Seperti ada yang tidak kena,apabila portal dan blog pembangkang begitu kecoh
mempromosikan satu himpunan yang akan diadakan menjelang tahun baru ini.Tidak
ketinggalan para pencacai mereka turut menyebarkan poster,risalah dan semua yang
berkaitan dengan himpunan yang bakal diadakan itu.Yang menghairankan ialah,mengapakah malam menjelang tahun baru dipilih sebagai
tarikh untuk mengadakan himpunan tersebut ??? Pelik bukan ??? Namun apabila diteliti ia mungkin ada kaitan dengan beberapa program himpunan yang
tidak mendapat sambutan sebelum ini.Sekiranya kita imbau kembali,sejurus selepas
pakatan pembangkang GAGAL merampas tampuk pemerintahan negara melalui proses
pilihan raya umum ke-13 lalu,beberapa siri himpunan dan demonstrasi jalanan telah
diadakan.Malangnya boleh dikatakan hampir kesemuanya GAGAL mendapatkan sambutan
seperti yang diharapkan.Sebagai contoh,demonstrasi jalanan #Black505 yang
diadakan kononnya untuk membantah keputusan pilihan raya itu hanya mampu
mengumpulkan sekitar 10 ribu sahaja berbanding beberapa siri demonstrasi yang
diadakan sebelum ini.
Paling menarik,portal-portal yang menjadi lidah rasmi pembangkang juga GAGAL
memberikan angka sebenar jumlah orang ramai yang hadir pada himpunan tersebut.
Malaysiakini sebagai contoh mengatakan kehadiran adalah sekitar 20 ribu orang,manakala Harakahdaily melaporkan seramai 55 ribu dan diikuti dengan Keadilandaily
yang menganggarkan kehadiran sekitar 30 ribu orang.Ketidakseragaman dalam menetapkan angka sebenar atau setidak-tidaknya yang
paling hampir itu membuktikan bahawa mereka sendiri seakan tidak percaya dengan
jumlah kehadiran pada program tersebut.Tidak lama selepas,mereka turut menganjurkan himpunan yang kononnya mewakili
suara anak muda,untuk berhimpun di hadapan bangunan Parlimen bagi membantah
upacara angkat sumpah yang akan dijalankan. Namun rata-rata di kalangan seakan terpedaya dengan sandiwara pembangkang,apabila dimaklumkan bahawa Anwar turut mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan
Rakyat,walaupun sebelum ini
Ketua Pembangkang itu adalah merupakan dalang
utama yang menghasut rakyat agar menolak sistem demokrasi yang diadakan.Pada satu ketika,dia meminta agar sistem demokrasi itu ditolak,namun dalam masa
yang sama dia tetap mengangkat sumpah.Paling menarik, sejurus selepas upacara
itu, kumpulan anak muda yang berkumpul di hadapan parlimen itu dikejutkan dengan
penyebaran gambar yang memaparkan Anwar sedang tertawa riang ketika menghadiri
majlis minum pagi bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.Mungkin disebabkan rasa tertipu dengan sandiwara Anwar,mereka yang berhimpun
akhirnya mula bersurai seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa.Terbaru,pakatan pembangkang mengadakan satu lagi himpunan kononnya bagi
membantah kenaikan cukai taksiran yang diadakan di padang dataran Dewan Bandar
raya Kuala Lumpur,Jalan Raja Laut.Malangnya,program yang diadakan itu sekali lagi
GAGAL mendapat sambutan.Pihak media melaporkan hanya sekitar 400 orang sahaja yang hadir bagi menyokong
isu yang dibawakan itu.Walaupun sebelum ini,pihak penganjur begitu bersungguh-
sungguh mempromosikan program tersebut dengan tujuan menarik minat dan
sokongan rakyat khususnya penduduk dan warga ibu kota.
Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, mengapakah malam tahun baru menjadi
pilihan untuk mengadakan demonstrasi ??? Jawapannya mudah,pakatan pembangkang
nampaknya telah mula belajar dari kesilapan.Mereka memilih malam tahun baru kerana,pada ketika itu ramai di kalangan warga
kota khususnya anak-anak muda akan hadir bagi meraikan sambutan ambang tahun
baru.Secara kebiasaannya mereka akan hadir beramai-ramai bagi menyaksikan
program-program yang telah diaturkan seperti persembahan muzik,beramai-
ramai mengira detik berakhirnya tahun 2013 dan disusuli dengan acara kemuncak
persembahan bunga api.Dalam erti kata lain,sekiranya demonstrasi yang bakal diadakan itu GAGAL mendapat
sambutan,namun kehadiran ribuan masyarakat yang ingin meraikan sambutan tahun
baru dapat digunakan bagi menipu jumlah angka kehadiran.Ini kerana,mereka sedar semakin hari rakyat sudah mula muak dan bosan dengan
pelbagai isu retorik dan sandiwara yang sering dimainkan sebelum ini.Malah mereka
juga sudah mula menyedari perjuangan yang sering dilaungkan oleh Anwar bukanlah
untuk membela nasib rakyat,namun hanya untuk memastikan impiannya bergelar
Perdana Menteri tercapai.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
4 comments:
tangkap saja dalang dalang ni, kenapa nak susahkan rakyat, kepala dalang patut di penggal kepala, menyusahkan org ramai, harap kalau ada undang islam nanti hokum pengkhianat ini dengan sebenar benar hukuman... biar dia tahu.
Aku sokong demo tu dibuat pada malam tahun baru tapi lebih elok dan sesuai dibuat kat dalam Pulau Pinang.
Sebagai anak jati Pulau Pinang teringin jugak nak tengok orang luar datang beramai ramai berdemo anti kerajaan pada malam tahun baru nanti. Tentu laris business nasi kandar dan bah kut teh kat Penang nanti. Ini revenue untuk state Government - Guan Eng mesti sokong punya.
Biasanya macai umporno perangai....x nk berlebih kurang.. Suka tnjuk lagak.. Tamak.. Bodoh dan hodoh...kaki fitnah.. Penjilat..rasuah Macai2 umporno ni ikut apa je sokong je prti be end buat.. Walau berkali2 ditipu .. Smpai jd bodoh mengalahkan lembu.. Pakatan Rakyat dh twr kan.. Pendidikan hingga ke universiti percuma x nk.. Toll dihapuskan x nk.. Turun harga kereta x nak.. Minyak turun pun x nak. .. Skrg apa jd.. Dgn tarif elektrik naik.. Minyak naik.. Gula naik.. Gst.. Dll lain2 yg bangang akan terjadi.. Apalah punya bodoh bangsat pengundi be end.. X boleh nak cakap... Aku x halal kan setiap sen duit yg aku keluar utk apa yg disebabkan kebodohan dan kebangsatan... Bodoh tahap pencacai najisb pn x layak.. Jenis manusia bangsat macai umno ni..
Jgn terpedaya dgn tohmahan dan fitnah2 pembangkang yg merosakkan pemikiran kita. Guna akal fikiran yg waras dan jgn beremosi. Selalu kita dengar pembangkang kata kerajaan zalim dan kejam dgn menaikkn harga brg2, cukai dsbnya. Tp.. adakah mereka kata mereka akan turunkan harga brg2, cukai dsbnya kalau seandainya memerintah nanti?? Ada depa kata kah??.. Fikir dulu! Ini lah yg anda semua perlu kaji dr setiap kata2 pembangkang.. Tq umno. anda dh bg keamanan, ketenangan dan keselamatan kpd kami rakyat malaysia.. Amin..
Post a Comment