensitif dengan
keluhan rakyat mengenai harga barang yang meningkat dan juga pengurangan subsidi
yang terpaksa dilalui.Sebaliknya,pemimpin PR terlebih dahulu memastikan yang
hidup mereka tidak terjejas malah bertambah senang sebelum memikirkan mengenai
rakyat.Lebih menarik lagi,Punainasihat Kewangan Selangor,Anwar Ibrahim,nampaknya turut
mempersoalkan kenaikan ini.Malah,Anwar membuat kenyataan terbuka mengenai
rasa kurang senangnya dengan kenaikan yang begitu drastik dan ini bukan kali
pertama Anwar menegur Khalid.Hanya beberapa minggu lalu,Anwar mengkritik Khalid di hadapan orang ramai dalam
forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya
(MBPJ) di Petaling Jaya.
Beliau secara terus terang meminta Abdul Khalid agar
tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam
membelanjakannya dengan baik.Memandangkan kenyataan itu keluar dari mulut Anwar iaitu seorang politikus tegar,
kita mengambilnya sebagai mempunyai berbagai makna yang tersirat.Antara yang
dapat difahami dari kenyataannya ialah beliau sedang membuka laluan untuk Azmin Ali
menggantikan Khalid.saya pasti,Khalid juga cukup sedar akan hal ini.Justeru,tidak mustahil tindakan Khalid menaikkan gaji Exco dan ADUN adalah
salah satu langkah untuk menyelamatkan diri.beliau sedar yang beliau perlu meraih
sokongan dari mereka ini andainya terdapat usul tidak percaya terhadapnya sebagai
Menteri Besar. Seperti kelaziman politik PR,tiada umpan yang lebih baik untuk
mendapat sokongan selain dari ‘wang’.Walaubagaimanapun,tindakan Khalid mengundang pandangan sinis rakyat terhadap
kerajaan PR Selangor.
Sikap hipokrit dan tidak sensitif pemimpin PR kini terserlah
dengan sejelas-jelasnya.Apatah lagi apabila Khalid tidak dapat memberi penjelasan
yang rasional terhadap tindakannya itu.Dari cakap-cakap kedai kopi dan sembang-sembang laman sosial,saya dapat
mengesan perasaan tidak puas hati rakyat.Penyokong PR juga turut merasa gelisah
dengan apa yang berlaku,apatah lagi apabila Anwar sendiri turut menunjukkan rasa
tidak senang dengan apa yang berlaku.Walaupun Khalid mungkin mampu mengambil hati para Exco dan ADUN, tetapi Khalid
jelas tidak dapat mengambil hati rakyat.Nampaknya,Khalid telah memerangkap diri sendiri dengan meletakkan dirinya antara
rakyat dengan pemimpin Selangor.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment