saya melihat Karpal Singh mempunyai satu tugas khas di dalam DAP iaitu ‘mencari gaduh’ dengan PAS.Tugas ini mudah iaitu beliau hanya perlu membuat kenyataan kontroversi yang menyentuh sensitiviti umat Islam bagi memberi peluang PAS untuk menempelaknya sekadar untuk menunjukkan yang parti itu memperjuangkan Islam.‘Pergaduhan’ ini pula akan diperbesar-besarkan dan berlarutan bagi mengambil ruang di dada akhbar sehingga isu-isu lain yang lebih besar dilupakan.Kali ini,Karpal Singh memilih untuk mengacah PAS mengenai nama parti itu dan hakikat bahawa parti itu adalah parti Melayu-Islam.Menurut Karpal,parti berasaskan agama dan kaum adalah merbahaya dan tidak patut wujud di negara ini yang bermasyarakat majmuk.'Bahaya’ di sini adalah merujuk kepada ekstremisme dan potensi untuk mencetuskan ketegangan agama dan kaum.
Karpal mungkin lupa bahawa parti DAP lah yang bertanggungjawab mencetuskan tragedi berdarah iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 walaupun parti itu mendabik dada sebagai parti berbagai kaum.Karpal nampaknya hanya ingin menguji air sungai PAS yang tenang.Hasilnya,air itu hanya berkocak sedikit sahaja kerana tiada pun buaya di dalamnya.Sebagai respon,PAS hanya merungut dan mengecam kenyataan Karpal dan kemudian duduk kembali mengira-ngira langkah ke ‘syurga’.Sebaliknya,UMNO yang turut terasa apabila parti ‘kaum’ dibangkitkan,telah menyerang balas Karpal dengan persoalan mengenai kewujudan ‘sekolah perkauman’ yang diperjuangkan DAP.Seperti yang pembaca Badut Rakyat tahu, adalah pantang sekali bagi DAP apabila sekolah vernakular disentuh.Jelas,serangan balas dari UMNO itu telah gagal dijangka oleh Karpa dan beliau kini membisu seribu bahasa.Bagi menyelamatkan Sekolah Vernakular dari menjadi sasaran,Lim Kit Siang pantas tampil menafikan kenyataan Karpal.Katanya,media tersalah lapor,media sengaja memutarbelit dan media menipu kerana Karpal tidak pernah berkata demikian.Penafian ini turut disiarkan oleh Kit Siang di dalam blognya sebagai kenyataan rasmi.Hairan sekali,ke mana kah Karpal pergi ??? Kenapa beliau tidak boleh menafi sendiri ?? Kenapa orang lain yang perlul menafi bagi pihaknya ??? Benarkah kenyataan beliau diputarbelitkan ???
Atau hanya Kit Siang yang memberikan alasan demikian ???
DAP nampaknya telah tersilap strategi apabila cuba memprovokasi PAS dan UMNO sekali gus.PAS mungkin berjaya diacah,tetapi UMNO tidak sebodoh itu untuk membiarkan DAP bercakap semahu-mahunya sesuka hati.Negara ini ada undang-undang dan perlembagaan dan undang-undang dan perlembagaan itu telah terbukti baik dan tepat dalam menjamin kesejahteraan kita semua.Keberkesanan undang-undang dan perlembagaan itu terletak di atas sikap toleransi yang tinggi di kalangan rakyat negara ini terutama kaum bumiputera.Kaum bumiputera telah memberi kaum minoriti hak untuk membuka sekolah perkauman, maka sebagai balasan kaum minoriti wajib menerima kewujudan parti perkauman. Kita juga memberi kaum minoriti hak untuk mengamalkan agama masing-masing dengan kemudahan dan pembangunan yang perlu, maka kaum minoriti wajib menerima kewujudan parti keagamaan.Negara ini berdiri atas sikap memberi dan menerima bukannya dengan sikap ingin membolot segala-galanya.Justeru,Karpal perlu faham akan hal ini sebelum membuka mulut.
Tidak hairanlah, Kit Siang cepat-cepat menutup mulut Karpal kerana bimbang sekiranya DAP ditekan sehingga terpaksa menjawab isu Sekolah Vernakular yang mana mereka tidak mempunyai alasan yang kuat untuk terus memperjuangkannya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment