Atas kegilaan orang yang bernama Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri,sanggup negara di bakar
hangus.Atas kemaruk seorang yang bernama Anwar Ibrahim,habis masa depan dan nasib bangsa sendiri
digadai.Anwar ketamakan kuasa seorang yang bernama Anwar Ibrahim,peduli apa berlaku kepada rakyat
asalkan cita dan impian kesampaian.Begitulah mungkin luahan rakyat Malaysia dan persepsi masyarakat dunia yang tidak percaya Anwar rela
menghimpunkan penyokong-penyokongnya untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih secara
proses yang penuh demokratik.Beliau dan rakan-rakan pembangkang dipilih sebagai ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri
melalui proses yang sama.Malangnya sistem yang sama beliau mengangkatnya sebagai menteri dan timbalan perdana menteri dan
kini sebagai ketua pemnbangkang kini menjadi musuhnya pula.Semua ini berpunca daripada satu faktor dan faktor ini sahaja dan tidak lain iaitu sebab gagal menjadi
perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.
Pilihan raya sudah pun tamat lebih tujuh bulan yang lalu tetapi Bersih 4 akan dianjurkan pula hari ini.Bukankah anggota parlimen pembangkang juga menganggotai jawatankuasa parlimen untuk
menambahbaik proses pilihan raya yang dituduh pincang oleh mereka ???
Tidakkah juga Suruhanjaya Pilihan Raya telah melaksanakan beberapa cadangan penambahbaikan pada
PRU lalu khususnya penggunaan dakwat kekal ???
Tidakkah juga selepas PRU SPR sedang mengkaji secara serius untuk melakasanakan cadangan
jawatankuasa yang sama berhubung pendaftaran pengundi secara otomatik bagi rakyat yang mencapai
umur 21 tahun ???
Mengapa pula perlu di adakah Bersih 4 tatkala SPR bersungguh-sungguh mengalas amanah yang diberi
untuk menjalankan proses pilihan raya di negara sebersih, seprofessional dan setelus mungkin ???
Bersih 4 menjadi pencetus kepada himpunan untuk menumbangkan kerajaan yang telah disebarluaskan
oleh pasukan siber pembangkang sejak beberapa minggu lalu.Adakah hanya kerana harga minyak petrol 20 sen,gula 34 sen kerajaan sudah dilihat di mata
pembangkang sudah hilang jasa besar membangun negara secara gigih sejak 60 tahun lalu ???
Adakah kadar baru lebuhraya baru setakat diwar-warkan sahaja dan belum ada keputusan muktamad
sudah mahu mengangkat senjata menentang kerajaan yang sah dipilih rakyat ???
Apa yang dilakukan oleh Anwar kali ini adalah kesilapan paling besarnya sepanjang beliau menerajui
pakatan pembangkang.Menteri Besar Kelantan dari Pas,Ahmad Yaakub secara jelas menolak untuk menyokong himpunan gila
yang dianjur oleh Anwar dan kuncu-kuncunya.Malah Ahmad meminta penyokong-penyokong Pas dari negeri itu tidak menyertai perhimpunan yang
tidak masuk akal itu.oleh kerana desakan dari PR juga ahmad tiba-tiba uturn kenyataan.apa pun,Sepatutnya penyokong pembangkang bertanya apa yang berlaku di Selangor yang ditadbir oleh mereka
sendiri.Isu kenaikan gaji menteri besar,exco dan Adun antara 200 hingga 337 persen langsung senyap tidak
dipersoalkan.Isu kenaikan lesen perniagaan yang melambung sampai 400 peratus juga tidak berani ditegur.air percuma 20 meter padu yang selayaknya dinikmati oleh rakyat miskin dan berpendapatan rendah di
negeri itu juga tidak dibela.Ratusan ribu yang tinggal di flet dan pangsapuri kos rendah dan sederhana masih menagih air percuma
yang dijanjikan kerajaan negeri.
Jadi kalau mana-mana kerajaan perlu dibubarkan,Selangorlah yang pertama mendahului langkah kerana
gagal menggotai janji kepada rakyat.Mengapa pula kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib menjadi sasaran pula bilamana beliau telah
dan sedang melakukan yang terbaik untuk rakyat.Selama di bawah kerajaan UMNO-Barisan Nasional adakah pernah rakyat mati atau hidup merana
disebabkan kebuluran ???
Malah yang sebaliknya berlaku pula,rakyat semakin sihat dan kadangkala terlebih makan.Begitu senario Malaysia selama ini aman,makmur,stabil,kaya,sejahtera,adil,hidup bermuafakat,saling hormat menghormati,tolong menolong dan gembira hidup dalam sebuah negara yang amat
dicemburui oleh dunia luar.Inilah yang hendak dihancurkan oleh Anwar supaya Malaysia musnah dimakan api kebencian kaum
dan agama,rakyat berpecah belah,ekonomi dan sektor kewangan negara merundum,sistem jaringan
keselamatan sosial ranap dan keamanan serta kedaulatan wilayah negara terancam dari dalam dan luar.Inilah yang diingini oleh Anwar kerana hanya jika Malaysia hancur lebur mungkin barulah ada peluang
beliau menjadi perdana menteri akhirnya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment