Laporan Global Financial Integrity iaitu sebuah NGO luar negara mengenai aliran keluar wang secara haram dari negara ini yang tinggi adalah tidak tepat kerana laporan tersebut telah mengambilkira eksport semula melalui Hong Kong yang tidak dimasukkan di dalam anggaran.Bank Negara menjelaskan bahawa eksport semula ke Hong Kong adalah terlalu kecil dan dikira tidak signifikan berbanding eksport semula melalui Singapura yang tiga kali ganda jumlahnya.Malah,sekiranya eksport semula melalui Singapura diambilkira,maka peratusan kedudukan manipulasi penetapan harga akan berkurangan sehingga 70%.Sekiranya eksport semula diperincikan,maka apa yang dicatatkan sebagai aliran wang keluar haram adalah sebenarnya pindahan perolehan yang tidak direkodkan secara rasmi.
Bagaimanapun,penjelasan Bank Negara Malaysia ini hanya ‘dipersetankan’ oleh pihak pembangkang di Malaysia yang lebih gemar menggembar-gemburkan apa saja yang mampu memburukkan imej kerajaan. Pembangkang pantas mempolitikkan isu ini bagi menampakkan ketidaktelusan kerajaan.Seharusnya perkara ini tidak dipolitikkan kerana Bank Negara bukanlah satu rangkaian politik bagi mana-mana parti.Bank Negara turut menjelaskan bahawa pengumpulan perangkaan kesilapan dan ketinggalan (E&O) dalam imbangan pembayaran (BoP) cenderung berlaku bagi negara yang mencatatkan jumlah perdagangan barangan dan perkhidmatan pada 162% daripada KDNK seperti Malaysia.Bagaimanapun,apa yang kita perlu faham ialah tidak keseluruhan anggaran E&O adalah disebabkan oleh aktiviti haram.Malaysia selama ini sentiasa konsisten dalam memenuhi semua piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.Malah,E&O dan BoP negara terletak pada 2% dari jumlah dagangan iaitu jauh lebih rendah berbanding tanda aras 5% yang ditetapkan oleh IMF.
Penjelasan ini membuktikan bahawa Bank Negara bertindak professional serta jujur dalam menjelaskan laporan GFI.Jelas dalam hal ini,GFI hanya melaporkan berdasarkan angka tanpa mengambilkira penjelasan terperinci bagi setiap transaksi.Namun,ia bukan bermakna bahawa isu ini adalah isu politik,sebaliknya hanyalah satu laporan dalam proses biasa pengurusan ekonomi negara.Justeru,ada baiknya jika pembangkang mencari isu yang lebih konkrit dan matang untuk diketengahkan.Tidak perlulah bermain atas isu yang bukan pun satu isu.Apatah lagi isu yang tidak benar dan yang memberi gambaran buruk terhadap negara.Jadilah pembangkang yang mampu membawa kebaikan dan bukannya pembangkang yang hanya ingin melihat kemusnahan.Jadilah pembangkang yang setia pada negara.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment