Social Icons

Pages

Tuesday, December 31, 2013

HOT NEWS !!! LELAKI DI TAHAN SEBELUM PERHIMPUNAN HARAM BERMULA !!!


sebelum ini cerita pasal bom telah heboh.semalam semua nya terjd.lelaki di tahan di ampang kerana menghasilkan bom.Dari soal siasat suspek mengaku bom itu dihasilkan untuk tujuan membeli dadah.Jadi kita faham lah ada orang yang mengupah lelaki ini untuk hasilkan bom itu.Cantik pula 'timing',dah dekat 31 Disember ada pula perkara-perkara macam ni.saya tak nak menuduh sesiapa,tetapi sendiri fikir lah kemungkinan-kemungkinan yang ada.walau bagaimanapun,syabas kepada pihak polis kerana berjaya memberkas lelaki berkenaan.jom lihat artikel di bawah :

Polis menahan seorang lelaki bersama objek yang disyaki sebutir bom paip buatan sendiri jenis Jerangkap Letupan Rekaan (IED) di Taman Halaman,Ampang semalam.Objek berupa paip PVC yang diikat bersama sejumlah mercun botol dirampas daripada suspek semasa sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.25 pagi.Menurut sumber,polis masih menyiasat motif bom itu dihasilkan suspek berusia 51 tahun itu,termasuk kemungkinan digunakan untuk tujuan perhimpunan haram di Dataran Merdeka esok. 

"Kita masih siasat (tujuan) bom itu dibuat.Berdasarkan maklumat awal,suspek membuat bom itu di sebuah tokong yang menjadi tempat tinggalnya,sejak sebulan lalu," katanya.

Sumber berkata,hasil semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau dan satu rekod dikehendaki berkaitan dadah serta bekerja dalam satu sindiket ah long. 

"Suspek mengaku membawa bom itu bertujuan untuk membeli dadah. Justeru, kami juga sedang siasat kemungkinan dia menggunakannya sebagai senjata ketika urus niaga dadah atau untuk tujuan menuntut hutang," kata beliau. - 30/12/2013 

CAPTION : Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar menunjukkan bom buatan sendiri selepas polis menahan seorang suspek di Ampang, dipercayai bom ini akan diletupkan pada malam sambutan Tahun Baru dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pagi tadi.

Sumber Agendadaily



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates