Tindakan kerajaan menggantung ‘The Heat’ iaitu media berbahasa Inggeris yang khabarnya berdaftar sebagai majalah tetapi telah melanggar undang-undang dengan menerbitkan
akhbar, mendapat reaksi ‘luarbiasa’ di kalangan segolongan masyarakat Malaysia,umumnya penyokong pembangkang,khasnya masyarakat Cina.The Heat bukanlah sebuah akhbar popular malah ramai yang tidak pernah mendengar
mengenainya sebelum ini.Namun, penggantungannya dijadikan isu besar oleh golongan
ini hanya kerana antara percetakan terakhir akhbar tersebut merupakan kritikan terhadap
isteri Perdana Menteri.Jelas,yang ingin dijadikan isu di sini bukan soal penggantungan The Heat tetapi soal apa
yang dicetak oleh akhbar itu.Tujuan mereka dengan terus memperkatakan mengenai
penggantungan The Heat ialah agar dapat memburukkan Perdana Menteri serta kerajaan
Malaysia secara lebih ‘meluas’.Sebenarnya,kebebasan media di Malaysia bukanlah satu perkara yang perlu
diperdebatkan.Kewujudan akhbar-akhbar fitnah dan sampah atas nama ‘pembangkang’ yang bersepah
dijual sudah cukup untuk membuktikan bahawa Malaysia mengamalkan kebebasan
media sewajarnya.Malah,tidak salah jika dikatakan bahawa media Malaysia telah
dibiarkan ‘terlalu bebas’ sehingga berani menyebarkan hasutan dengan sewenang-
wenangnya terutamanya melalui akhbar berbahasa Cina.Lebih dari itu,Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memberi kebebasan kepada
akhbar Cina untuk duduk sama taraf dengan akhbar perdana.walaupun saya di luar negara,saya tahu semua ni.
Selama ini juga,akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga akhbar milik pembangkang adalah
bebas untuk menyindir,mengkritik,mengecam atau mengutuk Perdana Menteri Malaysia
dan juga kerajaan sama ada secara halus,lantang,tersurat mahupun tersirat tanpa diambil
apa-apa tindakan.Tidak cukup dengan tulisan,pihak yang sama juga menjadikan kutukan terhadap Perdana
Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai makanan harian,perisian rohani dan jasmani di
mana-mana saja sama ada di dalam atau di luar negeri.Jika kerajaan tidak pernah peduli dengan mereka ini,maka kenapa pula kerajaan perlu
merasa ‘panas’ dengan The Heat seperti yang dicanangkan pembangkang ??? Logiknya,jika mereka yang menyebarkan fitnah Altantuya atau cincin berjuta milik Datin
Seri Rosmah masih terus hidup,bebas dan merdeka,maka kenapa pula The Heat harus
digantung hanya kerana mengkritik personaliti yang sama ???
Hakikatnya,The Heat bukan digantung kerana apa yang dicetaknya tetapi kerana
melanggar undang-undang.Walaupun begitu,saya bersetuju jika kerajaan bertegas
menghukum media yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan hasutan sesuka
hati.Mungkin dalam soal ini,kerajaan perlu mencontohi pembangkang yang sering
membelakangkan hak kebebasan media sekiranya media itu melaporkan sebarang
keburukan parti mereka.Bukan rakyat Malaysia tidak biasa dengan seruan boikot
Utusan Malaysia atau TV3 oleh pembangkang.Kita juga biasa melihat pembangkang
membuat ‘demo’ membakar akhbar yang ‘dimusuhi’ mereka.Pembangkang sering mengugut untuk menyaman mana-mana media yang melaporkan
keburukan mereka.Jangankan melaporkan keburukan pembangkang,bertanyakan soalan juga tidak
dibenarkan.
Itulah yang berlaku apabila Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim,berhadapan
dengan wartawan di mana beliau mengugut untuk menyaman wartawan sekiranya mereka
mengulangi soalan yang tidak mampu dijawabnya.Pembangkang telah biasa menyeru penyokong mereka agar jangan membaca akhbar
yang bukan merupakan pro kepada perjuangan mereka sedangkan kerajaan tidak pernah
menghalang rakyat untuk membaca apa saja.Justeru,melihat dari cara pembangkang menangani isu The Heat membuat kita semakin
muak dengan parti itu.Hipokrasi pembangkang nampaknya tiada batasan.kepada pembaca Badut Rakyat dari pembangkang,saya nak pesan sikit.sekiranya ingin berpolitik pun,janganlah melanggar undang-
undang.cuba anda bayangkan pembangkang sebagai pemerintah,menyokong dan melakukan perkara yang melanggar undang-undang.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
ikutlah saperti negara2 jiran bertindaklah terhadap manusia2 ini diMaysia.janganlah terlalu berlembut terhadap mereka.Kami yang sebenarya telah muak dan jelak dengan kebebasan mereka tanpa sebarang tindakan.....
Pernah dengar "nip it in the bud?" Tindakan pihak yang berkaitan menggantung penerbitan akhbar itu. memang tepat sekali. Saya sokong 100%.
Hatta di dalam menjalani kehidupan seharian pun kita dihidangkan dengan berbagai salah laku (terutama cinabeng) yang tak mahu mengikut aturan (ada orang kata cinabeng ni baru turun dari bukit).
Tindakan mereka ada kalanya menyakitkan hati (bayangkan kita beratur lama, dia masuk potong barisan kerana hendak dapat dulu. Sungguh ultra-kiasu. Tetapi mereka buat muka sadin saja. Konon dia tak faham budaya ni kerana baru turun dari bukit).
Dan di masa yang lain pula tindak-tanduk ultra-kiasu mereka boleh mendatangkan kemudaratan. Contoh: masih menggerakkan kereta mereka walaupun sah dan jelas lampu trafik sudah menyala merah.
Sebagai individu yang ada hanya gigi dengan lidah (yang tua-tua hanya tinggal lidah sahaja) apa yang kita rakyat marhaen boleh buat? Malah saya berasa teranianya dengan tindakan mereka kerana memangsa saya di negara sendiri.
Alhamdulillah pihak berkuasa yang banyak gigi (melalui Akta Perundangan) dan gah pula dapat menjaga kepentingan kita yang patuh aturan semua. Alhamdulillah.
Alifmimyaro.
Post a Comment