Social Icons

Pages

Tuesday, December 31, 2013

HOT NEWS !!! GAJI DAN ELAUN #ADUN NAIK 300 PERATUS !!! #RAKYAT DAPAT RM30 !!! KESIANNN !!!


pembaca Badut Rakyat dan rakyat pasti akan tergelak apabila mendengar laporan yang mengatakan kerajaan Selangor akan memberikan baucar bernilai RM30.00 kepada keluarga yang berpendapatan rendah di Selangor.Seperti kata wak Mustar di dalam filem ‘Pendekar Bujang Lapok’,ini betul-betul,bukan cobaan !!! Paling menarik,ia diakui sendiri oleh Exco Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor,Dr Halimah Ali yang mengatakan kerajaan negeri akan memberikan baucar bernilai RM30.00 itu bagi membolehkan keluarga itu membeli kasut sekolah untuk anak-anak mereka di gedung pakaian jenama Bata.Bukanlah niat untuk memperlekehkan jumlah pemberian tersebut,namun sebagai sebuah kerajaan yang sering melaungkan slogan ‘Hidup Rakyat’ dan sebagainya apakah berbaloi nilai yang diberikan itu.Tambah mengecewakan jumlah tersebut diberikan kepada keluarga dan bukannya mengikut jumlah anak yang bersekolah di dalam keluarga tersebut.Dalam erti kata lain,walaupun keluarga tersebut mempunyai 6 orang anak yang masih bersekolah mereka tetap akan diberikan baucar bernilai RM30.00 yang bersamaan RM5.00 untuk seorang anak. 

Persoalannya apakah yang dapat dibeli dengan jumlah tersebut ??? Tambah menghairankan ialah,media pembangkang sebelum ini melaporkan mengenai sumbangan yang diberikan oleh kerajaan Selangor bernilai RM 1,330,000.00 kepada Sekolah jenis Kebangsaan Cina.Bukanlah bermaksud untuk menimbulkan isu perkauman,namun angka sumbangan tersebut jelas memperlihatkan seolah-olah ada perbezaan dan dasar ‘pilih kasih’ yang diamalkan oleh kerajaan negeri.Malah rakyat Selangor pasti masih ingat mengenai usul yang dibawa oleh Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar untuk menaikkan gaji dan elaun semua Adun di Selangor.Sekiranya diteliti, mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).Antara hujah yang digunakan untuk mewajarkan kenaikan tersebut ialah,kononnya kerajaan Selangor mempunyai lebihan pendapatan hampir RM600 juta.Malah ekoran isu lebihan pendapatan itu juga,pentadbiran Khalid dikritik oleh Anwar Ibrahim kerana gagal menggunakannya seperti yang sepatutnya.   

Namun apa yang mengecewakan ialah, lebihan dana tersebut adalah merupakan sebahagian daripada peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang gagal dimanfaatkan oleh Khalid untuk memperbaiki jalan-jalan yang rosak teruk di Selangor.Mengikut data yang diperolehi,daripada 2008 sampai 2012 kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM1.75 bilion kepada kerajaan negeri Selangor, namun hanya RM1.1 biliion sahaja yang dibelanjakan.Ia bererti RM600 juta yang disimpan dalam rizab negeri itu bukan duit pendapatan kerajaan negeri tetapi duit kerajaan Persekutuan yang sepatutnya digunakan untuk perbaiki jalan,tetapi kerajaan negeri tidak gunakan, tapi digunakan untuk simpanan rizab.Hasil rizab simpanan tersebut pula,akhirnya bakal digunakan untuk membayar jumlah kenaikan yang bakal dinikmati oleh semua Adun Selangor.

Ini bermaksud rakyat terpaksa menanggung kerugian,kesusahan dan kesengsaraan akibat masalah jalan rosak dan berlubang di Selangor bagi menampung kenaikan elaun tersebut dan sekelumit daripada lebihan itu,sebanyak RM30.00 diperuntukkan kepada setiap KELUARGA yang kurang berkemampuan untuk membeli kasut sekolah anak-anak mereka. Inilah realiti yang harus dihadapi oleh rakyat khususnya pengundi di Selangor hasil kepercayaan yang diberikan kepada kerajaan PKR,DAP dan Pas.   

Hidup RAKYAT !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

16 comments:

PENDEKAR MELAYU said...

blog tuan saya dah link kan dan mohon link kan blog saya di blog tuan http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/

Anonymous said...

Admin badutrakyat ni mmg sial laknatullah.. Rakyat selangor pun bkn x dpt apa.. Dr 5thn PAKATAN RAKYAT memerintah SELANGORKU.. Tiap2 bln dpt subsidi air... Khairat kematian/skim usia emas.. TAWAS.. Shoping utk warga emas dan oku..hadiah utk anak2 SELANGOR yg berjaya dlm spm.. Pmr.. Stam.. Upsr upsra.. Bantuan rm 1.000 utk anak masuk je ipta.. yg x kan dpt dr 50thn krjaan Be End perintah SELANGORKU.. Kau blh bodohkan.. Bangsatkan macai dan pengundi Be End Siall.. Tp bkn penyokong PAKATAN RAKYAT.. Yb Be End di Selangor pun sokong kenaikan gaji mrk.. Si sial admin badutrakyat plk yg macam pukimak... Aku akan trus memanggil admin badutrakyat ni sial.. Supaya mudah2an sial akan trus melekat pd dia dan keturunan dia... Kerana suka menfitnah dan melaga3kan org.. Dasar manusia berhati busuk.. Nanah.. Jijik
. Bangsat.. Phuiii...

Anonymous said...

Hadiah Untuk Rakyat Selangor Dari Kerajaan Negeri Selangor
Berita paling gembira memasuki Tahun Baharu Hijriah apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah dimuktamadkan mengambil alih sepenuhnya empat syarikat konsesi bekalan air di negeri iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) yang merupakan anak syarikat Kumpulan Gamuda; dua anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd, iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS); serta Korsortium Abass Sdn Bhd.

Walaupun kos pampasan yang perlu dibayar kepada empat syarikat konsesi itu bernilai hamper RM10 billion namun disebabkan kepentingan rakyat yang semakin tertindas dengan krooni UMporNO dan KERAjaan BumNgok, kerajaan Selangor sanggup mengeluarkan wang demi rakyat.

Sebab apa???

Sebab wang rakyat perlulah dilihat sebagai wang rakyat bukan wang kepala bapak depa barua-barua dan krooni-krooni UMporNO BumNgok tu. Walau Nampak besar sampai berbilion-bilion namun untuk jangkamasa panjang akan menyenangkan seluruh warga Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya.

Inilah yang dinanti-nantikan oleh rakyat yang ingin melihat perubahan dalam cara pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Walaupun tidak dapat merampas Putrajaya lagi namun dengan kelicinan pengurusan negeri dan ketelusan dalam bekerja tidak mustahil rakyat akan memilih Pakatan Rakyat dalam PRU14 nanti. Lagipun analisis PRU13 yang lalu menunjukkan peratus yang mengundi Pakatan Rakyat ialah 51% berbanding UMporNO BumNgok cuma 47%. 

Jadilah Murujib PM yang tak popular untuk rakyat Malaysia menjadi PM 1Malaysia.

Anonymous said...

*Hadiah Anak Masuk Universiti dinaikkan kepada RM3,000

SUBANG JAYA 23 SEPT : Kerajaan Negeri akan menaikkan insentif Hadiah Anak Masuk Universiti dari RM1,000 kepada RM3,000 seorang mulai tahun depan, seiring dengan Belanjawan Selangor 2014.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan kewangan negeri yang kukuh membolehkan pemerkasaan program-program pro-rakyat seperti ini.

“Kita mampu meningkatkan insentif ini berikutan rezab negeri yang semakin bertambah sehingga mencecah hampir RM3 bilion,” katanya dalam majlis perasmian Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya.

Skim ini merupakan salah-satu daripada program pro-rakyat dibawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Hadiah ini diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, untuk memudahkan mereka melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Setakat ini, jumlah direkodkan mencatatkan lebih RM35.7 juta dibelanjakan dengan kira-kira 35,722 peserta mendapat manfaat dari program Hadiah Anak Masuk Universiti itu.

“Sambutan kepada program ini amat membanggakan dan ia ternyata membawa manfaat besar kepada rakyat Selangor,” tegas beliau.

SAYANGI SELANGOR .. KEKALKAN PAKATAN RAKYAT.

Anonymous said...

MB Selangor: Rakyat pegang saham air RM10 bilion, hadiah kerajaan negeri
MB Selangor: Rakyat pegang saham air RM10 bilion, hadiah kerajaan negeriAbdul Khalid (tengah) merasmikan Konvensyen Pencerdasan Rakyat dan Pelancaran Akademi Pendidikan Kewarganegaraan dan Demokrasi, semalam. SHAH ALAM - Hak milik air di negeri Selangor akan diserahkan kepada rakyat, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, rakyat di negeri ini akan menjadi pemegang saham berjumlah RM10 bilion.

“Ini adalah ‘bayaran’ untuk rakyat Selangor kerana memberi mandat kepada saya sebagai Menteri Besar,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Pencerdasan Rakyat dan Pelancaran Akademi Pendidikan Kewarganegaraan dan Demokrasi, di sini semalam.

Abdul Khalid berkata, beliau mentadbir Selangor berdasarkan standard diberikan rakyat iaitu tanpa rasuah, kroni dan bekerja.

“Saya telah cuba capai standard yang diinginkan rakyat dan cubaan ini membuahkan rezeki.


“Oleh sebab itu, kalau kita (kerajaan negeri) berjaya, maknanya rakyat juga berjaya. Salah satu usaha yang saya akan lakukan ialah menyerahkan hak milik air kepada rakyat Selangor.

"Disebabkan kebodohan kita, monopoli air diberikan kepada swasta dan membuatkan keadaan semakin parah, apabila mereka hanya fikirkan untung dan wang," katanya.

Beliau berkata, sekiranya hak milik air diberikan kepada rakyat, ia dikongsi bersama dan tiada sesiapa rugi dalam hal itu.

Menurutnya. apabila dimiliki rakyat, keuntungan diperoleh juga milik rakyat kerana pembayaran dibuat lebih baik.

“Mari kita buat perubahan untuk pembangunan rakyat. Kita berani sebab kita tiada kepentingan dan tidak mendapat habuan untuk usaha itu,” katanya.

Kerajaan negeri Selangor menerusi anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil alih operasi air daripada Syarikat Bekalan Air Sdn Bhd (Syabas) terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan syarikat-syarikat pemegang konsesi air lain.

Anonymous said...

*SHAH ALAM - Kerajaan negeri bakal melaksanakan Caruman Wanita Selangor khusus kepada kaum wanita tidak bekerja terutama ibu tunggal dalam masa terdekat  bagi memastikan masa depan golongan itu terbela.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, pihaknya sudah mengemukakan kertas kerja kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi merealisasikan perkara itu.

“Sekarang kita tunggu pengumuman menteri besar dalam masa terdekat,” katanya dalam Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Selangor, semalam.

Menurutnya, caruman ini bakal dilaksanakan setiap tahun sebagai salah satu usaha untuk mengiktiraf wanita yang tiada tempat bergantung.

“Skim caruman ini untuk memastikan kaum wanita mendapat caruman seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan mereka boleh menggunakan wang ini semasa usia emas,” katanya.

Beliau menambah, salah satu objektif caruman ini dibuat adalah untuk menjadikan Selangor sebagai negeri contoh yang tidak meminggirkan malah membela nasib wanita.

Katanya, Skim Caruman Wanita merupakan salah satu satu perkara yang terkandung dalam Agenda Wanita Pakatan yang dijanjikan sebelum  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lalu.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyarankan pusat membeli-belah peka dengan kemudahan khusus buat warga emas dengan menyediakan kawasan rehat dan tempat duduk yang mencukupi.

Anonymous said...

Janji2 yang bakal dicapati...

Selangorku ... said...

retorik, retorik, retorik ...

dapat subsidi air +- RM11 sebulan.

yg lain2 tu aku tak tau, krn aku sibuk mencari rezeki menampung keperluan keluarga.

harga barang naik ni aku anggap mcm harga rumah jugak. seiring dgn masa, mana ada org jual nasi lemak kosong 20 sen sebgks mcm masa aku sekolah dulu. itu hakikat aku kena terima.

nak kata ada bantuan lain tu aku tak pernah dapat, termasuk pemberian baucer dsbgnya. pernah tanya kawan2 pkr aku, tapi mrk kata kena register jadi ahli. mungkin ahli pkr kot, sedangkan aku tak ada masuk mana2 parti.

si-anon diatas tu 'cut & paste' pasal Selangor nak rakyatkan Bekalan Air Selangor. dari segi apa ia menguntungkan rakyat spt aku?

adakah semua bantuan2 yg dihebahkan ini HANYA utk ahli2 parti dlm PR saja? atau menyeluruh, termasuk yg tidak berparti dan ahli2 komponen BN?

aku tanya secara ikhlas ni, bukan nak mengutuk atau mengata ... tlg beri petunjuk bagaimana boleh dapat apa2 bantuan yg kerajaan Selangor keluarkan selama ini ...

Anonymous said...

Tu la kt macai bodoh nk mampos keturunan makan taik.. Yg dicapati tu najisb tantuya punya janji.. Hello sibodoh.. Kami rakyat selangor.. Dh terima la di bodoh apa yg di katakan diats.. Jiran aku mennggal dunia.. Isterinya dpt rm2500.00 utk urusan knduri ... Anak aku
. Masuk U.. Rm1,500.00 dpt. Yg no 3 hrtu dpt 5A ..upsra mumtaz dpt rm180.. Bil air smjk pakatan menang x pnh bayar bil air bodoh.. Deiii... Simacai bodoh.. Klu umngok yg pegang selangor ni jgn harap semua tu .. Semua nk besar kan tembolok.. Perut buncit dgn duit haram.. Dgn keluarga mak bapak pun dibg mkn duit haram.. Sial punya macai umngok.. Tgk je la... Si khir toyol tu.. Blh buat rmh berjuta2 ... Laknat punya umno... Dgn korang ni mmg patut kena maki... Sesuai dgn muka korang yg tampal kulit khinzir...

Anonymous said...

maknanya : kalau nak semua bantuan yg di beri tu kenala daftar jadi ahli PKR, kalau sekadar rakyat biasa yg x ada parti apa apa.....tok sah mimpi la.......itu la maksud " UNTUK SEMUA RAKYAT SELANGOR" mcm yg sedara MACAI PKR post tu...

Anonymous said...

Kau ni kuli batak umno mmg la bodoh.. Tak tau nk cari kt mana.. Kau pg tanya kt pjbt bn.. Sampai mati pun x ..Mmg x de ..dl banjir di klang.. Kt nk bg bantuan... Sampai skrg penipu... Penat warga emas pnjat tangga isi borang bantuan banjir... Sampai skrg... Habuk pn tarak.. Sapa pun yg cut and paste.. Mksdnya jelas nk bgtau macai anjing kurap disini.. Apa yg krjaan neg Selangor dh bg pd rakyat Selangor spjng pemerintahan pakatan rakyat... Yg x kan dpt masa umngok dl... Bodoh... Itu pn x tau pttla tun m kata macai umno ni semua org bodoh..melayu haprak... Apa cer.. Klu pemimpin kesayangan macai sndri kata macam tu... Apa kata anda.... Uhuhuhuhhuuuhuuu..

Anonymous said...

En. Blh mndpt maklumat di pejabat dun neg selangor... Masa mndftr x perlu nak bw apa2 bukti yg en. Ni adalah.. Penyokong.. Pas.
keadilan.. Dap atau be end... biasanya ada banner digantung utk pemberitahuan bntuan dan sumbangan hadiah utk anak yg cemerlangan dlm peperiksaan dll..

Anonymous said...

Semua tu adalah utk rakyat negeri selangor.... Jiran keliling sy pun byk ahli umno yg dh dgtr kan utk org tua mrk utk skim usia emas.. Mrk kata klu minta dgn umno jgn hrp nk dpt bantuan yg mcm ni.. X kira anak umno ke bkn ke .. Lahir di selangor slps 2008 blh dftr utk tawas.. X kira anak sapa ke lulus cemerlang dlm spm..pmr.. Upsr.. Stpm bw slip kptsan.. Dftr utk hadiah dr kerajaan neg.. Begitu jg sekiranya anak diterima msuk ke pst pengajian tinggi.. Bw srt tawaran ke pjbt dun utk terima bantuan rm1000.. Bkn nk ckp la.. Sy adalah antara pengundi bn pd pru12..tp x sy nafikan bhwa sy jg dh menikmati antara yg sy cite kan diatas... Sbb tu la agaknya pru13 pakatan rakyat dpt mengekalkan negeri selangor.. Bkn cite kosong tp itulah cite sebnrnya rakyat dinegri selangor..

Anonymous said...

yang korg marah admin badut rakyat buat apa.itu mmg realiti.dah 2 penggal takkan dpt rm30 je.tgk dulu masa BN perintah,tiap2 tahun dpt rezeki dr kerajaan negeri.aku tahu sbb aku tinggal di selangor.MB ni bebal,dah ramai komplain tp 1 pun x dibalas.yg dpt rm30.lepas tu nak bg2.kepala otak dia

Anonymous said...

klu umno, alamat mampuslah rakyat sgor.satu sen besi pun x dpt ape.....

Anonymous said...

Lupakan pasal kerajaan BN Selangor yg lepas. Skrg Selangor PR yg pegang.

Kita nak tunjukkan yg kerjaan PR prihatin dan janji ditepati.

Apa yg kerajaan negeri patut lakukan secara pro-aktif, umpamanya, setiap tahun bila keluar keputusan peperiksaan UPSR atau SPM, terus hubungi setiap sekolah dan berikan bantuan pada pelajar2 yg cemerlang tanpa halangan. Mengapa mesti tunggu ibubapa datang register? Nak check apa?

Barulah tidak ada nampak sikit pun pilih kasih atau sbgnya. Ini gebang aje yg lebih, bantuan tak pernah kunjung tiba.

Yg macai sekor kat atas tu maki2 apasal? Jadi gila kerana terlampau banyak dapat bantuan ke?

 
 
Blogger Templates