Social Icons

Pages

Saturday, December 07, 2013

BONGKAR !!! ISU PULAU BATU PUTEH !!! TUDUHAN PEMBANGKANG MELAMPAUI BATAS !!!


Tuduhan pihak pembangkang melalui kenyataan media Edy Noor Reduan,Pengarah Propaganda,Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bahawa Pulau Batu Puteh tergadai kerana rasuah wajar diberi perhatian serius.Memandangkan Edy bercakap atas kapasiti Pengarah Propaganda,maka kenyataan beliau dengan sendirinya bolehlah dianggap sebagai propaganda iaitu tidak semestinya benar dan hanya dibuat bagi menimbulkan kekecohan.Kenyataan beliau adalah bersandarkan sebuah Akuan Bersumpah oleh Bekas Ketua Siasatan Jenayah PDRM,Mat Zain Ibrahim.Menurut Akuan Bersumpah tersebut,Mat Zain menyatakan bahawa Peguam Negara,Tan Sri Abd. Gani Patail telah dengan sengaja menyebabkan kekalahan kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura ketika prosiding Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).  

Kononnya,ia berlaku atas perlakuan rasuah melalui pemindahan wang dalam jumlah yang besar ke Hong Kong sejurus selepas Malaysia kalah dalam tuntutan Pulau Batu Puteh.Apa yang Edy tidak tahu ialah keputusan yang dibuat oleh ICJ adalah bersifat menang- menang iaitu Malaysia telah mendapat Batu Tengah sementara Singapura mendapat Batu Puteh.Oleh itu,tidak logik sama sekali bagi sesiapa untuk menerima atau memberi rasuah dalam kes di mana kedua-dua pihak telah menang.Duta Malaysia ke Netherlands pada ketika kes berlangsung,iaitu Datuk Noor Farida Ariffin turut terkejut dengan dakwaan rasuah yang dibuat oleh pihak pembangkang dan menganggapnya sebagai tuduhan liar yang langsung tidak berasas dan dibuat oleh pihak yang tidak punya apa-apa pengetahuan mengenai kes tersebut. Beliau menyifatkan tuduhan Mohd Zain bahawa Malaysia telah menghantar gambar pulau yang salah sebagai antara faktor yang menyebabkan kekalahan tuntutan tersebut di mahkamah.   

Malah,Noor Farida juga menjelaskan bahawa Abdul Gani bukanlah pihak yang mengetuai kes itu di ICJ tetapi Tan Sri Abd. Kadir Mohamad,atas kapasiti Wisma Putra.Pasukan yang terlibat adalah terdiri dari semua jabatan kerajaan yang terlibat termasuk sekumpulan peguam dari luar negara selain Peguam Negara sendiri.Segala keputusan yang dibuat adalah secara berkumpulan dan hujah-hujah yang dikemukakan juga telah terlebih dahulu dipersetujui oleh semua.Justeru,tiada ruang bagi Abd. Gani atau sesiapa sahaja untuk terlibat di dalam rasuah dalam kes ini.Nampaknya,Edy dan Mohd Zain sendiri telah melampaui batas dalam berpropaganda.Fitnah seperti ini adalah keterlaluan,sekali gus membuktikan betapa SAMM tidak punya kredibiliti ataupun integriti dalam perjuangan.Mungkin Datuk Abd. Gani wajar ‘mengajar’ anak-anak muda ini agar lebih bertanggungjawab dalam membuat kenyataan di masa depan. Jika tidak,pastinya ada rakyat yang akan terpedaya dengan fitnah mereka yang keterlaluan itu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Labu8455 said...

"keputusan yang dibuat oleh ICJ adalah bersifat menang- menang iaitu Malaysia telah mendapat Batu Tengah sementara Singapura mendapat Batu Puteh" Ini lah statement paling lawak dan paling bodoh dalam kes Pulau Batu Puteh. Malaysia menang dapat "longgokan ketul batu".
Kes Pulau Batu Puteh pada hakikatnya Malaysia KALAH dan tidak ada "win win situation" seperti yang digembur gemburkan oleh team Malaysia sebagai penyedap lepas kalah. Kita bukan nak menuduh tapi dengan keadaan politikal kat Malaysia ni apatah lagi semasa pemerintahan "Dolah Tdo" segalanya ada kemungkinan dan boleh berlaku seperti yang dituduh. Rugi ke kalau dibuat siasatan lanjut ? Rakyat pun ingin tahu akan kebenaran nya atau mungkin "SD" yang dibuat tu pun ada muslihat tertentu - apa pun siasat dulu.

Anonymous said...

kalau di siasat dan akhirnya keluar kebenaran seperti yang penulis blog katakan adakah pembangang macam ko labu nak terima dengan hati terbuka??? Sebelum ini banyak kes yang dibuat secara terbuka pun bukannya keputusan kes itu diterima dengan elok, malah kata kerajaan beri arahan pada mereka yang menyiasat supaya hilangkan bukti dan sebagainya. Antara contohnya, kes Teoh Beng Hock bunuh diri, kes pegawai kastam terjun bangunan SPRM, kes budak 15 tahun bawak kereta secara haram mati terkena tembakan polis, kes Lynas dan sebagainya.

Banyak sangat la korang punye cenkadak nak suruh disiasat, tapi bila dapat keputusan tak memihak kepada kenyataan pelapor khasnya dari pembangang, korang kata tak adil pulak.....

Anonymous said...

Rasuah hakim ICJ? Rasuah Gani Patail? HAHAHAHAHA tunjuk la cerdik skit be.... Artikel yg gua bace kat atas jelas. Satu pasukan wisma putra dgn satu pasukan peguam campuran termasuk AG telah dihantar mewakili M'sia. Maknanya bukan dia seorang. Bukan Gani Patail sorang. Tuduhan ni setaraf tuduhan 40,000 bangla yg sememangnya tak betul atau MENIPU. Itu je level korang?

Anonymous said...

Huhuhuh..12.06.. X admin ..msti msewaktu dgnnya macai hins najisb.. Gabi patail tu lg jahat nk mampos...mampos je x tak nak.. Gua sokong dgn anon labu8455 bila org bg fakta.. Macai hina najisb mmg x leh terima.. Tp cuba klu menfitnah.. Itulah mkanan macai.. Klu kt x betul pg la saman..mcmana yg pemimpin pakatan selalu saman utusan meloya.. Menang plk tu pmimpin pkatan... Amacam ada berani...

 
 
Blogger Templates