Social Icons

Pages

Thursday, November 28, 2013

HOT NEWS !!! #MUKTAMARPAS59 !!! AKHIRNYA HADI AWANG SETUJU MUZAKARAH DENGAN UMNO !!!


Ramai yang seakan tidak percaya dengan kenyataan,Presiden Pas,Abdul Hadi Awang yang bersetuju untuk bermuzakarah dengan Umno.Ini kerana,umum mengetahui bagaimana sikap bekas Menteri Besar Terengganu itu yang begitu sinikal dengan Umno tiap kali timbulnya idea untuk bermuzakarah.Hadi ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar parti sebelum ini berkata,Pas sedia bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.Menurut Hadi kesediaan Pas itu dizahirkan daripada kepakaran pemimpin parti tersebut yang menguasai pelbagai bidang profesional seperti undang-undang,ekonomi dan penguatkuasaan. “Pas bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan Islam.Media,siarkanlah perkara ini.InsyaAllah ulama-ulama kita akan turun.Kita ramai ahli-ahli (pelbagai bidang), dia (UMNO) hendak yang tua pun ada, muda pun ada.” (Marilah) Kita bersatu atas Islam, satu bahtera, kiblat kita satu, tidak banyak kiblat kita, kiblat kita kiblat Islam dalam masyarakat majmuk,” katanya. 

Manakala Presiden Umno,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,UMNO bersikap terbuka berhubung hasrat Pas bermuzakarah dengan parti itu mengenai isu-isu berkaitan umat Islam.Walau bagaimanapun,beliau menegaskan,UMNO perlu meminta penjelasan lanjut daripada Pas berhubung skop muzakarah yang mahu dilaksanakan. “Saya akan berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yaakob) tidak lama lagi sebab beliau sudah minta untuk berjumpa saya mengenai perkara ini (muzakarah),” katanya.Ramai pemerhati politik,melihat idea ini ditimbulkan kembali ekoran dari keputusan pemilihan Muktamar Pas yang diadakan sebelum ini.Keputusan pemilihan itu menyaksikan kumpulan ulama hanya mampu mengisi 9 tempat daripada 18 Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat. Malah kemenangan besar kumpulan Liberal yang mengalahkan calon-calon kumpulan Ulama Pas itu dilihat bakal menyukarkan parti itu untuk terus relevan di hati masyarakat Melayu dan Islam di masa akan datang.Di tambah pula dengan desakan dan tekanan parti ‘Ultra Kiasu’ DAP dan PKR yang dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini terutama yang melibatkan isu-isu yang berkaitan agama Islam. 

Tambah membimbangkan mereka,apabila ada di kalangan pemimpin Pas yang dilihat bersetuju dengan desakan dan tekanan yang diberikan itu.Sehinggakan ada yang merasakan,Pas tidak lebih hanya merupakan kuda tunggangan DAP untuk terus melebarkan kuasa politik perkauman mereka di samping merealisasikan impian Anwar untuk bergelar Perdana Menteri.Semua ini dilihat akan menjadi punca undi masyarakat Islam dan Melayu semakin mengecil kepada parti yang menggunakan nama Islam itu.Sebagai contoh,analisa PRU13 yang dijalankan jelas membuktikan,undi orang Islam dan Melayu terhadap Pas semakin merosot.Selain gagal mempertahankan Kedah,Pas hanya mampu peroleh 21 kerusi Parlimen serta hilang lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, iaitu daripada 37 kerusi kepada 32 kerusi DUN.Malah beberapa pemimpin tertinggi parti itu juga tewas kepada BN termasuk Timbalan Presidennya Mohamed Sabu di Kedah,Naib Presiden Salahuddin Ayub di Johor dan seorang lagi Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya. PRU13 juga menyaksikan Pas kalah 52 kerusi daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya dengan memperoleh 21 kerusi Parlimen. Ia sekali gus memperlihatkan kemerosotan parti itu berbanding pada 2008 apabila Pas hanya kalah di 43 kerusi daripada 66 kerusi Parlimen yang ditandinginya dan memperoleh 23 kerusi. 

Terbaru,ketika PRK Sungai Limau walaupun berjaya mengekalkan penguasaan, namun kemerosotan majoriti jelas ketara apabila calon Pas,hanya mampu memperoleh majoriti sebanyak 1,084.Calon parti itu Mohd. Azam Abd. Samat mendapat 12,069 undi manakala calon BN,Dr. Ahmad Sohaimi Lazim memperoleh undi 10,985.Jumlah undi majoriti yang diperolehi Pas dilihat merosot jika dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN Pas Sungai Limau,Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Aziz berjumlah 2,774 undi.Pada pilihan raya itu,Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.Kesimpulannya idea muzakarah ini kembali dilaungkan,hanya apabila Pas merasakan ia bakal menyebabkan parti itu semakin tidak relevan. Ini kerana pada tahun lalu, Hadi dengan sombong dan bongkak telah menolak perlawanan untuk bermuzakarah dengan Umno sebaliknya memilih untuk berbincang dengan NGO.Apa pun diharapkan agar Pas benar-benar ikhlas ingin mencari titik tengah bagi memartabatkan Islam di negara ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates