Seperti yang telah dijangkakan sebelum ini,Pas akhirnya berjaya mengekalkan
penguasaannya mereka di Sungai Limau apabila menyaksikan calon parti itu berjaya
mengalahkan Barisan Nasional / Umno dalam pilihanraya kecil pada kali ini.BN meletakkan bekas pensyarah kanan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI),Dr.
Ahmad Sohaimi Lazim,52 sebagai calonnya menentang satu lawan satu dengan calon
Pas, Mohd. Azam Abdul Samat,37.Mengikut data rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada malam
tadi,calon Pas telah berjaya memperolehi 12, 069 undi berbanding calon BN sebanyak
10,985 dengan jumlah majoriti 1,084 dengan jumlah yang keluar mengundi sebanyak
85.5 peratus.Pada pilihanraya umum ke-13 (PRK-13) yang lalu,Pas berjaya memperolehi sebanyak
13,294 undi berbanding calon BN 10,520 undi dengan majoriti 2,774 dengan jumlah
yang keluar mengundi sebanyak 89.44 peratus.Sebanyak 23,249 pengundi yang keluar untuk mengundi bermula pada pagi
tadi,27,222 pengundi akan menentukan calon daripada parti manakah yang
bakal 'ditabalkan' sebagai wakil rakyat baru kawasan itu berikutan kematian
penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kedah,Tan Sri Azizan Abdul Razak
pada 26 September lalu.Daripada jumlah pengundi tersebut, 25,323 pengundi atau 93.02 peratus terdiri
daripada kaum Melayu manakala Cina (1,842 atau 6.77 peratus) dan India (15 atau
0.06 peratus).
Pada PRK-13 lalu,Allahyarham Azizan menewaskan calon BN,Mohd.Fazillah Mohd.Ali
dan dua lagi calon Bebasn dengan majoriti 2,774 undi.Walaupun pada awalnya,Pas dijangka mendapat laluan mudah untuk mengekalkan
kerusi tersebut memandangkan DUN Sungai Limau dikatakan kubu kuat parti itu,namun BN dikatakan berjaya menembusi kubu itu khususnya melalui jentera dan gerak
kerja yang dilakukan oleh Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO.Malah melalui keputusan tersebut juga menyaksikan bagaimana beberapa kubu kuat
parti itu seperti Bukit Choras,Bukit Besar,Sungai Dedap,Kabu Sepuloh,Sungai Limau dan Sedaka berjaya ditembusi oleh BN.Ia secara tidak langsung membuktikan wujud
penolakan di kalangan ahli dan penyokong parti itu yang pernah mengundi Allahyarham
Azizan.Malah menurut laporan yang diterima,rata-rata masyarakat di Kedah menyedari akan
wujudnya perancangan jahat untuk menyingkirkan Allahyarham Azizan yang dikatakan
begitu mesra dengan pemimpin dan orang Umno.Ia sekali gus menimbulkan rasa
kurang senang di kalangan penyokong Phahrolrazi dan Mahfuz Omar.Kesimpulannya penyusutan undi Pas adalah berpunca dari masalah dalaman parti itu
yang saling ingin menjatuhkan antara satu sama lain.Umno seharusnya menjadikan ia
satu pengajaran sekali gus memperbaiki segala kelemahan yang telah dilakukan.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment